Tuesday, November 30, 2010

Apa lagi yang Tinggal Pada MELAYU...

Memang Politik Itu KotoR!!

****************************************************

Sultan Selangor kurang senang


Sultan Sharafuddin Idris Shah


SHAH ALAM 29 Nov. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan segelintir pihak yang berhijrah ke negeri ini, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda bertitah, tindakan golongan terbabit mempersoalkan perkara-perkara itu adalah bertunjangkan matlamat supaya sistem Raja Berperlembagaan yang ada sekarang disemak dan dikaji semula.

Titah baginda, golongan berkenaan juga telah mengemukakan alasan yang amat tidak tepat untuk merasionalkan matlamat itu kononnya negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian.

"Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri yang meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-Raja Melayu' hendaklah dihapuskan.

"Beta percaya perbuatan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan politik mereka," titah baginda sewaktu berangkat ke majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin ke-65 itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kepimpinan kanan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Sharafuddin turut melahirkan rasa sedih dengan generasi Melayu sekarang yang malu untuk mengakui diri sebagai seorang Melayu.

Justeru baginda melontarkan persoalan adakah mereka tidak mempunyai perasaan bangga dan megah sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan 'Melayu' untuk dikorbankan sehingga lenyap dari dunia ini.

"Cuba kita baca sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris yang mana ada tertulis 'Tanah Melayu', 'Negeri-negeri Melayu Bersekutu' dan juga ada menyebut 'Raja-raja Melayu'.

"Ini menunjukkan penulis-penulis Barat ini mengiktiraf akan adanya Melayu yang memulakan sejarah di negara ini," titah baginda.

Mengulas lanjut, baginda menjelaskan titahnya itu bukanlah bertujuan menyalakan api perkauman tetapi untuk menyatakan bahawa semua rakyat Selangor mesti berbangga dengan komposisi penduduk pelbagai keturunan di negeri itu.

Baginda turut menyeru rakyat Selangor supaya memahami sejarah negeri dan negara supaya tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.

"Kepada rakyat Melayu, beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu sahaja kerana negeri ini adalah tanah tumpah darah kita dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan," tegas baginda.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin bangga dan sukacita kerana kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib di sekolah namun pada masa sama menegur rakyat Selangor yang dianggapnya kurang membaca buku berkaitannya.

"Beta dapati rakyat beta kurang minat untuk membaca buku sejarah, dalam erti kata lain, rakyat Selangor ini ramai yang buta sejarah.

"Beta berharap rakyat Selangor dapat mengubah sikap untuk membaca lebih banyak buku sejarah berkenaan negara kita dan jangan membuang masa membaca buku-buku atau majalah-majalah yang hanya mengandungi gosip yang tidak memberi manfaat kepada kita," katanya.


*************Dari Blog YB Zulkifli Nordin*******************

30 November 2010

MENDAULATKAN KETUANAN 3A?!

("Kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib halang orang gila daripada berkuasa-mereka yang mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Ketuanan 3A)

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan titah Paduka Tuanku Sultan Selangor baru-baru ini melahirkan perasaan dukacita dengan sikap biadap segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dalam negara ini. Institusi yang sudah dimartabatkan didalam Perlembagaan Negara itu kini menjadi bahan cemuhan dan diperkecilkan oleh segelintir petualang dan pengkhianat dikalangan bangsa Melayu sendiri!

Kebetulan semasa ucapan penutup Kongres PKR di Petaling Jaya Ahad lepas, Pakatan 3A iaitu Anwar, Azizah & Azmin berserta konco dan balaci mereka telah secara terbuka mempertikai institusi Ketuanan Melayu dan secara terbuka mengisytiharkan untuk memansuhkannya. Malahan Anwar dipetik oleh sebuah akhbar Cina tempatan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada ahlul cauvinis dan rasis Lim Kit Siang jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum! Bertambah parah apabila Azizah mengisytiharkan Anwar sebagai "anugerah Tuhan untuk memimpin negara!!".

