Wednesday, September 28, 2011

Kuala Lumpur Photography Festival 2011



Pada kaki photog semua... jangan lepaskan peluang menghadiri KLPF 2010 pada 7 - 9 Oktober 2011 di Mid Valley dari 11am - 9pm. Sharing is caring...

Wednesday, September 14, 2011

Kata-kata hikmah hari ini


“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”....

~Imam Syafie

Tuesday, September 13, 2011

Terima kasih abah..

Sedih bila semua benda nak dipolitikkan. Jangan terlalu murah sangat menjatuh hukum tentang jasa dan pengorbanan orang jika diri sendiri tidak wujud dan tidak bergelumang dengan keperitan pada masa itu. Kalau diri sendiri takut nak bertempur, jangan berselindung dibalik darah orang lain. Pasukan keselamatan pada jaman komunis hidup dan mati dicelah-celah laluan peluru hanya semata-mata hendak memastikan negara kekal merdeka, kekal berdaulat!.. bangsa terus hidup bermaruah! dan agama terus wujud selamanya!...

Aku lahir sebagai anak kepada seorang ayah yang berjuang selama 21 tahun dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Benteng hadapan menentang komunis! Penah ke tidak mereka terpikir perasaan seorang anak... seorang isteri... yang ditinggalkan nun jauh di Sandakan, Sabah.. tak kala si ayah sedang bertarung di hutan Grik, Perak demi kelangsungan masa depan anak isteri yang ditinggalkan!!! pernah ke tidak mereka berada disaat keluarga menerima telegram yang menyatakan sang ayah gugur dimamah jerangkap samar dalam keadaan mati terburai perutnya???!!! Pernah ke mereka mendengar kuatnya ratap tangis si isteri sambil memeluk anak-anak masih kecil mengenang nasib tanpa sang ayah??

Mulut memang mudah bercakap. Menjatuhkan hukum. Tapi kalau dengan pancuran air pun dah mengelupur, dilambung pemedih mata dah berlari ke rumah sakit... janganlah berkokok soal perjuangan dan pengorbanan.

Aku benar-benar marah bila pengorbanan ayah aku dalam menjaga Negara Bangsa dan Agama ini diperlekeh seperti sampah!!! Tanpa perjuang bangsa terdahulu... dapat ke kita semua mendabik dada seperti sekarang ini??? Jangan la menjadi manusia yang langsung tidak pernah berterima kasih sesama manusia. Kerna kata nabi SAW... Manusia yang tidak reti berterima kasih sesama manusia sesungguhnya tidak akan bersyukur kepada Allah SWT...   

****************************************

Komunis kejam - Hamzah




Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak.


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bagi generasi muda hari ini yang tidak pernah merasai penderitaan hidup pada zaman komunis, mereka mungkin tidak dapat membayangkan kekejaman kumpulan pengganas itu.


Namun, bagi yang pernah melalui zaman tersebut seperti Hamzah Mohd. Amin, 71, trauma yang ditinggalkan daripada kekejaman komunis itu tidak dapat dilupakannya sehingga hari ini.

Malah, Hamzah yang mempunyai bakat melukis turut menghasilkan beberapa karikatur anggota komunis yang sedang menyeksa tahanan sewaktu zaman keganasan kumpulan tersebut di negara ini.

Menurutnya, lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini suatu ketika dahulu terutamanya kepada generasi muda.

Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu.

"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Warga emas dimasukkan ke dalam guni kemudian dicampak ke dalam api yang sedang marak. Kanak-kanak pula dicampak terus ke dalam api begitu sahaja.


Hamzah cuba memberi gambaran tentang kekejaman komunis menyeksa tahanan menggunakan beberapa kaedah yang tidak berperikemanusiaan menerusi karikatur yang dihasilkannya.

Berdasarkan kepada karikatur tersebut, Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.

Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.

Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.

"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya yang sanggup datang ke pejabat Utusan di sini bagi menyerahkan karikaturnya itu.

Antara sumbangan Hamzah yang pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis ialah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997.

Sajer nak share - kategori blogger di Malaysia


Dari blogger sayafaiz.blogspot.com

Aku dalam kategori mana ntah? Kategori #sukahatikaula

******************

Blogger Sangap Tarafik


Blogger Updet Semua Benda


Blogger Tak Cukup Makan


Blogger Full Time Emo


Blogger Segalanya Nuffnang


Blogger Segalanya Freemason

Monday, September 12, 2011

Ahli Mesyuarat Tingkap


Jangan tak caya. Aku pun ada group Ahli Mesyuarat Tingkap aku tersendiri. Jumaat lepas, sempat juga la bertemu beliau sekejap untuk amik daging unta buat ubat asthma Anoi. Dapat la jumpa kaum keluarga beliau (cam rombongan naik Haji... hahahaha) terutama new born baby Shafiq yang kiut . Terima kasih banyak-banyak Pn. Lydia Miza. 

Dunia dah makin mengecil dan tanpa sempadan. Kawan boleh ditemui dimana2. Buat keluarga En. Zairi dan Pn. Lydia Miza... Selamat pulang ke perantauan. 

Monday, September 5, 2011

Apa nk buat ngan duit raya anak??

Apa lagi... Bukak akaun Tabung Haji la..

Tgh tunggu Q kat TH Seremban. Top up duit Nisa.. Buka akaun baru Anoi

Jgn kebas duit anak tau...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 4, 2011

Lepak2 di Ice Room, Dataran Senawang

Payah nk cari tempat makan masa org masih dlm mood raya. Byk restoran masih tutup. Pusing2 dataran Senawang nampak Iceroom. Ermmmm boleh la

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone