Lama dah tak masuk Balairong Sri Istana. Kalo dulu masa kerja di Wisma Putra, selalu juga bawa masuk Duta Besar/Pesuruhjaya Tinggi ngadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Sunday, March 28, 2010
Monday, March 8, 2010
Sepetang Ahad Di Rantau
Masa jogging @ aerobik... nisa ada ckp, time lepak minum air. Kakak lindu kan nenek... terus teringat, lama dah kut minah ni xbalik Rantau... yo la... ptg kan kita balik ekk
Sunday, March 7, 2010
Aktiviti Hari Ahad...
Dah 2 minggu berturut2 kitorg seisi rumah join aerobik rakyat di Kompleks Sukan Paroi. Paleh ghamai eh org join. Teghaso meriah eh... hahahaha
Ada byk kemudahan disediakan. Ada playground utk kanak2, trek balapan (yg ramai guna utk jogging pd hari tu), court tennis, gym, gelanggang futsal, rock climbing wall dan padang lawn ball.
Jadual xtvt aerobik di adakan setiap hari Ahad bermula jam 7.30 pagi. Pelbagai gerak diajarkan. Dari techno, bollywood, dangdut sampai la ke poco2. Setiap peserta dipohon untuk menyumbang sebanyak RM2 bagi tujuan mengisi tabung pembangunan dan kemajuan sukan dan riadah di negeri sembilan. kira cam sumbang ikhlas jer pun...
Pada warga somban, mari la beramai2 memeriahkan acara ini bagi menyihatkan badan dan bersosial untuk mengerakkan hubungan silatulrahim...
Saksikan kehebatan VP menari poco ala2 moden dlm clip bido di bawah:
Thursday, March 4, 2010
Lama Tak Ngomel
Lama sungguh xbuat sebarang entry. Sibuk berpindah-randah. Dari Putrajaya ke Seremban.
Dulu masa zaman kanak-kanak, dari lahir sampai la tingkatan 5, hidup aku pindah randah jer. Maklum la, ayah kerja askar.
Dalam keletihan berpindah-randah nie, banyak juga kebaikannya. Dapat mengenal tempat orang dan punyai ramai kawan.
Tapi ada juga yang xbest nye. Bila kita mula selesa dengan sesuatu tempat itu, mulai mengenal hati budi kawan... kita berpindah lagi.
Kalo dulu hanya berutus surat utk terus kekal berhubung. Tapi dengan teknologi sekarang, internet telah mendekatkan jarak kita.
Tak sangka, tindakan dan desakan VP paksa aku create FB telah menemukan aku semula dengan rakan-rakan lama.
Indah betul pertemuan di alam maya ini. Cerita demi cerita dikisahkan. Gambar-gambar lama ditayang semula. Sama-sama gembira, sama-sama berkhayal, sama-sama sebak mengenang bertapa indahnya zaman kanak-kanak dahulu.
Dah tak sangka juga... kawan yang menjadi rakan sekelas selama 4 tahun di Sandakan, Sabah.. rupa-rupanya tinggal sekampung dengan keluarga mertua di Cheras Baru. Bertapa sempitnya dunia ni.
FB benar-benar mendekatkan yg jauh, menghubungkan yang terpisah dan menyegarkan nostalgia lama.......
~laloque

Subscribe to:
Posts (Atom)