Pada teman ini adalah cakap-cakap orang yang sudah desperado, yang sudah hilang kewarasan akal fikiran; pendek kata mereka sudah gilakuasa! Dalam menghadapi kemelut parti yang kian hancur, dalam menutup kelemahan peribadi dan "penyakit politik" yang dihadapi, mereka bisa melakukan apa sahaja demi survival politik dan gilakuasa mereka! Putrajaya at all cost!! Menggunakan politik sumbang pembohongan dan cakap tidak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan diri ke Putrajaya!!

Pada teman, Pakatan 3A ini serta konco dan balaci mereka adalah orang yang paling tidak layak nak bercakap mempertikai institusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu. Semasa dipuncak kuasa didalam UMNO, Anwarlah antara pelopor kepada konsep Ketuanan Melayu. Dialah juaranya, dialah championnya. Konsep Ketuanan Melayu dicanang dan dikompang sebegitu rupa, sehingga ianya menjadi agenda besar mereka semasa bersemayam dipuncak kuasa.

Dan dengan paluan gendang Ketuanan Melayu, ramai rakan, teman, kroni dan ahli keluarga yang telah meraih keuntungan dan menafaat yang yang tiada taranya. Kita masih ingat budaya "pink form" dizaman Anwar menjadi Menteri Kewangan UMNO dan kemudiannya Timbalan Perdana Menteri UMNO. Ramai rakan taulan, kroni dan teman Anwar yang menjadi kaya raya kerana anugerah "pink form" ini. Ini terbukti apabila meletusnya perang kroni pada tahun 1996-1997, dimana Anwar, yang sudah tidak sabar untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, menyerang Tun Mahathir menggunakan isu kroni & nepotisma, dan Tun Mahathir membalas dengan mendedahkan senarai rakan, teman dan kroni Anwar yang mendapat limpah rahmat agihan kekayaan negara dari dasar "pink form" yang dipelopori Anwar menggunakan slogan Ketuanan Melayu!

Malahan teman masih lagi menyimpan beberapa dokumen yang membuktikan betapa kaya dan mewahnya golongan rakan, teman dan kroni pada masa itu. Ada diantara mereka, yang walaupun gaji dan pendapatan hanya seciput, tetapi mampu membeli perabut kulit yang diimpot dengan harga dan nilai ratusan ribu untuk menghiasi rumah mewah yang tersergam indah!!

Dan ini golongan yang hari ini mempertikai dan memperlekeh institusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu! Sesudah mereka membuncitkan tembolok dan memenuhkan kantung dengan kompang Ketuanan Melayu, hari ini mereka menjadi saperti "anjing yang dilepaskan dari tersepit, menggigit kembali orang yang melepaskannya!".

Tidak cukup dengan menghina dan memperlekeh institusi yang memperkayakan mereka, kini mereka menambah penghinaan itu dengan mahu melantik jantan paling cauvinis dan rasis untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri jika mereka memerintah negara ini! Pengumuman Anwar bahawa Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah satu penghinaan besar kepada YB Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS. Nama Tuan Guru langsung tidak pernah disebut sebagai pemimpin yang berkelayakan.

Teman tahu Anwar memang cukup fobia dengan ketrampilan Tuan Guru dengan serban dan jubahnya, dengan ayat Quran dan hadis yang tidak pernah lekang dari mulut. Ini politikus kekampungan bagi Anwar, tidak layak disebut pun untuk memimpin. Sungguh malang bagi Tuan Guru Haji Hadi yang dipandang hina begitu rupa. Dan lebih malang bagi Tuan Guru Haji Hadi kerana terdapat segelintir pak jangoat dikalangan beliau yang kiblat sujud mereka adalah kepada Anwar bukannya Tuan Guru. Golongan yang menjulang Anwar tetapi menendang Tuan Guru sendiri! Bertambah naiklah tocang Anwar dan Pakatan 3A. Lim Kit Siang dicanang sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri, Tuan Guru dan PAS ditunggang dan diperkuda tanpa penghormatan sama sekali!

Ada pengikut pemimpin "anugerah tuhan' ini berkata, mengapa isu ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dibangkitkan hari ini! Sedangkan dahulu institusi Raja-Raja Melayu dihina. Cuma teman nak peringatkan sikitol yang bercakap itu, siapa dia dalang UMNO pada masa itu yang menghina institusi Raja-Raja Melayu itu. Siapa dalang yang beriya-iya membawa keris UMNO mengamuk sakan semacam Hang Musibat untuk menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an! Padanlah Tun Mahathir kata "Melayu mudah lupa", kerana ada orang yang buat-buat gila lupa seolah-olah tidak ingat siapa dalang dan petualang itu! Kini sebaliknya cuba menuding satu jari kepada orang lain, sedang tiga jarinya menuding ke diri sendiri!!

Bagi teman, kalau Pakatan 3A ini benar-benar ada maruah, dan ada harga diri, teman cabar mereka supaya memulangkan kembali kesemua anugerah pingat dan darjah kebesaran yang di anugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka selama ini. Mereka adalah orang yang paling tidak layak untuk terus bermuka-muka dan bermegah-megah dengan darjah kebesaran yang dianugerah oleh Raja-Raja Melayu, tetapi diwaktu yang sama memaki hamun dan memperlekeh insitusi Ketuanan Melayu.

Janganlah jadi saperti anjing yang menggigit tangan tuan yang memberinya makan! Kalau ada maruah, kalau ada harga diri, teman cabar mereka supaya serahkan kembali anugerah dan darjah kebesaran yang diberi oleh Raja-Raja Melayu itu. Dan kesemua macai dan balaci Pakatan 3A ini juga sepatutnya melakukan perkara yang sama. Kalau kamu semua mahu bersekongkol dengan Pakatan 3A ini mempertikaikan insititusi Ketuanan Melayu, memperkeleh institusi Raja-Raja Melayu, maka kembalikan semua anugerah dan darjah kebesaran yang diberi oleh Raja-Raja Melayu kepada kamu!

Malahan Anwar lebih-lebih lagi sepatutnya memulangkan darjah kebesaran yang diberi Paduka Tuanku Raja-Raja Melayu kepada beliau. Sebagai seorang bekas banduan, yang pernah dihukum penjara atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar sepatutnya sedar diri bahawa untuk dia terus bermegah dengan darjah kebesaran anugerah Raja-Raja Melayu itu adalah satu penghinaan besar kepada institusi Ketuanan Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu. Darjah kebesaran Raja-Raja Melayu tidak sepatutnya digunapakai oleh golongan saperti ini. Apatah lagi kini Anwar sedang berdepan dengan pertuduhan meliwat kakitangan beliau sendiri. Pekerja yang beliau bayar gajinya mengadu diliwat oleh Anwar.

Ditambah pula dengan dua orang bekas pembantu khas Anwar yang membuat lapuran polis bahawa mereka dipaksa membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk digunakan oleh Anwar dalam pembelaan kesnya meliwat staf dia sendiri Saiful Bukhori. Akuan Sumpah palsu yang antara lain cuba memalukan YAB Perdana Menteri dan isteri. Kini semuanya terbongkar! Kalau Anwar seorang yang ada maruah, kalau Anwar seorang yang ada harga diri, teman cabar Anwar supaya kembalikan pingat dan darjah kebesaran yang diberi oleh Paduka Tuanku Raja-Raja Melayu kepada beliau! Janganlah insitusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu terus dihina dengan permasalahan peribadi yang beliau hadapi!

Dan kepada pengikut taksub Pakatan 3A ini, teman ingin memetik peringatan wakil AMK saudara K.Subramaniam semasa berucap dalam Kongres PKR Sabtu lepas, "sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun".

Jadi kepada mereka yang masih taksub mengikut Pakatan 3A ini, teman berseru gunakanlah akal yang dianugerah ALLAH, berfikirlah dengan waras, apakah kepimpinan Pakatan 3A ini benar-benar "anugerah tuhan untuk memimpin kamu", apakah mereka sedang melakar budaya sihat yang tidak songsang dan diluar tabi'i, dan adakah cara kehidupan dan politiking mereka tidak menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!!

Persoalan pokok yang kamu para macai dan balaci wajib tanya ialah, "adakah Pakatan 3A ini mempertikaikan Ketuanan Melayu kerana mereka mahu mengujudkan Ketuanan 3A dinegara ini!!". Dari apa yang teman lihat, itulah yang diimpikan oleh Pakatan 3A ini, itulah cita-cita mereka, mereka mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Ketuanan 3A!! Sebab itu teman membuat seruan, "kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib halang orang gila daripada berkuasa-orang yang bercita-cita mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan diganti dengan Ketuanan 3A !!".

Tepuk dada tanyalah keimanan masing-masing.

Wassalam, adios amigos. Grasias & jazakallah.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
23 Zulhijjah 1431
30 November 2010

Monday, November 29, 2010

AmBank Princess Party

Wife aku dpt 4 keping invitation ke AmBank Princess Party. So kitorg anak beranak pun gerak la gi ke Pavilion KL utk bersama2 memeriahkan majlis tu. Ada macam2 acara disediakan siap ngan luncheon pun di-sponsor. Paling meriah kanak2 la. Diorg semua dilayan bagai puteri. Dan ada ramai juga kanak2 yg dress up utk join pertandingan pakaian beragam.

Nisa ngan Anoi pun kitorg dress-up kan juga, mana tau rezeki. Tapi xde la berabis sgt. Lagi pun nak suruh Nisa @ Anoi mengayakan aksi2 manja... ermmm... lupa kan la. Diorg xmkn saman. Apa yg diorg sibukan hanya melompat xtentu arah, berlari sana sini!!! aku rasa anak2 aku jer yg paling xduduk diam dlm ramai2 tu.




Tgk la masa sesi bergambar, Nisa buat aksi Edwards Scissor Hand. Puas suruh dia posing, itu gaya paling ayu yg mampu dia buat. hahahahaha... cuba kalo apak dia yg photoshoot kan... macam2 aksi dia buat!!

Anoi lak lagi payah.. nak mak dia teman baru nak posing. Tu pun padang dinding. hahaha



Walau apa pun, majlis tu meriah. Selain kitorg dilayan dgn menonton tayangan cerita The Rapunzel - A Tangled Tale (kali kedua tgk.. sebelum nie layan di e@curve.. juga free! hahaha), kitorg turut dihadiahkan dengan door gift yg melimpah ruak. Paling bertuah, si Nisa menang cabutan bertuah... jadi la, dapat gak account saving ngan AmBank...

Kisah lanjut, baca di blog bini aku -> viruspadu.

Friday, November 26, 2010

Do U See This Bike???

Hantu Bera

Aku tgh xde kerje ni... copy paste cite2 hantu jer...


***************************************



Koi dapat gambo ni dari seorang rodong Kampong koi di dalam daeroh Bera ni,dia ckp semasa gambo ni ditangkap mmg takde pun perempuan/kanak2 baju putih tu sdg berjalan kat situ,masa tu dah nak senja,budak kecik yg cangkung tu demam pada malam tu..wallahualam..
perhatikan kaki nye seperti tak jijak ke bumi..aokme nilaikan lah..wallahualam.





Ok, luangkan sedikit masa anda untuk renung gambar ini. Memang kaki dia tak jejak tanah. Muka pun tak nampak. Gambar diambil time senja. Orang kata time senja ni memang banyak makhluk halus berkeliaran.

Hantu Penanggalan


Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.


Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.


Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.

Sumber : Wikipedia
Nota : Sumber gambar tidak dapat dikenalpasti

Monday, November 22, 2010

Handphone Pertama Pada Tahun 1922

Sebuah video yang ditemui oleh peminat filem mengejutkan mereka kerana babak dalam filem tersebut menunjukkan telefon pertama.

Filem
tersebut diterbitkan pada tahun 1922.






Arkib British Pathe mengatakan mereka terkejut melihat filem bisu – berjudul ‘Eve Wireless’ – dalam arkib mereka, mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Video menunjukkan dua perempuan di New York membawa peranti yang terlihat cukup besar, mereka menyambung ke pili bomba melalui kabel panjang.




Kelihatan sebuah payung, yang muncul untuk bertindak sebagai antena dan dipasangkan yg digunakan untuk membuat panggilan. Mereka kemudian dilihat bercakap kepada pembekal yang kemudian memainkan piring hitam untuk mereka sebagai “Spotify” asas.
Mark Harris of British Pathe berkata: “Menakjubkan bahawa hampir 90 tahun lalu teknologi telefon bimbit dan muzik secara bergerak bukan hanya difikirkan tapi dicuba.” Salah satu pengkaji kami datang melihat klip tersebut dan kami hairan bahawa idea itu begitu lama, kita menggunakan teknologi wireless pada tahun 1950-an dan 60-an tapi itu empat tahun sebelum acara televisyen pertama. ”

“Telefon ini bahkan memiliki penutup seperti telefon flip , walaupun mungkin tidak akan memenangi anugerah rekabentuk.” Filem ini masih meninggalkan misteri untuk British Pathe, kerana tidak ada maklumat berkenaan filem itu dan mereka meminta sesiapa saja yg mempunyai lebih banyak maklumat untuk menghubungi mereka.


* sumber isuhangat.

Friday, November 19, 2010

Pengasas Facebook - Jutawan Yang Hidup Sederhana


SEDERHANA...Zuckerberg tinggal di sebuah rumah sewa bersaiz sederhana­ ­berhampiran ­pejabatnya.

PENGASAS laman sembang facebook, Mark Zuckerberg men­dedahkan kehidupan peribadinya secara sepintas lalu kepada masyarakat umum di televisyen, baru-baru ini.

Jejaka berusia 26 tahun itu membenarkan jurukamera merakamkan kediaman dan pejabatnya untuk slot rancangan The Oprah Winfrey Show ketika dia tampil menjadi tetamu dalam program temu bual itu.

Program temu bual itu menyiarkan beberapa babak dalam kehidupan Zuckerberg antaranya ialah me­nyambut mesra kekasihnya, Priscilla Chan dengan ciuman di luar kediaman mereka yang ­disewa di Palo Alto, California.

Kediaman bersaiz sederhana itu mempunyai bilik bacaan yang memuatkan sebuah meja, tiga kerusi dan dua unit rak kayu. Bahagian dapur pula dibina secara terbuka dan dilengkapi kabinet kayu berwarna cerah.

Zuckerberg memberitahu dia belajar bahasa Mandarin di meja makan setiap pagi sebagai persediaan untuk bercuti ke China bersama Priscilla pada hujung tahun ini.

Zuckerberg seorang yang kuat bekerja dan dia jarang berada di rumah kerana kebiasaannya akan menghabiskan selama 16 jam di ibu pejabat facebook.

Pejabatnya pula mempu­nyai sentuhan santai dan kreatif apabila ada pekerja yang dilihat menggunakan papan selaju ketika bekerja. Dinding pejabat dipenuhi ungkapan yang memberi ins­pirasi seperti ‘Apa yang akan anda lakukan jika anda tidak pernah takut?’ ataupun ‘Usah bimbang untuk gagal’.

Dalam satu babak rakaman yang disiarkan program Oprah, Zuckerberg dilihat sedang bekerja bersebelahan seorang kakitangannya di meja tulis yang berselerak.


BERWAWASAN...Zuckerberg (kanan) bersama Oprah, Christie dan Booker.

Sementara itu, Zuckerberg diundang sebagai tetamu dalam program temu bual Oprah untuk mengumumkan bantuan AS$100 juta (RM320 juta) yang disumbangkannya kepada projek sekolah di Amerika Syarikat.

Menurut sesetengah pengkritik, Zuckerberg sengaja membuat pengumuman itu serentak dengan tayangan perdana filem ‘The Social Network’ yang mengisahkan cerita mengenai penemuan laman sembang facebook untuk mencari publisiti.

Bagaimanapun, Zuckerberg mendakwa dia tidak merancang semua itu kerana ia berlaku secara kebetulan sambil menambah filem ‘The Social Network’ mempunyai jalan cerita yang menarik.

“Kebanyakan jalan cerita dalam filem itu adalah fiksyen dan saya pasti penerbit filem akan bersetuju dengan saya. Namun, mereka menghasilkan satu filem yang baik. Bukankah ia mengenai kehidupan saya?...tetapi hidup saya tidaklah begitu dramatik seperti dipaparkan filem itu,” kata Zuckerberg.

Zuckerberg yang menyertai Datuk Bandar Newark, Cory Booker dan Gabenor New Jersey, Chris Christie dalam program temu bual Oprah turut mengumumkan rancangan bestari untuk menjadikan bandar Newark sebagai model bagi Amerika Syarikat.

“Saya amat komited untuk memulakan rancangan itu dan sebagai permulaan akan menyumbangkan RM320 juta untuk penubuhan Yaya­san Pendidikan,” ujar Zucker­berg.
Rancangan pengerusi facebook itu yang menjadi bi­lionair paling muda di dunia pada usia 23 tahun menerima sokongan padu Oprah dan penonton sebaik dia mengumumkan cadangannya.

Apabila ditanya mengapa dia memberi tumpuan utama kepada pendidikan, Zuckerberg berkata, setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang baik tetapi itu tidak berlaku pada masa kini.

“Saya mempunyai banyak peluang dalam hidup ini kerana saya mempunyai pendidikan yang baik sejak kecil, oleh itu, saya ingin memastikan setiap orang mempu­nyai peluang itu dalam hidup mereka,” kata Zuckerberg lagi. - Agensi

Jerman Dah Cipta Piring Terbang Pada Tahun 1940an


GAMBAR menunjukkan piring terbang yang didakwa telah dibina oleh saintis-saintis Jerman pada tahun 1940-an.

LONDON - Saintis-saintis Jerman dalam era Perang Dunia Kedua pada tahun 1940-an yang bekerja untuk pemimpin negara itu, Adolf Hitler dipercayai telah mencipta pesawat piring terbang prototaip yang telah terbang di udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar itu memetik laporan majalah sains Jerman, PM yang melaporkan, beberapa saksi di London mengaku mereka pernah melihat sebuah piring terbang dengan lambang tentera Jerman terbang rendah melintasi sungai Thames di England pada 1944.

Menurut majalah itu, akhbar New York Times di Amerika Syarikat (AS) pernah melaporkan mengenai kehadiran sebuah piring terbang misteri dan turut menyiarkan gambar ia bergerak laju melintasi bangunan-bangunan di New York.

Projek membina piring terbang itu dinamakan skim Schriever-Habermohl dan berpangkalan di Prague manakala seorang juruteranya, Joseph Andreas Epp, menyatakan, sebanyak 15 piring terbang itu pernah dibina.

Dia menjelaskan kokpit piring terbang tersebut dikelilingi bilah-bilah sayap yang membentuk satu bulatan untuk memberikan daya angkatan.

