Thursday, September 17, 2009


Salam...

Dikesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya idul fitri kepada semua umat Islam, pada semua keluarga dan rakan. Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala kelakuan, tutur kata dan bahasa yang ditaip. Mohon dimaafkan segalanya, moga pada pagi Syawal 1430h nanti, kita kembali sebagai 1 keluarga yang akrab semula tanpa sebarang prasangka buruk.

Pada keluarga dan rakan2 yang akan pulang beraya, pandulah dengan cermat dan pulanglah dengan selamat. Jangan dihabiskan semua wang gaji, takut2 nanti terpaksa makan sedak kuih raya pula.

Raya kali ini saya dan keluarga menyambut dlm keadaan sederhana maklumlah kami nie xdpt bonus (hanya kakitangan kerajaan sokongan jer dapat). Lagi pun sebaik habis cuti raya, saya akan mula keluar outstation ke Pahang, Kedah, Johor dan Sarawak setiap negeri tersebut selama seminggu. Maka raya pun xtenang, asik pikir keje jer.... huhuhuhu

Sekali lagi, saya dan keluarga memohon ampun dan maaf moga kita semua dirahmati Allah swt.

Wednesday, September 16, 2009

Bulan September, bulan special...



Bulan September banyak erti dalam hidup aku. Pertamanya, tanggal 16 September, 29 tahun dahulu lahirnya orang yang aku sayang. Tak lain dan tak bukan, isteriku yang tercinta... SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...





Di dalam bulan Sepember juga, iaitu pada 20hb September, 6 tahun lalu, aku dan isteriku disatukan. Tak sangka telah 6 tahun kami bergelar suami isteri. Pelbagai rintangan, suka duka telah kami hadapi bersama. Malahan kami telah dikurniakan dengan 3 orang puteri yang comel. Moga perkahwinan ini akan terus bahagia selamanya... SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN SAYANG...





Dan juga pada 16hb September merupakan hari lahir Malaysia, 46 tahun lalu. Dimana lagi tumpahnya kecintaan kita melainkan pada tanah bertuah ini... SELAMAT HARI MALAYSIA...

P/S: Mama... petang nie jadi ke kita selebret kat Royal Adelphi? Buleh kunyah xnie??

Sunday, September 13, 2009

Bukti Nama Nabi Muhammad SAW dinyatakan dalam Bible

Ada 11 part semuanya yang akan dipasang secara automatik...

Saturday, September 5, 2009

Hari Ke-15, Malam ke-16 Ramadan al-Mubarak

Malam nie malam ke-16 bulan Ramdan. Sempurna sudah 15 hari puasa. Alhamdulillah...

Semalam, Nisa buka puasa di rumah ummi dia. Kalau ikutkan hari nie Ummi dia nak bawa Nisa buka puasa di hotel... tapi hari nie kitorg balik Cheras Baru... minta maaf iye Ummi...

Semalam, pas buka puasa, Ummi Nisa sempat bawa dia gi sopping. Ummi belikan baju kaftan/kelawar... bukan main kerek lagi Nisa dapat baju dari Ummi.

Masa Ummi hantar Nisa balik... ada suatu adengan yang lawak. Dari muka pintu pagar, Nisa melambai Ummi dia... "babai Ummi... Babai Kak Shasha... Babai papa..." kata Nisa... "Uiks!! ada dua papa??? satu papa Ummi... satu papa Mama..." Kakak ada 2 papa..." terus dia gelak besar...

Papa Ummi tu adalah laki Kak Mas... Papa Mama tu aku la...



Hari nie di Cheras Baru suma balik buka... kecuali si Atam laki bini sebab berbuka di Sabak Bernam rumah nenek mertua dia ngan si Ana yang berkerja shif petang... Macam biar... meriah bila kumpul reramai buka puasa.



Pas buka layan anak2 buah main mercun.... sebenarnya, bapak buah pun geram jer tgk mercun tu. Nak je main sama... tapiiii....




Lupa kan jer la... jaman dah berlalu. Ingat dulu, mercun cipta sendiri. Guna spark plug... ada guna lidi rim basikal... meriam buluh tu biasa jer... tapi xde pulak kes putus tangan. elok jer...

Ntah la... jaman dah berubah. Segalanya cuma buleh dikenang dan kekadang tersenyum sipu sendirian...


video

Friday, September 4, 2009

Si Jutawan Yang Mengerti Erti Bersyukur



Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.


Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Thursday, September 3, 2009