Thursday, June 30, 2011

Kat Butik

Aku skang kat Butik Sh0ppink di Cheras Baru. Sibuk btol tgh melayan karenah customer ni. Cerewet btol. Yg tu tak lawa, nk yg ade lace la, nak tudung awning bling2 la.. Layan dio je berjam2..
Sapa dia.. Ni dia.. yg pakai baju merah, tudung merah ni.. Kerek btol la!!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 29, 2011

Akhirnya Intan Payung Bucuk Ai Balik Dah...

Setelah lebih dari 1 jam lewat dari yang dijadualkan, Acicot Kebena aka An-Nisa sampai gak. Lega rasa bila nampak kelibat Nisa melambai2 dari dalam bas semasa turun.

Terharu aku, duit yang aku bekal untuk Nisa guna beli apa2, digunakan untuk beli cenderahati untuk kami. Walaupun hanya keychain, tetapi sekurang2nya Nisa tidak guna duit itu utk beli mainan atau jajan. Siap pulangkan baki lagi tadi.. Terima kasih kakak.

Hari Yang Indah

Hari ni seluruh N9 bercuti sempena Israk Mikraj. Bini aku pula kena kerja sebab wilayah persekutuan tak cuti. An-Nisa pula ada rombongan smart reader ke Melaka. Td pagi lepas hantar Nisa ke sekolah dia, aku ngan Anoi pun balik Rantau.

Anoi dapat jumpa atok nenek dia, melompat2 la dia. Kena la rakan sepermainan dia si Damia ada. Mak aku siap masak laksa tu pagi tadi. Dan sekang aku terbungkang depan TV!! Indahnya cuti..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 28, 2011

Bila Anak2 Mula Bergaya

Semenjak dua menjak tiga menjak bini aku berbutik nie kan... Anak2 aku pun dah pandai bergedik nak jadi model...

Ikut perangai sapa la agaknya....


An-Nur aka Anoi aka dak gumuk ngan gaya "ku pekup pipiku"


An-Nisa aka Cicot aka Acicot Kebena ngan gaya "D'Mataku ade V"


Sorg sakit pinggang... sorang lagi sakit perut


Skodeng...


ai malu la...


Raye dah dekat..



Sesiapa berminat untuk melihat2 dan membeli tudung, baju kurung, pajamas bebudak sila la ke Butik Bini aku - Sh0ppink.com


Saturday, June 25, 2011

Senja @ Putrajaya

Petang ni aku ngan Anoi gi jenjalan kat Putrajaya. Ajak si Nisa sekali, tapi ngan kerek nyer dia tolak. Baek!! Tinggal la ko sesorang!

Aku wat photoshoot ngan Anoi jer. Si VP pun tak ikut sebab kuar beli stok baju ngan tudung baru dia. Lama tak gi Putrajaya. Berdua ngan Anoi pun dah cukup hepenin!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bizi di Butik Sh0ppink

Alhamdulillah dh selamat sampai KL dari Kuantan. Byk pengalaman menarik outstation kali ini. Dengan silap nak cari kedai Mok Naa kat Beserah (xleh pakai nyer informer.. Hahahaha) Sempat juga gi mandi laut di Teluk Cempedak. Layan sotong celup tepung ngan seafood. Tgk bola di Padang MPK Kuantan dan mcm2 lg la. Next year kita repeat balik ek..

Skang waktu berniaga pula. Perniagaan butik tgh hangat. Customer alhamdulillah ramai. Hampir setiap hari terjual. Pada sesiapa yang berada di sekitar Pandan Indah, Taman Seraya, shamelin, Bandar Tun Razak atau Ampang.. Jemput la datang ke kedai yang tak seberapa ini di:-

Lot 201c, Jalan 50,
Kampung Cheras Baru,
Kuala Lumpur

Datang jgn tak datang...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 24, 2011

Kedai Mok Naa

Jemput makan tengahari sume.. Kedai mknan goreng2 terbaekkkkk


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 23, 2011

Pemandangan dari kompleks Teruntum

Hari ni aku ke Kompleks Teruntum. Bagus btol kalau dapat opis di tingkat 19 kat sini. Btol2 ngadap laut china selatan. Minta pindah sini jer la...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2nd day..

Mula kan hari baru.. Selamat pagi semua.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 22, 2011

Live game - bola

Memalam buta gini, layan bola live mmg best. Kena la game tu xyah bayar tiket. Tepi parking jer tengok. Ni untungnya hotel sebelah padang bola. Layan game inter-bank. Bank Rakyat vs Bank Islam Kuantan...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Malam di Kuantan

Malam masih muda. Apa nak buat ni. Td talipon Nisa, dia ngadu pasal Anoi. Dia ckp Anoi degil, tak nak cakap dia. Dia dah marah Anoi dah, katanya.

Apa nak buat kat Kuantan. Nak lepak bilik boring. So aku jenjalan bandar Kuantan. Jalan kaki je!!

Lepak esplanade ala2 waterfront ni. Layan tgk org mancing ikan. Seronok juga sesekali...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mandi laut

Lama sungguh aku tak mandi laut. Tadi abis kerja terus aku ngan geng2 lanun gi Teluk Cempedak. Dapat mandi laut rasa macam dapat minum air sejuk tengah hari yang terik! Amat puas dah nyaman.

Tetiba teringat jaman U dulu. Teringat geng2 kenu. Pantang nampak laut. Time berkayak pun berendam lam air. Tolak kayak sambil berenang. Rindu betul saat2 itu. Kalau dapat putarkan masa, best nyer!!

Apa la kisah anak bini aku kan???


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selamat pagi Kuantan

Salam & selamat pagi. Mulakan kerja hari ini dengan Bismillah ok


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 21, 2011

1st day @ Kuantan

Xbyk aktiviti sbb 1st day kan. So kitorg layan gi lepak Teluk Cempedak dan terus ke Tanjung Lumpur layan ikan bakar kat Ana Ikan Bakar.

Tempat menarik kat Kuantan di waktu malam selain Esplanade, kat mana lagi??


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sampai sudah

Touch down!! Selamat sudah sampai ke Kuantan. Sampai time org blk koje.. Sangkut beb


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selamat tinggal N9.. Selamat datang ke Pahang

Aku telah selamat melalui sempadan N9-Pahang. Daerah pertama adalah Rompin. Daerah yang terkenal kepada kaki2 pancing.

Tak banyak yang aku tahu tentang daerah ini melainkan kelab kenu yang aku pernah join dulu ada bercita2 nak berxpdc di sini. Rasanya bini aku juga pernah melalui daerah ini untuk ke tasik chini bagi tujuan recce. Bini aku pun ahli kelab kenu juga, jangan tak caya!!

Rasanya dari sini juga kita boleh ke taman negara Endau Rompin. Jeti ke pulau tioman atau pulau pemanggil mungkin ada di sini, selain naik dari Mersing.

Tertiba terbau patin masak tempoyak..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jempol

Daerah kelahiran panglima bahasa - Pendita Zaaba. Merupakan daerah yang menjadi ladang produk industri pertanian N9. Di Jempol terdapat gugusan ladang yang saujana mata memandang sama ada milik felda, felcra, guthrie dan persendirian.

Setiap kali menjelang syawal, keluarga aku suka booking kerepek dari pengusaha IKS di Felda Raja Alias 1. Kerepek dia mmg sedap dan ranggup. Tetiba ngidam kerepek pisang dia lak bila melalui daerah terakhir sebelum memasuki Pahang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kuala Pilah

Dah sampai tanah adat. Masyarakat Minang ramai di kopilah ni. Sejak highway Lekas siap dan laluan Bukit Putus dinaik taraf, perjalanan ke kopilah makin lancar dan pantas.

Kita akan disapa oleh banjaran gunung Datuk yang menjadi pembuka jalan ke kopilah. Ramai tidak tahu laluan baru Bukit Putus akan melalui jambatan ke-2 tertinggi di Malaysia.

Tak lengkap kalau lalu kopilah kalau tak tapau produk salai. Pilah ada macam2 produk salai seperti daging, ayam, itik dan keli salai. Masak lemak cili api pilah juga antara tersedap di N9.

Selamat datang ko pilah yo..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Permulaan perjalanan

Kita mulakan langkah dari rantau, N9. Perut kenyang dgn masakan bonda - sambal tenggiri, telur dadar dan sup kobis. Mata mula menguyu. Badan dah berat. Selamat moganya dlm perjalanan ini..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Perjalanan yg jauh..

Pagi ini aku kena hantar bini aku gi opis dia di jalan duta. Selalu utk elok je bangun kul 4.30 pagi. Ntah kenapa pagi tadi semua terbangun kul 6.20 pagi! Tu pun sebab Anoi merengget nak susu. Kelam kabut bangun mandi bagai. Bini aku masuk opis kul 7.30 lak tu. Peh!! Cam superman lajunya tadi.

Sampai jalan duta kul 7.45 pg!! Laju gile kan???.. Dari jalan duta, perjalanan aku ngan anak2 ke cheras baru pula utk hantar beg pakaian bini aku. Bini aku akan tinggal ngan parent dia sepanjang minggu ini sbb aku outstation ke kuantan.

Pas hantar beg dan anak2 sarapan ngan atok opah diorg, berdesup aku gerak balik rantau pula. Kali ni budak2 tu akan tinggal ngan atuk nenek rantau seminggu juga.

Dan kejap lagi, aku akan gerak ke kuantan pula. Dah cam driver lori courier dah aku ni...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 20, 2011

Sabar menanti

Dah jadi rutin setiap hari, budak 2 org ni akan tunggu mama diorg balik kerja di Terminal 1.

Tapi bukannya reti duduk dia. Terjerit2 setiap kali bas lalu, kononnya mama diorg dlm bas tu.

Tu lom masuk diorg bertinju, tolak-menolak, tarik2 baju atau rambut lg. Tapi ada masanya, si kakak terlalu baik dan penyayang melayan karenah si adik. Cuma kebykan masanya.. Gaduh je!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Berpecah...

TC... aku datang lagi


Minggu ni penuh dengan dugaan. Aku outstation sampai Jumaat. Bini aku pula tak boleh amik cuti sebab baru bertukar Jabatan. Nampak gayanya, untuk pertama kalinya, keluarga aku akan berpecah kepada tiga...

1. Aku akan ke Pantai Timur, outstation.

2. Bini aku akan tinggal di Cheras sepanjang aku outstation.

3. An-Nisa & An-Nur pula akan berada di Rantau.

Guane nak buat ni????


Friday, June 17, 2011

Besday anoi.. Selebret @ Tutti Frutti - One Utama

Skang ni kitorg kat OU tgh selebret besday Anoi. Jemput mkn sume...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selamat Ulang Tahun Ke-2 an-Nur...

an-Nur Abriza

Selamat ulang tahun kelahiran ke-2 untuk an-Nur a.k.a Anoi. Kejap jer masa berjalan, dah 2 tahun Anoi. Muka makin cute, badan makin slim... tapiiiii... masih kuat nanges lagi. Papa ngan mama ngan kakak an-Nisa mendoakan semoga Anoi menjadi anak serta adik yang pintar dan taat pada keluarga dan Allah.

Kad hari bapa dari an-Nisa

Kad ringkas dengan sejuta makna!!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 16, 2011

Result Mid Year an-Nisa... Banggo den!

Aku hampir2 lupa nak pergi skolah Nisa utk bertemu principal pasal result mid year dia.

Dengan opis aku ada lawatan dr auditor ISO, aku btol2 lewat ke sekolah Nisa. Kul 1.30 baru sampai sana.

Sebaik sampai, principal Nisa ajak masuk bilik dia! Alamak!! Teruk sgt ke result anak aku??

Dlm bilik dia, principal Nisa bg tau, result Nisa adalah amat membanggakan memandangkan Nisa baru berusia 4 thn dan baru 6 bln dia belajar telah menunjukkan result yg membanggakan.

Nisa dpt markah 96% utk bahasa english, 100% utk bahasa malaysia, 98% utk sains, 94% utk matematik, tahap GOOD utk komputer, music dan tarian - GOOD, behaviour & socialising - GOOD dan creative work - MAKING PROGRESS.. Selain dari itu, walaupun Nisa tidak mengambil kelas bahasa Mandarin secara formal, tapi dia dah boleh bertutur 1 sampai 10 dlm bahasa itu.

Ini adalah hadiah hari bapa paling berharga...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 12, 2011

Dah nak abis cuti sekolah baru nak gi jenjalan

Lintas lansung dari Sunway Lagoon...

Esok sekolah dah nak bukak, baru nak gi jenjalan. Kerja sekolah Nisa tak siap lagi tu. Malam ni anak beranak semua kena stay up, siapkan kerja sekolah Nisa. So sementara tu, mari kita surfing dulu... Yaaaahoooo...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 11, 2011

Butik Sh0ppinK

Bini aku @ viruspadu @ jemah sedang giat nak berniaga bagi menyahut seruan dan galakan kerajaan agar bumiputera menjadi sebahagian dari penyumbang ekonomi negara. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sudah semestinya kita digalakan merebut rezeki Allah yang diturunkan sebanyak 90% ke muka bumi ini.

To my sweet darling... Goodluck and wish u success!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone