Tuesday, August 23, 2011

Mood Raye Dimana-mana..

Mood raya dimana2. Opis aku dah penuh ngan decorative ketupat, angpau dan kad raya.

MB Bandar Sri Sendayan

Minggu2 terakhir Ramadhan ni, surau dah kembali lenggang. Ramai yang tertumpu di pasaraya, hypermarket, bazar malam ramadhan dan macam lg la... aku pun aper kurangnya....



Nasi Marry Brown 
Gerai di bazar berbuka Ramadhan pun dah mulai lenggang. Ramai yang beralih berbuka di majlis2 berbuka anjuran pejabat, di hotel maupun fast food outlet jer...


Kambing golek di de Palma Hotel

Hujung minggu aku ngan keluarga pun termasuk dalam golongan sedemikian. Berbuka di de Palma Hotel, Shah Alam. Dan semalam di Marry Brown, Bandar Sri Sendayan jer.


Biskut raya dah sampai
Biskut2 raya yang ditempah pun dah mula mencurah2 sampai. Cuma yg pasti tahun ni aku kena beli dua set tema baju raya... Belah mertua tema kelabu... belah aku warna kuning... ermmm xde ke org buat baju raya combine 2 kaler???


Tengah kaye ngan duit raye ni...
Duit raya pun baru jer gi tukar. Nasib baik sempat...

Selamat Hari Raya semua... maaf zahir dan batin, mohon ampun atas segala dosa perbuatan, perkataan dan niat. Moga Allah merahmati kalian semua

2 comments:

Qaseh said...

hu huuuu...laast minit shopping

laloque said...

xjumpa lg baju raya yg sesuai ni