Wednesday, December 31, 2008

Status yang hanya datang sekali

Hari ini sedang aku sibuk selongkar fail-fail lama. Aku terjumpa surat di atas. Sekali aku baca, aku tersenyum sendirian. Aku mula terpikir.... status itu hanya datang sekali sahaja. Sebabnya, sebaik sahaja kita melafazkan "Aku terima nikah... bla bla bla..." Status Quo itu akan hilang selamanya. Kerana selepas dari saat itu.... status anda telah bertukar menjadi kepada "SUAMI" orang... atau kalau tidak takdirnya adalah baik selamanya, mungkin menjadi "DUDA"... dan yang pastinya tidak akan kembali lagi kepada "BUJANG"... hahahahahah

Sunday, December 28, 2008

Check-up...

Sabtu pagi pas anta Zack-U gi tempat pratikel dia di Hospital Pakar Seremban (KPJ)... ya! Zack-U praktikel kat situ... bukan sebagai doktor, atau bidan, atau nurse atau tukang tolak katil pesakit... tapi sebagai pegawai farmasi. Huyooo... pegawai farmasi tu... leh minta ubat free nie... har har har har

Balik kepada cite asal. Aku bawak bini aku ke Klinik Kol. (B) Dr. Sukhilmi. Ini merupakan lawatan terakhir ke klinik beliau yang terletak di Senawang Business Park. Minggu depan beliau akan mula berpindah ke bangunan baru di Bandar Senawang. Utk keterangan lanjut, sila buka blog Doktor Sukhilmi.

Hari ini kitorg buat rutin scanning dan hasilnya buat pertama kalinya kitorg dapat melihat gambaran janin. So saksikanlah pic di bawah:



See... tgk janin berusia 12 minggu ini... keajaiban Allah



Kaedah mengukur usia janin

Saksikanlah clip video scanning ini.... ihsan Dr. Sukhilmi...
video

Friday, December 26, 2008

Mari memasak

Nisa semakin rajin sekang. Rajin tolong papa masak. Kalo ade sampah dia tolong sapu. Papa dahaga dia tolong tuangkan. Baik nyer la anak dara aku ini...



Balik sopping. Terus masak sup ketam. Gini la ghupe ketam yg dikorbankan.




Hampir siap dah...




Mari tgk clip video blajar menguna lesung batu yg betul bersama acik nica.... hahahahahaha
video

Bersopping bersama Nisa

Sejak dua menjak nie, kitorg jarang makan di luar. VP geli mkn kat kedai. Save bajet sikit... har har har harun..

Tapi... dia nak mkn masakan aku pulak. Bantai la. Gua masak jer la kang.


"pih! pih!... nie cha nyer... nak awak" (tepi! tepi!... ni Nisa punya. nak bawa)

Untuk langkah pertama. Kena gi Jusco sopping. Bila kuar sopping, sure kena bawak awek ku - Nisa.


"acik kalo beli sayur... acik pilih yg segar2 jer..."

Sopping ngan Nisa cukup memenatkan. Pertama, dia nak bawak bakul sendiri... kalau guna trolley, dia nak tolak sendiri. Keduanya, dia sendiri nak pilih apa yg nak dibeli... siap cium2 bagai utk tentukan tahap kesegarannya. Ketiga, kalau dia nampak cupa-cupa... kena benti beli dulu.

So korang saksikan la sendiri.

video

Wednesday, December 10, 2008

Rutin Seharian Di Pejabat

Lama benar aku xupdate blog nie kan. BZ sgt la. Ditambah pula sibuk menguruskan hal-hal tertentu di rumah. Tapi fakta sebenarnya adalah... aku xde idea nak mencoret di blog nie...

Ntah apa kena hari nie. Aku sibuk snap pic sepanjang aku nak ke pejabat. So aku kira, jadi la sebagai mengupdate blog nie dahulu. Biar ada la something untuk di touch-up.

Setiap hari aku gerak dari Rumah di Seremban jam 7 pagi. Sebaik sahaja aku selesai menghantar Nisa ke rumah Ummi nyer. Tugas VP hanya mengambil Nisa pada sebelah petang.

Kalo jalan baik, kesesakan kurang di highway atau cuaca tidak hujan, perjalanan dari rumah aku melalui tol Seremban sebelum exit di tol Bangi dan terus melalui jalan Sungai Merab sebelum melalui pintu 1 Putrajaya yang tembus di Alamanda akan memakan masa kurang lebih selama 45 - 50 minit.

Maknanya aku akan sampai di Pejabat kurang 15 minit sebelum waktu kerja sebenar pada jam 8.00 pagi. Mujur aku tergolong dari kalangan orang2 yang diberikan keistimewaan dengan personal parking. Kalau tidak, sure berebut parking! maklumlah kompleks kerajaan putrajaya payah nak mencari parking....

My viva in my personal parking bay...



Dari basement, terus menuju ke Lif. Malangnya, walaupun ada 3 lif di blok bangunan aku ini, tapi hanya satu yang direct ke semua tingkat. Lif lain semua kena transit dulu dari basement ke ground floor then naik ke any floor dari situ.

"Tingkat 6... pintu sedang ditutup" suara mak cik lif... hahahaha



Keluar lif. Jumpa pulak security door yang hanya mereka yg ada pas sahaja dibenarkan masuk. Rasa cam kat dewan bedah pulak... Katanya jurujual, egen kad kredit atau insurans tidak dibenarkan masuk... tapi aku tengok selamber jer diorg naik dan masuk opis...


"Jurujual dilarang masuk!"...



Selepas punch-in, terus menuju ke bilik aku. Bilik yang paling strategik dengan panoramic view yang paling cantik sekali di pejabat aku ini. Strategik sebab bersebelah dengan bilik makan yang di sana tersimpan segala makanan serta lemari ais... dan dekat ngan pantry untuk tujuan basuh-membasuh. Bilik aku juga berdepan ngan pusat sumber, surau dan bilik mesyuarat utama, jadinya aku xpayah berjalan jauh-jauh.



tu... pintu masuk bilik aku yg ade bendera Malaysia tu... (dibulatkan)



Pemandangannya juga paling indah sebab mengadap main road serta roundabout terbesar di dunia! Apa lagi roundabout presint 1 Putrajaya la... yang di dalamnya terdapat Istana Melawati, Hotel Shangri-la, dan taman. Dari bilik aku juga aku boleh tengok Anjung dengan jelas.


Nampak tak, main road Putrajaya tu...



Tu.. nampak tak??? kubah ngan bumbung oren tu... tu la Istana Melawati




Masa dinaikkan pangkat tempoh hari, ada cadangan utk memindahkan aku ke bilik lain yang lebih luas dan setaraf. Tapi aku menolak. Alasannya, bilik sekarang sudah selesa. Tapi sebenarnya, aku tidak mahu melepaskan kedudukan bilik aku yg amat strategik dan punya pemandangan terindah di dalam pejabat aku kepada orang lain.... hahahahaha... boleh gitu???



Tipical Room bagi seorang pegawai pemalas macam aku ini