Wednesday, December 29, 2010

6 Hacker terbaik dunia

1.Jonathan James


isu hangat


James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara karena membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.


2.Adrian Lamo


isu hangat


Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.



3.Kevin Mitnick


isu hangat


Inilah legenda hidup yang benar-benar mantop dalam dunia hack.


Antara yang dia lakukan:

-Mengkaburi FBI

-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)

-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.

-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems

Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.

Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker . Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.


4.Kevin Poulsen


isu hangat


Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.


5.Robert Tappan Moris


Photobucket


Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!

Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!


6. Karl Koch


isu hangat



Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu 1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.


Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.

Monday, December 27, 2010

Sabtu Yang Penuh... bab 2

Dah lama aku xgi layan konsert rock. Jaman sekolah dulu, tiap kali pesta PD, sure akan ade konsert rock. Kompom aku akan gi nyer... naik ketapi diesel dari somban ke PD. Paling layan kalo XPDC, Search atau Wing yang buat konsert masa tu... layan headbangging looo...



Access Pass VIP tu...


Kali terakhir aku layan konsert rock terbuka adalah masa Search buat reunion di Stadium Merdeka, diawal2 perkahwenan aku dulu. Aku gi ngan bini aku... perh!!! terase rumaje semula.



Ini la wanita yang bertanggungjawab mendapatkan access pass tu


Terbaru, aku gi konsert Gemuruh Double Trouble - Search & Wing kat Surf Beach, Sunway Lagoon pada 25 Disember. Pagi tu aku ade familyday opis di Melaka Waterpark... walaupun tgh mandi, tapi rasa cam tak basah jer. Otak sibuk pikir malam ni nak headbangging... hahahaha




Org tue yg perasaan rock...


Dulu senang la... nak layan konsert, leh bawak diri sendiri... pas kawen pun ok lg... leh angkut bini... tapi skang nie, payah sikit.. xkan nak angkut gerabak sekali. Bincang punya bincang... dapat la cari penjaga sementara nun jauh di Kapar, Klang... thanks kak cik/abg cik sebab sanggup jaga anak2 aku mlm tu...

Dari Melaka, terus berdesup ke Kapar... sanggup tu oooo...



Mungkin ini konsert terakhir aku tonton... ermmm


Cukup hebat malam tu, terase rumaje semula. Teringat jaman 80/90an semasa aku bersekolah menengah. Berpusu-pusu nostalgia lama keluar dari kelopak mata. Teringat pahit manis jaman tu. Terasa cepat masa berlalu. Usia aku pun telah melewati tengahari... bila2 masa meniti senja sebelum memejamkan mata.



Gelagat mat2 rock...



Lagu2 malam tu amat menyentuh perasaan. Tanpa sedar, aku ikut menyanyi sama. Mungkin ada yg berkata, xsedar diri ke org tua ni. Tapi ada masanya untuk membuatkan kita sedar siapa diri kita, kita perlu mengimbau kenangan dan nostalgia lama... supaya kita sedar yg kita telah meningkat usia dan semakin hampir menemui pencipta. Dalam aku tenggelam dilamun lagu2 lama itu, kesedaran aku terhadap kehidupan yang telah lama aku tinggalkan semakin kuat. Perasaan menjadi sayu, mengenangkan apa yang aku gagal capai. Dalam diam Allah memberikan peringatanNya.



terpaksa balik berkaki ayam.... kerana...



RAHSIA Allah tidak tercapai dek akal kita......




wanita ini melecet kakinya... dan beliau memakai kasut saya!!!



Sabtu Yang Penuh... bab 1

Sabtu baru nie, sempena cuti Krismas, opis aku buat hari keluarga di Melaka Waterworld. Ramai juga yang ikut, dalam 206 org. Kul 8.30 pagi aku anak beranak dah sampai kat pakir Melaka Waterworld.


quality time... with family


Programnya mudah sahaja:-

8.30 pg - 9.00 pg berkumpul
9.00 pg - 9.30 pg ucapan pengarah/YDP Kelab Kebajikan dan Sukan
9.30 pg - 12.30 tghari sukaneka
12.30 tghari - 2.00 ptg makan tghari
2.00 ptg - 7.00 ptg acara mandi-manda

Ringkas, fun, meriah dan penuh kekeluargaan
.


My family with family of dino


Sabtu tu kira hari bertuah aku la. Aku join 2 game... salah satu menang tempat pertama. Cabutan bertuah pulak, aku dapat no. 001 - hadiah yang boleh dikira lumayan juga. Nisa masuk game kanak2 dapat no.3. Tengah mandi kolam jumpa duit. Dicabar untuk naik stage menari limbo rock, menang hadiah tiket percuma masuk melaka waterworld... peh!! memang luck sungguh la hari tu.


Hadiah yang berjaya dibawa pulang


Terima kasih la pada semua urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan Familyday kali ni. Insyallah, tahun depan korang buat lagi...


Limbo rock... aku berjaya mengalahkan peserta yg lebih muda... nampaknya tulang aku masih flexible lagi.... hahahahaha


Pada pengurusan Melaka Waterworld, terima kasih untuk kerja sama diberikan. Kepada semua peserta/keluarga... tahun depan kita bertemu lagi... maaf terpaksa balik awal kerana malam ade program yang nak dikejar..



Balik dari mandi-manda... family aku sume rentung


Bila Anak Dah Bersekolah

Pejam celik pejam celik... jap jer masa berlalu. Xsangka 3 Januari 2011 anak manja bucuk aku si An-Nisa akan mula bersekolah. Mungkin bagi org lain, perkara ni biasa jer. Tu org lain... ini aku. Rasa sedih lak nak biarkan dia gi sekolah...


An-Nisa dengan karya teragung beliau... lukisan gambar atuk nyer!~!!


Hari ni aku cuti. Cuti sebab nak daftarkan si Nisa ke sekolah. Bukan sekolah rendah! Bukan juga ke pra-sekolah mahupun tadika... tapi hanya ke Smart Reader Kids jer pun. Nisa tu baru 3 thn 9 bln jer... masa daftar tadi, aku rasa cam nak jer bawa dia balik. Xnak bagi dia ke sekolah. Biar aku jer ajar. Dia tu tido malam pun nak aku pelok!!! kalo x, sure ngamok bila terbangun tgh2 mlm.

Mmg aku agak bias. Aku manusia biasa. Lepas Arwah Alesha meninggal. Aku curahkan 120% kasih sayang pada An-Nisa. Xleh sakit langsung, xleh mama dia marah pun... cepat jer aku backing si Nisa. Tapi mana ade ibu bapa yg dpt bagi kasih sayang sama rata, sure akan ade anak yg akan dilebihkan dari yang lain. Cuma kasih sayang ibu bapa tetap ada utk anak2nya. Walau sebaik mana kita cuba membahagiakan kesemua anak2 kita, pasti akan ada yg kita lebihkan dari yang lain. Kita seharusnya tidak menjadikan kelebihan dari yg lain menyebabkan keadilan tidak ditegahkan. Adil itu penting, kerana ianya akan dapat mengikat sifat bias kita terhadap anak2.

Aku tetap akan cuba berlaku adil kepada An-Nur. Yang salah tetap salah. Yang bersalah tetap akan dihukum. Mungkin kerana itu, An-Nur tetap manja juga dengan aku, walaupun dia lebih berat kepada mamanya.

Cuma tadi, aku terasa belum bersedia untuk melepaskan anak aku tu pergi. Walaupun hanya bersekolah. Kerana bagi aku, tadi itu merupakan langkah pertama Nisa mulai meninggalkan aku. Nanti dalam diam... tanpa aku sedar, aku akan "kehilangannya"... kerana langkah-langkah berikutnya, nisa akan meningkat remaja...


Tuesday, December 21, 2010

No. Panggil Kecemasan di lebuh raya

Aku dapat dari email tadi. Mungkin info yang baik untuk kita. just to share

************************************************

JIKA ANDA DIGANGGU ATAU DITIMPA MUSIBAH DI LEBUHRAYA TERUS HUBUNGI NO NO INI....WALAU BAGAIMANA PUN NO 999 TETAP BOLEH DIGUNAKAN CUMA NO NO TEL INI TERUS KE KERETA PERONDA....BIASANYA KALAU KITA CALL 999 DIA ORG AKAN MINTAK NO TEL KITA DAN PUSAT OPERASI AKAN HUBUNGI PERONDA DILOKASI KITA DAN PERONDA AKAN HUBUNGI KITA MELALUI NO NO TEL YG DIBEKALKAN DLM KERETA PERONDA....PROSES INI AMBIL MASA HAMPIR 15 MINIT....OLEH ITU TERUS JER CALL NO NO TEL INI INSYAALLAH MUNGKIN PERONDA ITU BERADA BERHAMPIRAN KITA.....PRINT BESAR BESAR SIMPAN DLM KERETA ATAU SAVE DLM HANDSET KITA......tq

Bil

Tempat

Telefon

1

Bukit Kayu Hitam-Alor Setar-Sungai Petani

013-3836002

2

Butterworth-Kulim-Bandar Baru

013-3836003

3

Jawi-Changkat Jering- Ipoh

013-3836005

4

Ipoh-Tapah-Tanjung Malim

013-3837140

5

Tanjung Malim-Sungai Buloh-Bukit Raja

013-3836009

6

Sungai Besi-Seremban-Ayer Keroh, Seremban-Port Dickson

013-3837144

7

Ayer Keroh-Pagoh-Ayer Hitam

013-3837143

8

Ayer Hitam-Senai-JB, Taman Perling-Tg Kupang (Second Link)

013-3836016

9

KL-Klang, Shah Alam-Nilai-Sepang

013-3836017

10

Sri Petaling-Klang, Damansara-Puchong Sprint (Kerinchi Link)

013-3836018

11

KL-Karak

019-3244010

 

Percutian Cameron Highland

Terlebih dahulu... takziah kepada seluruh keluarga yang terlibat dengan kemalangan maut bas express di highway simpang pulai - cameron semalam....

Weken baru nie, selama 3 hari 2 malam sebanyak 7 buah kereta, 7 keluarga, 16 dewasa dan 15 cucu serta 1 dalam kandungan telah selamat bercuti di Cameron Highland. Cerita lanjutnya korang baca jer di blog bini aku.

Apa yg aku nak highlight hanya la 2 pic yg bawah sekali..... APE NAMA POKOK ITU??? pokok tu aku beli dari masyarakat pribumi yg berjual di jalan Tapah - Cameron tu.

(psst... layan gambar jer la ek)


iye! iye! nak jalan jauh... (apesal anak2 aku suka sgt ntah bila kena jalan jauh??)


sesudah subuh dah gerak


Cameron Highlands... here i come


sempat snap lg tu



keluarga samseng ni...


dah sampai cameron... musti gi tgk pokok bunge, ladang strawberry atau teh nyer


ape nama pokok nie???


sampai jer rumah... malam tu jugak aku tanam


Sunday, December 12, 2010

Mat Kilau

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah . Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah . Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar,Jerantut , Pahang . Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan sebagai Mufti Negeri Pahang.sila rujuk buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Tanah Melayu, terbitan Majlis Agama Islam dan Adai Istiadat Melayu Negeri Kelantan Jilid 2, bab Ulama Kelantan yang masyhur di luar kelantan. sebelum berhijrah ke Pahang Hj Botok yang merupakan Pawang Di Raja Kelantan telah berselisih faham dengan Raja Kelantan yang menjadi sebab beliau berpindah ke Pulai Tawar,Pahang. Hj Botok mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat,yang bernama Mat Diah bin Osman (tok chik mat diah)dan Merah bin Osman (tok chik hj merah).Hj Botok aliran Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti merupakan murid kepada ulama Patani yang mashur sebagai Tok Bendang Daya Tua. nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. datuk Hj Botok adalah imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke KELANTAN akibat di langgar Siam.

2. SEJARAH PERJUANGAN

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

3. BURUAN BRITISH

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura . The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

4. KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN

Dalam bulan Disember 1969 ,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau TawarJerantut . Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970 , Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.

Thursday, December 9, 2010

Penjelasan Syabas - Isu Air

Baca jer la...
***************************************


Abdul Halem Mat Som, Pengarah Eksekutif, Bahagian Korporat SYABAS


AIDCNews – 3/12/10 – Ketika pengurusan air yang dikendalikan oleh SYABAS beroperasi dengan lancar, tiba-tiba Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi Selangor membangkitkan isu tersebut. Dibangkitkan di parlimen, malah disusuli dengan ceramah-ceramah di seluruh Selangor.

Malah lebih mengejutkan, pada Ahad ini, dijangkakan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengetuai perarakan ke Istana Negara menyerahkan bantahan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menghalang kenaikan tarif air.
Semua ini seakan dirancang, apa agenda Anwar sebenarnya ?

Untuk merungkai persoalan ini AIDCNews bertanyakan Abdul Halem Mat Som, Pengarah Eksekutif, Bahagian Korporat SYABAS .

AIDCNews : Mungkinkah semua ini ada kaitan dengan pemberian air percuma ?

Abdul Halem Mat Som, Pengarah Eksekutif, Bahagian Korporat SYABAS
Abdul Halem : Mereka telah berjanji dalam manifesto pilihanraya untuk memberikan air percuma sekiranya mereka menang. Waktu itu sekadar manifesto, tetapi tanpa disedari mereka telah pun memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan. Sudah tentu janji mereka ditagih rakyat. Jadi air percuma telah dimulakan selepas April 2008.

Kerajaan negeri minta kepada SYABAS, 20 meter padu air percuma yang bersamaan RM11.40 sen. 20 meter padu disubsidi kerajaan negeri yang selebihnya dibayar sendiri oleh pengguna.
AIDCNews : Bagaimana dengan pelaksanaannya ?

Pada saya, pemberian air percuma satu langkah yang baik. Tetapi pelaksanaannya tidak dibuat kajian yang menyeluruh.

Kerajaan negeri terpaksa membelanjakan RM11 juta sebulan kerana menunaikan janji air percuma itu. Disebut dalam Selangorkini (portal milik kerajaan negeri), kerajaan negeri ‘kehilangan RM11 juta sebulan’ kerana memberi air percuma kepada rakyat.

Dan pemberian air percuma ini mesti ditulis dalam bil pelanggan yang ditanggung oleh kerajaan negeri sebanyak RM11.40 sedangkan kerajaan pusat tidak buat begitu ketika memberi subsidi beras, gula, minyak dan sebagainya.

Pemberian air percuma pula merangkumi semua rakyat Selangor tanpa mengira golongan kaya atau miskin. Jadi golongan yang kaya yang ada rumah mewah, rumah banglo, kolam renang pun dapat air percuma. Golongan sederhana kaya pun dapat air percuma. Golongan miskin pun dapat.

Golongan yang dapat itu hanyalah yang memiliki meter individu sahaja. Mereka yang tidak guna meter individu, contohnya rumah pangsa kos rendah, rata-rata mereka golongan mereka berpendapatan rendah yang menggunakan meter pukal tidak dapat menikmati sepenuhnya pemberian subsidi air ini jika dibandingkan dengan yang memiliki meter sendiri.

Bayangkan subsidi Rm11.40 untuk 400 unit rumah pangsa kos rendah, sedangkan golongan yang kaya juga mendapat subsidi RM11.40 untuk sebuah banglo mereka. Jadi berlaku ketidakadilan.

Kemudian ada golongan miskin di kampung, golongan miskin di bandar, setinggan dan sebagainya, kebanyakan anak mereka ramai, jadi untuk mereka menggunakan air di bawah 20 meter padu ini agak mustahil. Kebanyakan mereka guna lebih daripada 20 meter padu, sampai 40 meter dan sebagainya. Jadi mereka hanya menikmati subsidi RM11.40 sen, yang selebihnya mereka tetap kena bayar sendiri.

AIDCNews : Kenapa SYABAS wujudkan Tabung Budi ?

Ada di kalangan golongan miskin tersebut tak mampu nak bayar bil. Bila tak mampu bayar, dalam sistem bil, nama mereka akan tersenarai sebagai bil tertunggak. Pegawai yang memotong bekalan air ini akan berpandukan kepada senarai tertunggak tersebut.

Kebetulan yang kena potong bekalan ini adalah orang yang susah. Jadi, bila kita semak dan siasat kenapa golongan ini tidak membayar bil, rupanya mereka ini golongan yang daif, anak ramai, pendapatan rendah.
Berdasarkan kepada siasatan itu, SYABAS mengambil inisiatif di kalangan orang yang mampu bersepakat menyerahkan kelayakan subsidi air kepada golongan yang betul-betul memerlukan. Maknanya, kita dapat air percuma RM11.40 sebulan. Jadi, RM11.40 ini kalau dikumpul sepuluh orang, kita akan dapat RM114.00, kalau dua puluh orang kita dapat RM228.00.

Ada sampai peringkat kita tolong jelaskan bil-bil tunggakan golongan susah itu, baiki paip-paip yang sudah lama dan pada masa yang sama kita biayai air mereka secara percuma selama 6 bulan. Bukan sekadar 20 meter padu tapi mengikut yang mereka pakai.

SYABAS hanya pemudahcara untuk mewujudkan Tabung Budi. Untuk mengkordinasi di kalangan penyumbang ini, kita mulakan dengan kakitangan. Kakitangan Pengurusan Kanan seramai 100 orang, kita serahkan hak kita (subsidi percuma) yang sudah diterima setahun lepas sebanyak RM138.00. Jadi, kita dapat sebanyak RM13,800.00 dan diserahkan kepada golongan yang sepatutnya. Mereka sangat terharu dan berterima kasih kerana masih ada orang yang sudi menyelesaikan masalah mereka.

Apabila usaha yang dibuat ini mendapat publisiti, maka semakin ramai orang berhajat untuk memberikan sumbangan ini. Kita tidak menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai seperti sumbangan kepada tabung-tabung lain. Konsepnya adalah anda serahkan kelayakan mendapat bekalan air percuma kepada tabung ini.

AIDCNews: Bagaimana prosesnya ?

Kita dah tolak siap-siap bil air kita sebanyak RM11.40, yang kita bayar adalah baki selebihnya. Kita dah jimat di situ. Kita terima bil seperti biasa. Pemberian air percuma itu sudah ditolak.

Contohnya, kalau bil air anda RM51.40. Kemudian ditolak RM11.40, jadi baki yang perlu dibayar ialah RM40.00. Sepatutnya kita kena bayar RM51.40. Cuma perlu bayar RM40.00. Jadi kita sudah jimat sebanyak RM11.40. Penjimatan itulah yang kita serah kepada tabung ini.

Ini bermakna, kita tidak pulangkan kepada kerajaan tapi kita beri kepada Tabung Budi untuk disalurkan kepada orang yang benar-benar memerlukan. Sebab itulah kita wujudkan tabung ini untuk memudahkan mereka yang hendak menyerahkan hak ini seolah-olah menderma air percuma ini kepada orang yang benar-benar memerlukan.

Tabung ini mula mendapat sambutan dan kesedaran daripada orang ramai. Kita ada jawatankuasa yang menilai siapa yang layak menerima sumbangan ini. Kelayakan ini dinilai berdasarkan pendapatan isi rumah, keadaan rumah dan sebagainya.

Ini bukan pembiayaian oleh SYABAS tapi oleh orang yang mendermakan hak kelayakan air percuma mereka. Sebab itulah diwujudkan Tabung Budi yang dibuka kepada orang ramai seperti yang dilakukan oleh kakitangan SYABAS dan Puncak Niaga.

AIDCNews : Adakah wujud suara-suara tidak puas hati tentang Tabung Budi ?

Tabung Budi ini mungkin menjadi satu tamparan kepada kerajaan negeri yang mengatakan ini merupakan satu tindakan yang jauh lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Mungkin ada pihak-pihak yang menidakkan kewajaran Tabung Budi ini dengan memberi notis supaya menutup tabung ini kerana melanggar syarat-syarat perjanjian penswastaan.

Kalau syarikat-syarikat luar negara, boleh mewujudkan CSR melalui program-program kebajikan, kenapa usaha yang dibuat oleh SYABAS ini harus dipertikaikan. Sedangkan SYABAS bertindak sebagai pemudah cara dalam pengagihan sumbangan ini.

Ini konsep ‘Dari Rakyat kepada Rakyat’. Bukan dari “SYABAS kepada Rakyat” atau “Dari Kerajaan Kepada Rakyat”. Ini berbeza sama sekali.

Oleh kerana ketidakfahaman konsep inilah, maka ada pihak yang mempertikaikan kewajaran Tabung Budi ini kerana dianggap sebagai satu tamparan dalam mengstrukturkan semula siapa yang patut diberi air percuma ini.

Kalau dilihat dari sudut positif, kita sebenarnya melengkapkan pemberian air percuma oleh kerajaan negeri. Kalau kerajaan negeri tidak memberi air percuma, Tabung Budi ini tidak akan wujud.

Kalaulah Tabung Budi ini dibatalkan, akan memberi implikasi kepada dua pihak. Kedua pihak itu tidak ada kena mengena dengan SYABAS. Pertama, pihak yang menerima dan kedua pihak yang menyumbang.

Ada juga tuduhan yang mengatakan Tabung Budi ini untuk membiayai operasi SYABAS dan sebagainya. Kalaulah dalam Tabung Budi ini ada RM50 juta atau RM100 juta dan sebagainya, logiknya duit ini akan digunakan untuk membayar gaji pekerja dan kos operasi, sedangkan ini duit rakyat. Logik, kalau ada pemikiran begitu walaupun benda itu tidak berlaku.

Setakat ini, kutipan tabung ini hanyalah ada RM200,00.00. Dari RM200,00 inilah diagih-agihkan kepada rakyat yang layak menikmatinya. kemudian, tidak ada, kos-kos pengurusan pun. Kalau RM100,000 kita kutip, RM100,000 itulah yang kita agih-agihkan. Tidak ada kos kakitangan yang urus tabung tersebut atau kos sewa premis. Tidak ada.

Sebab itu tidak ada kewajaran untuk membatalkan tersebut. SYABAS mempertahankan tabung ini untuk kebajikan rakyat.

AIDCNews: Setakat ini macam mana keberkesanan Tabung Budi membantu rakyat?

Bantuan kepada orang ramai ini bergantung kepada sumbangan. Contohnya, semasa tabung ini mula-mula ditubuhkan, kita hanya ada RM13,000.00 sahaja. Jadi, kita agihkan mengikut kapasiti RM13,000.00.
Sewaktu dilancarkan pada September lepas, 14 keluarga yang layak mendapat sumbangan ini. Selepas ini, kita akan buat penyerahan tiap-tiap minggu. Contohnya, kita telah serahkan sumbangan ini kepada tiga keluarga yang dikategorikan sebagai miskin bandar.

Saya anggap kita sebagai pemudahcara. Contohnya, kalau kita mahu menderma kepada sesebuah masjid. Mestilah ada tabung untuk memudahkan kita. Begitu jugalah dengan peranan yang dimainkan oleh SYABAS. Kita sediakan kemudahan itu.

AIDCNews : Benarkan SYABAS secara semborono menaikkan tarif air ?

Tarif air ini tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya macam kita menjual cendol. Ia mestilah diwartakan oleh Kerajaan Negeri. Ia mesti dipersetujui oleh semua pihak. Mesti dipersetujui tiga pihak iaitu SYABAS, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

SYABAS telah ada perjanjian dengan kerajaan negeri berkenaan terma-terma tarif air serta KPI ditetapkan untuk kenaikan tarif air tersebut. Setelah dua tahun pertama beroperasi, SYABAS lulus KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri itu. Itupun dikira lambat setahun daripada yang sepatutnya. Tetapi, kerajaan negeri waktu itu gentleman, seperti dalam perjanjian, kalau tak dapat naik tarif, mereka akan bagi pampasan. Dan pampasan itu diberikan.

AIDCNews : Sesetengah negeri pengurusan air bermasalah, bagaimana dengan Selangor ?

Tiap-tiap negeri ada pengurusan air mereka sendiri. Sebelum ini, tiap-tiap negeri berada di bawah Jabatan Bekalan Air yang dipecahkan daripada Jabatan Kerjaraya.

Kebanyakan industri air ini menghadapi masalah. Masalah yang asas. Pertama sekali, dari segi tarif air. Memang di mana-mana pun tarif air itu rendah. Kebanyakan tak dapat menampung kos pengurusan. Mungkin pengurusan biasa itu cukup. Tapi untuk peningkatan kualiti dan sebagainya ini tidak cukup.

Misalnya, paip-paip lama perlu diganti. Paip-paip lama ini menyumbang kepada kualiti air. Masalah paip pecah, kebocoran dan sebagainya. Apabila berlaku paip pecah, pengguna juga akan menghadapi masalah.
Keduanya, pihak pembekal juga akan menghadapi masalah dari segi kehilangan air tanpa hasil. Sewaktu SYABAS ambil alih dulu, kadar kehilangan air tanpa hasil sebanyak 42 peratus. Maknanya air hilang, tidak sampai kepada pengguna. Misalnya, jika 100 peratus pengeluaran air, hanya 48 peratus sahaja yang sampai kepada pengguna, yang selebihnya hilang. Jadi, air yang tidak dibilkan sama ada kerana paip bocor, kecurian air dan sebagainya

Maknanya, yang boleh disalurkan kepada pengguna ini, hanya 48% sahaja, sebab 42% hilang disebabkan paip pecah, bocor dan sebagainya. Ini akan menyumbang masalah-masalah kepada syarikat bekalan air ataupun jabatan-jabatan bekalan air. Jadi, untuk mengelakkan masalah-masalah ini, memerlukan kos yang tinggi termasuklah penggantian paip.

Polisi dan tarif air setiap negeri berbeza-beza. Beberapa negeri masih ditadbir oleh Jabatan Bekalan Air melainkan beberapa negeri yang diperbadankan. Contohnya di Pulau Pinang. Selangor juga diperbadankan pada satu ketika dahulu, dan di Johor telah diswastakan kepada Syarikat Bekalan Air Johor. Kemudiannya Selangor mengikuti langkah Johor diswastakan untuk memberikan kecekapan kepada pentadbiran air tersebut.

AIDCNews : Sejarah penswastaan air di Selangor ?

Mula diswastakan pada tahun 1996 dimulai dengan loji-loji rawatan. Dari segi edaran, Jabatan Air Selangor telah diperbadankan menjadi Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS). Tapi masih berhadapan dengan masalah-masalah asas yang saya sebut tadi, PUAS berhutang sebanyak 4.2 bilion dengan syarikat-syarikat pembekal air seperti Puncak Niaga, SYABAS Konsortium dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Berhad (SPLASH).

Hutang ini melibatkan lebih 2 bilion, kemudian ditambah pula dengan hutang-hutang yang tidak dapat dijelaskan kepada kontraktor-kontraktor. Kontraktor ini bekerja setiap hari di mana ada paip pecah di situ lah mereka bekerja. Ini sahaja menelan kos lebih kurang RM500 juta.

Kemudian, hutang Kerajaan Negeri Selangor masih berhutang dengan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM700 juta kerana hendak menyelamatkan PUAS ketika itu.

Disebabkan masalah-masalah ini, SYABAS ditawarkan untuk mengambil alih tadbir urus air di Selangor melalui penswastaan.

Sebagai anak Selangor yang rasa bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang baik, memulihkan industri bekalan air Selangor, YBhg Tan Sri Razali sanggup mengambil tanggungjawab tersebut.
Seolah-olah, mengambil alih sebuah banglo yang buruk, lama dan usang, sedangkan banglo tersebut mempunyai hutang yang banyak di bank. Setelah diambil alih, SYABAS strukturkan semula sistem penyelesaian masalah hutang tersebut. Kemudian dibaiki menjadi lebih elok dan akhirnya, banglo itu menjadi cantik.

AIDCNews : Ketidakcekapan pengurusan pentadbiran akan membantutkan pengurusan air kepada pengguna?

Perkara utama menambahkan kecekapan sistem pungutan hutang. Hutang-hutang ini sekiranya tidak dijelaskan, empat organisasi mungkin akan berhadapan masalah.

Pada masa dulu, PUAS mengalami masalah kewangan. Kemudian tiga syarikat yang membekalkan air (Puncak Niaga, SYABAS dan SPLESH) juga tidak mendapat pembayaran. Bila tidak mendapat bayaran, syarikat ini juga menghadapi masalah untuk membayar gaji kakitangan mereka.

Ini untuk kos-kos operasi dan baik pulih. Di Selangor dan Kuala Lumpur, ada 23, 000 km paip. Jadi, nak ganti paip-paip lama ini kepada paip-paip baru untuk memastikan bekalan air bersih, berkualiti, tidak berkarat dan tidak pecah, semua ini memerlukan kos yang tinggi.

Jadi, waktu itu, industri ini tidak dapat mengeluarkan dana untuk menampung kos tersebut. Malahan, kakitangan pun tidak mencukupi. Macamana nak tambah kakitangan kalau dana pun tidak mencukupi. Sedangkan 7 juta orang pengguna, berbanding dengan 1,500 orang kakitangan.

Dengan penswastaan ini, struktur tersebut dapat disusun semula. Dari segi hutang, pusat perkhidmatan pelanggan (PUSPEL), dan rancangan penggantian paip-paip lama untuk mengelakkan kehilangan air tanpa hasil.Kita sudah kenalpasti, lebih kurang 6000 paip jenis mudah pecah perlu diganti. Ini semua melibatkan kos.

SYABAS juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada kontraktor-kontraktor. Malah, memberi peluang pekerjaan kepada 1,500 orang anak-anak Selangor.

Hari ini, rata-rata mengatakan perkhidmatan SYABAS jauh lebih baik daripada sebelum ini. Seperti konsep rumah banglo yang saya katakana sebelum ini, kenapa rumah yang cantik ini harus diberikan kepada orang lain?

Kenapa industri air ini diswastakan kepada SYABAS ? Jadi, ramai yang tak tahu. Segala perbelanjaan untuk peningkatan kualiti telah dibiayai. Untuk memastikan semua ini beroperasi dengan baik, kita pinjam duit bank, pinjaman mudah dengan pihak kerajaan dan lain-lain.

Dalam perjanjian ini, sudah tentulah ada syarat-syaratnya. Maknanya, kalau berdasarkan tarif yang sedia ada, mungkin kita tak dapat buat semua ini. Boleh kita buat pinjaman bank, tapi macam mana nak membayarnya kembali ?.

Transkrip selanjutnya selepas ini, benarkah kerajaan negeri berusaha mengambil alih semula pengurusan air di Selangor ? Benarkah kerajaan negeri serius atau sekadar mempolitikkan isu air ?

AIDCNews difahamkan terdapat grand design besar yang sedang disusun oleh Penasihat Ekonomi Selangor dalam mengekploitasi isu air di Selangor. Apakah grand design itu ?
1. Adakah Penasihat Ekonomi mahu mencari alasan untuk memberhentikan pemberian subsidi air yang melibatkan kerugian kerajaan negeri sebanyak 11 juta sebulan ?
2. Adakah Penasihat Ekonomi mahu mencari justifikasi untuk mengambil alih pengurusan air dengan menukar CEO sekarang yang diterajui Melayu kepada CEO berbangsa lain seperti mana yang pernah dilakukan terhadap PKNS ?

AIDCNews : SYABAS menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri yang terdahulu (BN). Sekarang kerajaan negeri diterajui oleh PR. Adakah kerajaan negeri PR boleh membatalkan perjanjian yang dibuat sebelum ini ?

Kita kena ingat, SYABAS tandatangani perjanjian itu dengan pihak kerajaan negeri dan bukannya dengan individu. Sebab itu, yang menandatangani perjanjian tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri.

Contoh, kita membuat pinjaman di bank ABC. Tiba-tiba bank ABC ini diambil alih oleh bank lain. Adakah secara automatik perjanjian kita dengan bank ABC yang dibuat dahulu terbatal? Tidak terbatal. Kita masih tetap kena bayar, cuma bezanya, pembayaran tersebut harus dibuat di bank yang mengambil alih bank ABC tersebut.

Jadi, tidak timbul soal polisi berubah selepas kerajaan negeri bertukar.

Di dalam SYABAS terdapat tiga kompenan yang besar. Pertama, Syarikat Puncak Niaga Holdings Berhad yang merupakan pembayar saham utama iaitu memegang 70 peratus saham. Tan Sri Rozali merupakan individu yang memegang saham terbesar dalam Syarikat Puncak Niaga itu. Kedua, pemegang saham minoriti yang terdiri daripada orang awam yang membeli saham SYABAS dan ketiganya, Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Kerajaan Negeri Selangor memegang saham sebanyak 30 peratus. Kerajaan Selangor diwakili oleh dua anak syarikatnya, iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) memegang saham 15 peratus dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad juga 15 peratus. Manakala Kerajaan Persekutuan pula juga mempunyai satu saham emas yang bertindak sebagai kata pemutus.

Semua wakil pemegang saham ini dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah SYABAS. Ada wakil dari Puncak Niaga, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan pula diwakili oleh orang nombor dua pentadbiran kerajaan iaitu Ketua Setiausaha Perbandaran.

Sebarang keputusan yang mahu dilaksanakan mesti dicapai secara bersama. Jadi, kalau ada yang tidak bersetuju misalnya Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju dengan beberapa polisi, kenapa dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah mereka tidak bangkitkan?

Kita tidak boleh membuat sebarang keputusan seperti family business. Kita kena ingat, Ketua Setiausaha Perbandaran juga adalah Ahli Lembaga Pengarah SYABAS. Sepatutnya semua ini berjalan lancar dan teratur serta mampu membawa pulangan keuntungan.

Dari sudut lain, kalau SYABAS mengalami kerugian, Kerajaan Negeri Selangor juga akan turut rugi kerana mereka ada memegang saham. Kalau SYABAS untung, Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapat keuntungan.

Dalam soal penswastaan, faktor kewangan ini diambilkira. SYABAS hanya boleh mencapai keuntungan selepas 10 tahun beroperasi.

Seperti kita berniaga, takkanlah tahun pertama itu sudah mendapat keuntungan. Tan Sri Rozali sendiri, sudah bertahun-tahun berniaga sehinggalah apa yang kita lihat kejayaannya hari ini.

Begitu jugalah dengan SYABAS, baru 5 tahun. Itupun sudah menunjukkan pelbagai kejayaan yang dicapai. Misalnya, mendapat anugerah perkhidmatan pusat pelanggan terbaik, pengurusan sumber manusia terbaik, anugerah emas dan sebagainya.

AIDCNews : Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah PR beri kerjasama baik kepada SYABAS ?

Oleh kerana penstrukturan semula ini, SYABAS telah diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk membekukan kerja-kerja capital expenditures (CAPEX) atau perbelanjaan modal. Arahan SPAN berasaskan perbincangan yang belum selesai di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Maknanya, Perbelanjaan modal SYABAS dibekukan sementara menunggu persetujuan semua pihak. Kita sendiri pun tidak tahu bilakah persetujuanitu akan selesai.

Apabila perbelanjaan modal SYABAS dibekukan dalam tempoh yang lama tanpa ada sebarang persetujuan, seolah-olah tangan kita diikat. Bila tangan diikat, kita tidak boleh mengeluarkan modal. Kerja-kerja penggantian paip lama pun tidak boleh dijalankan.

Sebab itulah, paip lama yang kesemuanya berjumlah 6000 km (tetapi) hanya 800 km yang dapat dibaiki. Bukan setakat penggantian paip lama tergendala, malah juga melibatkan penggantian meter, komunikasi paip, pemasangan penyaluran dan lain-lain. Yang menanggung akibat ini adalah rakyat Selangor. Dalam masa sama, SYABAS akan dilihat tidak dapat memberikan perkhidmatan yang efektif akibat dari sekatan ini.
Sekarang ini, Kerajaan Negeri Selangor menuduh SYABAS tidak berjaya melaksanakan peningkatan perkhidmatan air. Persoalannya kenapa? Kerana mereka mengikat kita.

Kalau mereka ikhlas, lepaskan SYABAS untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jangan diikat dari segi perbelanjaan modal dan sebagainya. Sedangkan perbelanjaan modal adalah dari duit SYABAS.
Kononnya, SYABAS ini akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri. Jadi, jangan lakukan apa-apa perbelanjaan dahulu. Sampai sekarang, SYABAS ditahan daripada melakukan perbelanjaan modal.

Kemudian dikaitkan pula dengan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor. Sebenarnya projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor ini merupakan projek Kerajaan Pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA). Sedangkan isu perstrukturan itu di antara SYABAS dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Jadi sekarang ini, Kerajaan Negeri Selangor mahu ikat Kerajaan Pusat supaya bersetuju dengan pengambilalihan SYABAS dengan cara tersebut. Dengan ertikata lain, mereka (Kerajaan Negeri Selangor) tidak mahu memberi kelulusan tanah untuk penyaluran air, selagi penstrukturan ini tidak selesai dan akan memaksa SYABAS berada dalam tekanan.

AIDCNews: Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengambil alih semula urusan pengurusan air? Bolehkah Kerajaan Negeri berbuat demikian ?

Sebenarnya memang boleh. Kalau Kerajaan Negeri Selangor hendak ambil alih SYABAS pun boleh. Perjanjian ini adalah buatan manusia. Tetapi kita sentiasa ikut kepada perjanjian ini.

Dalam konteks ini, kalau Kerajaan Negeri nak ambil alih konsep willing-buyer (persetujuan pembeli) dan willing-seller (persetujuan penjual) mesti ada. Kalau anda berhajat nak beli, tetapi kita tak mahu jual, jadi tidak boleh buat kerana ada willing-buyer tetapi tidak ada willing-seller. Ada yang hendak beli tapi tak ada yang hendak jual. Lainlah kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk membeli dan menjual. Jadi, harga boleh dibincang.

Secara logiknya, SYABAS bukanlah mahukan harga yang tinggi dengan membebankan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak sama sekali. Isunya sekarang ini, kalau kita sudah keluarkan modal yang besar untuk mengambil alih hutang, membaik pulih, membuat pinjaman dan sebagainya, perkara-perkara ini harus diambil kira sebelum proses pengambilalihan.

Jadi, penentuan harga yang ditawarkan mestilah dapat menampung perkara-perkara tadi dan juga faktor pemegang saham sama ada pemegang majoriti atau minoriti (orang awam). Ini kerana, kalau kita jual dengan harga yang lebih rendah, saham itu merundum, kita pula terpaksa menjawab dengan pemegang-pemegang saham. Semua yang kita buat ini mengikut peraturan dan undang-undang.

Isunya sekarang, kita perlu buat perbincangan secara teratur dan rapi sama ada duduk berbincang atau sebagainya. Kalau perbincangan itu pun tidak serius, susahlah untuk saya katakan.

AIDCNews: Sudah adakah perbincangan yang serius?

Perbincangan setakat ini hanya ada di peringkat pegawai-pegawai. Tidak ada titik pertemuan. Jalan selari tetapi mencapah, makin lama makin jauh. Jadi, memang tidak akan jumpa titik pertemuan itu.
AIDCNews: Kenapa Kerajaan Negeri Selangor berminat untuk mengambil alih SYABAS ? Adakah ada agenda lain?

Susah untuk saya katakan kerana ini adalah agenda masing-masing.

Kalau kita lihat dari konteks ekonomi, SYABAS boleh mencapai keuntungan selepas 10 tahun beroperasi. Kalau dari sudut itu pun kita boleh tengok. SYABAS sudah 5 tahun beroperasi dan hanya tinggal 5 tahun lagi untuk mencapai keuntungan. Sebab semua sudah boleh diambil alih dari segi sistem dan sebagainya.
Maknanya, kalau sudah diambil alih, mungkin selepas itu boleh dapat keuntungan melalui tarif. Mereka nampak dari sudut itu. Mungkin juga boleh memberi peluang pekerjaan kepada kroni-kroni yang menyokong mereka selama ini.

Mungkin juga boleh diletakkan di posisi Pengerusi atau Pengarah. Ini saya tak mahu tuduh sesiapalah. Kita tak perlu sebut sesiapa tapi kita tahulah. ‘Orang-orang’ inilah yang bising tentang industri air, buat ceramah di sana sini tentang hendak ambil alih hak rakyat dan sebagainya.

Sebenarnya untuk kepentingan sendiri kalau dapat SYABAS. Di situlah siapa yang layak dapat Chairman atau Director.

Tapi dari segi politik pula, tentu ada kepentingannya di situ. Dengan memainkan isu air ini, mereka beranggapan akan mendapat sokongan rakyat dan terus menang pada pilihanraya akan datang.
Sama ada mereka serius atau tidak, saya sendiri masih lagi tertanya-tanya.

Kita sendiri tidak boleh nak bertanyakan dari mana wang yang akan digunakan untuk penstrukturan semula ini. Betulkah ada pelabur yang akan membantu membuat pembayaran pengambil alihan ini, siapa pelabur tersebut, adakah mereka dari golongan yang boleh dipercayai ?

Sekiranya pelabur dari luar negara, kita khuatir jika industri air akan dipindah milik kepada syarikat luar, sedangkan syarikat tempatan boleh mengurus dan keluarkan dana. Kenapa perlu diberi kepada syarikat antarabangsa? Tidakkah nanti syarikat tersebut akan membuat pindahan milik?
Kita tidak mahu semua ini berlaku kerana air adalah keperluan rakyat.

Jangan nanti yang menguruskan air ini bukan di kalangan kita sendiri. Oleh kerana tidak mampu untuk membayar hutang, akhirnya menjadi pindah milik.

Ataupun, ini mungkin satu permainan, tidak serius pun nak ambil alih. Atau sekadar nak memberitahu rakyat bahawa Kerajaan Negeri serius untuk ambil alih kerana hendak terus memberi air percuma kepada rakyat. Jadi, kalau tak dapat ambil alih selepas ini, mereka terpaksa hentikan pemberian air percuma ini.

Pihak yang akan dipersalahkan nanti, sudah tentulah SYABAS serta mereka yang menyokong SYABAS sama ada Kerajaan Persekutuan atau sebagainya.

AIDCNews : SYABAS didakwa kroni politik tertentu ?

Bila dikaitkan SYABAS dengan orang-orang tertentu sebagai kroni, dakwaan ini disangkal. Kita kena ambil kira kakitangan SYABAS seramai 3000 orang yang majoritinya rakyat Selangor. Janganlah dipolitikkan isu ini dengan mengaitkan dengan kroni.

Tidak semua kakitangan SYABAS ini menyokong satu parti. Masing-masing ada parti yang mereka sokong. Walaupun kita berlainan ideologi politik, tetapi di SYABAS kita masih boleh bersatu. Itu tidak menjadi masalah besar.

Dari segi hubungan tokoh korporat dengan orang politik. Ini sudah wujud sejak berzaman lagi. Mereka tak boleh kata tokoh ini kroni dengan orang politik ini. Kalau anda sebut siapa pun tokoh korporat di negara ini, mereka mesti ada hubungan yang baik dengan pemimpin. Kalau tak ada hubungan yang baik dengan pemimpin, macam mana mereka nak berniaga.

Dalam sebuah negara itu, mesti ada hubungan antara pihak korporat dengan kerajaan. Hubungan ini perlu.

Dalam pentadbiran SYABAS sendiri, kita menerima bos kita adalah Kerajaan Persekutuan. Begitu juga kalau di negeri, kita menerima Kerajaan Negeri yang ada sekarang. Kita terima hakikat itu dan sedia bekerjasama pada bila-bila masa.

Kita tidak beranggapan mereka tidak sama parti dengan kita maka tidak boleh bekerjasama, jadi tidak boleh begitu. Kerana Kerajaan Negeri yang sekarang adalah kerajaan yang mentadbir, kerajaan yang sedia ada. Manakala Kerajaan Pusat yang ada sekarang adalah kerajaan yang lain. Jadi, dua-dua kerajaan ini adalah bos kita.

Saya sendiri tidak faham kenapa SYABAS sentiasa dimusuhi. Kalau kita nak berbaik dengan seseorang, macam-macam usaha kita lakukan tapi orang tersebut tidak mahu berbaik sebaliknya memusuhi kita, jadi apa lagi yang boleh kita buat?

AIDCNews : Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melantik kroninya menjadi Pengerusi SYABAS ?

Dalam entiti swasta ini, sama ada syarikat atau korporat, yang mempunyai kuasa adalah yang memegang saham majoriti. Kalau pemegang saham itu adalah Puncak Niaga, maka wakil Puncak Niaga yang akan menjadi Pengerusinya.

Sebagai seorang bekas korporat dan ahli politik, saya tidak fikir, Menteri Besar Selangor mengambil tindakan-tindakan yang tidak selari dengan apa yang sepatutnya di dalam pengetahuannya.
AIDCNews: Adakah Tabung Budi ditolak oleh kesemua Wakil Rakyat PR ?

Inilah yang menariknya tentang Tabung Budi. Kita telah pun menghantar surat kepada semua Ahli Parliman dan ADUN Negeri Selangor untuk memberitahu kewujudan Tabung Budi. Jadi, mana-mana pihak yang ingin menyumbang, boleh menyumbang. Kita juga memberitahu mereka bahawa Tabung Budi ini adalah untuk membantu golongan yang susah dan miskin.

Jadi, kalau terdapat golongan ini di kawasan mereka, kenalpasti dan berikan nama kepada SYABAS untuk diberi bantuan. Tidak kiralah ADUN dari parti mana sekali pun. Kita beri sama rata.

Semasa pelancaran Tabung Budi peringkat umum baru-baru ini, kita jemput semua Wakil Rakyat kerana kita hendak maklumkan tentang tabung ini. Kita faham Wakil Rakyat ini sibuk. Jadi, tidak semuanya yang hadir. Yang hadir itu pula ada di kalangan Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kedua-dua parti ini ada.

Tetapi, apa yang dibesarkan adalah kenapa Tabung Budi ini diwujudkan seperti hendak melawan kuasa Kerajaan Negeri. Tambahan pula ada Wakil Rakyat BN yang datang. Tapi mereka terlupa bahawa yang datang ke majlis itu pun ada juga Wakil Rakyat PKR.

Lebih menarik lagi, kita ada terima surat daripada Exco Kerajaan Negeri yang meminta supaya SYABAS menyalurkan Tabung Budi ini kepada penduduk miskin di kawasan mereka. Kita sudah pun menyemak dan siasat siapa yang layak dan kita bagi.

Hari ini, bila kita bagi, tangan sebelah kanan terima tapi tangan sebelah kiri pula tampar kita. Jadi tak kenalah.
AIDCNews: Benarkah Exco tersebut ialah Dr Xavier Jayakumar ?

Ya. Itu saya boleh sahkan.

AIDCNews : Benarkah ada dakwaan yang mengatakan SYABAS memaksa kakitangannya supaya menyumbang kepada Tabung Budi dan benarkah Tan Sri Rozali Ismail selaku CEO, tidak menyumbang mengikut perolehan pendapatannya ?

Yang pertama sekali, pihak yang menuduh ini perlu membuktikan di mana kita memaksa kakitangan supaya menyumbang kepada Tabung Budi. Kena buktikan. Perkara ini seringkali disebut dalam perhimpunan mingguan kakitangan, sekiranya ada yang ingin menyumbang dialu-alukan tanpa ada sebarang paksaan.

Malahan, kalau yang sudah menyumbang jika mereka ingin menarik balik sumbangan tersebut pun dibenarkan. Tiada siapa yang memaksa, mengarah atau sebagainya. Ini bergantung kerelaan individu.

Kalau ada yang kata mereka dipaksa untuk menabung, tunjukkan bukti atau dokumen. Sedangkan mereka yang menabung ini ada yang mengisi borang supaya dipotong daripada gaji bulanan sebanyak RM11.40 untuk didermakan kepada golongan yang layak. Mereka sendiri ada Akujanji berkaitan sumbangan ini. Pemotongan ini dilakukan oleh pihak bank dan terus disalurkan kepada tabung ini.

Yang keduanya, berkaitan Tan Sri Rozali Ismail (CEO) dikatakan tidak menyumbang keuntungan seperti mana diharapkan. Konsep kita adalah berdasarkan akaun.

Contohnya, kalau saya ada rumah dan penama itu adalah saya. Tiap-tiap bulan saya dapat RM11.40. Jadi, RM11.40 itulah yang saya beri. Kalaulah saya ada 10 buah rumah pula, maka RM114.00 yang saya beri.
Kalau dilihat dari segi sumbangan beliau membantu Pusat Zakat Selangor (PZS), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan golongan-golongan yang memerlukan, saya rasa beliau lakukan lebih daripada yang sepatutnya.

Jadi, tidak timbul kenapa kakitangan SYABAS sama ada yang bergaji RM3000 ke bawah atau Pegawai Kanan bergaji RM10,000 perlu membayar RM11.40. Kerana itulah kita kena kembali kepada konsep pemberian air percuma. Jika golongan kaya menerima RM11.40, maka golongan miskin pun menerima jumlah yang sama juga. Hasil dari pengumpulan tabung tersebut, maka kita akan beri kepada golongan yang miskin ini.

Sebab itu, saya boleh katakan, mereka yang membuat tuduhan ini tidak faham konsep. Kalau tak faham, beginilah jadinya. Kata orang, kalau tak faham, seeloknya cuba untuk memahaminya dulu. Kita tak ada masalah untuk memberi penerangan kepada pihak yang mahukan penjelasan. Tapi, ada pihak yang tidak mahu penjelasan tetapi menghentam kita sesuka hati.

Soalan saya, menjadi kesalahankah kalau orang hendak buat kebajikan?

AIDCNews: Difahamkan pada Ahad ini (5 Disember), satu memorandum akan dihantar kepada Yang
DiPertuan. Adakah ini menggambarkan krisis air di Selangor sangat teruk hinggakan perlu campur tangan daripada Yang DiPertuan Agong ? Kenapa hingga sampai ke peringkat ini ?

Kita anggap Kerajaan Negeri Selangor adalah bos kita. Bila bos ada masalah dengan pekerja, apa salahnya kalau berbincang. Bukannya dengan cara menghentam, fitnah dan kempen di sana sini. Apa pula perasaan pekerja tadi? Kenapa perlu gunakan orang lain. Saya tidak nampak kewajaran dan kecerdikan dalam menangani isu ini.

Sokongan-sokongan rakyat ini datang dari konsep sedemikian seperti berhimpun, berarak dan sebagainya. Apabila insiden berarak dan berhimpun ini semakin lesu, jadi untuk mengembalikan nostalgia berhimpun, perlu ada isu untuk dimainkan. Isu yang hangat sekarang adalah isu air. Dan digunakan sepenuhnya. Sedangkan bagi rakyat atau orang awam yang berfikiran waras, mereka akan terfikir kenapa isu ini diperbesarkan ?

Kita tidak rasa tertekan langsung. Di SYABAS kita tidak boleh mengikut rentak orang lain, kalau orang lain buat ini, kita tidak semestinya perlu ikut. Ini kerana, kita memberi perkhidmatan kepada pengguna sama ada mereka menentang atau menyokong. Mereka adalah pengguna yang membayar bil air kepada kita.
Kalau SYABAS ‘merajuk’ disebabkan tekanan ini, semua loji air ditutup dan pengguna di Selangor tidak dapat bekalan air. Apa akan jadi?

Contohnya di KLIA sahaja, mesti perjalanan operasi mereka akan tergendala atau ditutup. Sebab itulah bila berlaku krisis air di Sepang iaitu 3 paip pecah kerana aktiviti mengorek pasir.
Paip ini, asalnya berada di dalam tanah. Tetapi apabila ada aktiviti korek pasir, paip ini akan menjadi tergantung kerana tiada yang menampungnya. Inilah mengakibatkan paip tersebut patah. Paling kritikal adalah KLIA.

Kakitangan SYABAS terpaksa bekerja 24 jam untuk memastikan kawasan-kawasan kritikal tersebut ada air dan kod kecemasan iaitu kod merah perlu diaktifkan. KLIA yang paling kritikal kerana pada waktu itu ada pertandingan lumba kereta di Sepang. Kakitangan SYABAS bertungkus-lumus memenuhkan tangki air KLIA dengan berlori-lori air.

Bayangkan kalau SYABAS ‘merajuk’?

AIDCNews : Adakah isu air ini sengaja dimanipulasi sebagai isu politik ?

Ada kemungkinan, tapi saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak kerana mereka ada strategi masing-masing untuk memenangi hati rakyat, memenangi pilihanraya.

Tapi kita kena lihat dari segi kewajarannya. Air sekarang ini dikatakan sebagai ‘emas biru’ iaitu sangat bernilai. Di mana-mana negara sekalipun, isu mendapatkan air bersih ini menjadi topik utama. Kita sepatutnya bersyukur dengan kualiti air yang dinikmati di negara kita.

Walaupun menerima pelbagai tekanan, SYABAS tetap bersikap profesional. Apa yang saya nak tekankan adalah, Selangor merupakan negeri yang mempunyai kualiti air terbaik di Malaysia.

Kebanyakan syarikat pembekal air di Malaysia, datang ke SYABAS untuk belajar pengurusan air, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya.

AIDCNews: Termasuk dari negeri yang diperintah oleh PR ?

Ya. Contohnya Pulau Pinang sudah beberapa kali datang ke SYABAS.
AIDCNews: Ini bermakna mereka mengiktiraf SYABAS. Tetapi kenapa pula Kerajaan Negeri sendiri tidak mengiktiraf?

Sebenarnya mereka juga mengiktiraf cuma tidak mahu mengakuinya. Sebab mereka tidak mahu mengakuinya kerana akan menjadi semakin sukar untuk mengelirukan pemikiran rakyat jika diiktiraf. Jauh di lubuk hati, SYABAS boleh dikatakan bagus jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Kita sedia membantu negeri-negeri tersebut sekiranya mereka memerlukan bantuan. Kita pernah hantar berlori-lori tangki air dan kakitangan ke Pahang, Johor , Kelantan dan Kedah.

Semua ini bersandarkan kepada motif. Saya sendiri tak tahu apa motif mereka sebenarnya.

AIDCNews: Apakah implikasinya kepada rakyat Selangor dengan penangguhan Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) ini ?

Kita kena ingat, krisis air ini pernah berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 1998.

Krisis ini berlaku bukan kerana tidak ada air tetapi disebabkan tiada kemudahan yang cukup untuk merawat air. Selepas krisis air 1998 ini, diwujudkan Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

Ada orang bertanya, hujan selalu turun, jadi takkanlah tiada air?

Kita kena lihat kawasan tadahan hujan sudah banyak dijadikan sebagai kawasan pembangunan. Kalau hujan di Shah Alam, Petaling Jaya atau Klang, tempat ini bukan kawasan tadahan hujan. Air hujan tersebut mengalir ke Sungai Klang dan terus ke laut. Sungai-sungai yang ada sekarang ini pun banyak yang tercemar. Kemudian banyak pembangunan, pengguna air semakin ramai dan permintaan air semakin meningkat.

Apabila SYABAS menguruskan air, tanggungjawab kita adalah membekalkan air kepada pengguna dan memaklumkan serta memberi cadangan-cadangan kepada kerajaan tentang masalah dan memastikan bekalan air mencukupi. SYABAS telah menjalankan peranan ini dengan membuat kajian, memberi laporan kepada kerajaan yang telah disemak oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu pakar dalam industri air.

Kita telah buat kajian iaitu pada tahun 2014, itupun sekiranya tiada alternatif penyaluran air mentah dilakukan, maka akan berlaku kekurangan bekalan air. Kawasan yang banyak air di bahagian Utara Selangor, bagaimana pula dengan bahagian Selatan dan Lembah Klang ? Bukannya ada paip besar yang boleh disalurkan ke kawasan yang kekurangan air. Masalah-masalah inilah yang tidak diketahui.

Kita juga hairan bagaimana Kerajaan negeri boleh mengatakan bahawa berdasarkan pakar yang dilantik oleh mereka, mengatakan air cukup sehingga tahun 2019. Tanpa perlu menyegerakan PPAMPS.

AIDCNews: Kenyataan pihak mana yang lebih tepat. Kerajaan Negeri atau SYABAS ?

Kalau berdasarkan rujukan SYABAS, Kerajaaan Pusat dan EPU adalah pada tahun 2012. SYABAS ada jadual pengeluaran air yang telah dibuat. Mereka cuma mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar yang mengatakan cukup sehingga 2019. Kita pun tak tahu siapa pakar yang disebutkan itu. Katakanlah pakar dari luar negara. Pakar ini pun tidak mendalami apa sebenarnya isu yang dihadapi.

Apa bezanya antara tahun 2014 dengan 2019. Hanya beza 5 tahun. Sebagai kerajaan yang berwawasan, sepatutnya kita buat persiapan lebih awal sebelum kejadian tersebut berlaku.

Implikasinya juga terhadap kos. Kos bagi 4 tahun sudah berbeza. Mungkin dari 4 bilion kepada 8 bilion atau lebih daripada itu. Jadi, siapa yang akan tanggung kos ini?

Kalau berlaku krisis air 2012 atau 2014 tanpa adanya persiapan-persiapan ini, siapa yang hendak dipertanggungjawabkan nanti?

Saya bimbang jika krisis ini benar-benar berlaku tanpa ada persiapan yang rapi, mungkin ada pihak yang akan cuci tangan dan saling menyalahi di antara satu sama lain. Yang merananya adalah rakyat kerana tiada air. Akibatnya air terpaksa dicatu.

Kita sepatutnya mengambil contoh wawasan Tun Dr. Mahathir. Beliau memperkenalkan Wawasan 2020. Sedangkan pada tahun itu, beliau sendiri belum tentu lagi akan ada. Tapi beliau buat ini untuk kepentingan dan masa depan rakyat.

Jadi, kita sepatutnya mengambil konsep tersebut untuk kebaikan rakyat. Apa kewajarannya jika dilengah-lengahkan. Apa bezanya antara tahun 2012 dengan 2014. Kalaulah kajian mereka itu benar, salahkah kalau dibuat persiapan awal ini?

Kalau berlaku krisis air pada 2014, kerajaan sedia untuk bertanggungjawab, baguslah. Kita boleh beli air dari Kerajaan Negeri Perak atau sebagainya. Tapi tidak ada.

Kita sepatutnya berpijak di bumi yang nyata. Janganlah mempolitikkan isu ini. Yang menanggung kesannya adalah rakyat.

Bagi saya, projek ini harus dilaksanakan kerana ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan bukannya projek Kerajaan Negeri.

AIDCNews: Bagaimana pula dengan statistik penggunaan air di Selangor?

Pengguna air di Malaysia, khususnya di Selangor adalah yang paling tertinggi dari segi penggunaannya. Purata penggunaan air di Selangor adalah sebanyak 260 liter sehari untuk seorang pengguna. Sedangkan mengikut United Nations (UN), penggunaan normal sepatutnya 165 liter sehari.

AIDCNews: Adakah kerana peningkatan penggunaan air ini yang menyebabkan PPAMPS perlu dilaksanakan?

PPAMPS adalah projek Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan prihatin. Ini kerana Selangor merupakan transit bagi semua aktiviti pelaburan dan sebagainya. Bagaimana kalau di Selangor tidak ada air?

Sebab itulah dalam perkhidmatan pelanggan kita ada Unit YAKIN (Unit Kerjasama Informasi Pelanggan) yang berurusan dengan persatuan-persatuan pengguna utama, JKK dan sebagainya.

Kita juga ada Unit ICU (Industrial Customer Unit) iaitu sekiranya ada berlaku gangguan, unit ini akan bertindak menghubungi hotel dengan segera supaya menampung tangki air dengan banyak dan sebagainya. Ini yang dibuat oleh SYABAS dan nampaknya seperti tidak dihargai. SYABAS bukanlah badan politik yang perlu menghebohkan apa yang telah dibuat.

Perkara-perkara seperti inilah yang tidak diketahui dan ada pula pihak lain yang melemparkan tomahan berdasarkan agenda politik. Bagi saya, SYABAS tidak sepatutnya terkena tomahan ini kerana kita bukannya badan politik

Air ini merupakan komoditi penting. Ada orang kata, air ini adalah anugerah Tuhan, kenapa perlu dikomersialkan dan dibayar. Kalau hendak air percuma yang dikatakan anugerah Tuhan ini, boleh. Tidak ada sesiapa melarang. Kalau anda menadah air hujan di depan rumah sekalipun, tak ada penguatkuasa tempatan datang untuk mengutip cukai. Ataupun ambil air dari sungai, juga tidak ada sesiapa melarang.

Air yang dirawat juga adalah anugerah Tuhan. Kalau lihat zaman dahulu, air sungai atau perigi boleh diminum terus tanpa dimasak. Itu kerana tiada pencemaran. Tapi hari ini, kebanyakan sungai sudah tercemar.
Contohnya di Singapura. Air yang dirawat itu bukan air dari sungai tapi air kumbahan. Sebab itulah kosnya tinggi berbanding dengan kita. Sistem rawatan yang kita lakukan sekarang ini ialah merawat air sungai dan bukannya merawat air kumbahan.

Jadi, tidak adillah kalau hendak dibandingkan dengan Singapura.

Kalau hendak juga air percuma, mungkin boleh diambil di Gunung Ledang. Kos yang perlu dikeluarkan seperti bayaran pemandu lori, tol dan minyak. Saya ingat kosnya lebih tinggi daripada buka pili paip di rumah.
Jadi, tak bolehlah kata air ini anugerah Tuhan seperti ‘orang itu’ yang dikatakan anugerah Tuhan.

AIDCNews: Bagaimana pula peranan yang dimainkan oleh Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu krisis air ini?

Beliau langsung tidak tahu tentang ekonomi. Buktinya, semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Beliau cuba memujuk Perdana Menteri supaya membuat pinjaman dengan IMF. Disebabkan faktor beliau tidak tahu ekonomi, maka beliau dipecat.

Keduanya, beliau tidak dibayar setimpal dengan jawatan yang dipegang. Dengan gaji RM1, apa yang beliau boleh lakukan. Mungkin juga Kerajaan Negeri Selangor melihat beliau bukanlah pakar ekonomi. Sebab itulah dibayar RM1.

AIDCNews: Apakah strategi perang ke atas SYABAS ini didalangi oleh Penasihat Ekonomi Selangor ?
Saya sendiri tertanya, apa masalahnya yang sebenarnya? Kalau dilihat dari segi luaran dan dalaman, SYABAS tidak bermasalah.

Saya selalu berpesan kepada kakitangan, walaupun kita diasak, kita tetap teruskan kerja dan jangan dengar tomahan-tomahan tersebut, kerana ini akan melemahkan semangat kita.

Kalau mereka mogok, bukan kita sahaja yang susah tapi seluruh Malaysia.

Sumber : AIDC 1 dan AIDC 2

Wallahhualam.