Menurutnya, pihak Jerman telah memusnahkan sebahagian besar kertas kerja aktiviti mereka tetapi pada 1960 di Kanada, beberapa pakar objek terbang tidak dikenali (UFO) menghasilkan semula pesawat tersebut dan ia didapati boleh terbang. - Agensi

Hati-hati beli Pendrive 32GB

Dikutip dari blog -> Buaya Merah


Hati-hati beli Pendrive 32GB

Kisah membeli pendrive....

Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!

Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..

Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.

Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.

Anda kena berhati-hati~!!

Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer Speed" juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! .

Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!

Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau " Corrupted" bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.

Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!!

Realiti Hudud

Aku kutip artikel ini dari sini -> papagomo

****************************************************

REALITI HUDUD DI MALAYSIA

by Paparazi Persendirian

.

Kita pecahkan nota ini kepada 3 bahagian,pertama dr segi politik,kedua dari segi syariah,ketiga kesimpulan.semoga baca dengan hati yg tenang,semoga kita dapat bertukar2 ilmu dalam isu hudud PAS ini.



1.Knp isu ini yg selalu diperjuangkan oleh PAS seolah2 inilah sahaja yg berada dalam syariah Islam?bagaimana dgn bidang lain yg dibuat kerajaan iaitu iktikaidah,akhlaqiah,muamalah,siyasah syariah?adakah ini tidak dikatakan membangun dan memantapkan syariah Islam?btapa byk dasar dan pelaksanaan dilakukan kerajaan dlm bidang2 ini,bnarkah UMNO tolak hudud?kenyataan itu tidak benar,Negara kita belum mampu melaksanakannya,krn struktur dan kondisi masyarakat skrg.Tun M pernah mhantar surat ke arab Saudi,bertanya kaedah mrk menjatuhkan hukuman hudud,tp berlaku ketidak adilan dlm beberapa kes di Arab Saudi.begitu jua draf hudud PAS,wujud ketidak adilan dlm drafnya.kita ambik 1 contoh,seorg wanita yg hamil tanpa suami akan dikenakan hukuman hudud,bagaimana mangsa rogol?dan jika mangsa rogol tidak membawa 4 saksi(adil,soleh)mangsa itu akan dikenakan hudud



Tp nampaknya suara2 hudud ini semakin malap,merundum oleh PAS,lihat kenyataan Hadi awang,hudud perlukan masa yg panjang,masalah ekonomi,dan rakan2 pakatan nya telah menyatakan tiada pelaksanaan hudud dlm manifesto PR,dan jua manifesto Negara Islam..pendapat saya,PAS yg terdiri ramai ilmuan Islam tahu sebenarnya reality pelaksanaan hudud ini,manhajnya mcmna,tp kerana hanya ingin menjatuhkan UMNO dlm politik,mau tak mau isu hudud nil ah menjadi bahan jajahan mereka utk mengalahkan UMNO.



2.Kita beralih bagaimana Rasulullah dan para khulafah Al Rasyidin mempraktikkan hudud ni,kita nilai sendiri adakah hudud ini menjadi perkara utama dlm Islam?saya mbawa dalil qatie dan zannie utk permulaan perbincangan Hudud ini.

1.Nabi s.a.w bersabda: “Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).



2. Rasulullah melaksanakan hukuman hudud ke atas Ma’iz selepas dia datang berjumpa baginda dengan membuat empat pengakuan terhadap jenayah yang dilakukannya. Baginda berusaha untuk menjauhkan Ma’iz daripada tuduhan (jenayah) dan baginda memberitahu tentang jalan keluar yang menyebabkan tidak cukup syarat untuk mensabit jenayah. Tetapi lelaki itu berkeras juga mahu dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Usaha yang serupa dilakukan oleh baginda terhadap jenayah hudud yang dilakukan oleh seorang wanita yang bernama al-Ghamidiah.



Abu Burdah bercerita, kami sahabat Muhamad berbincang antara satu sama lain jika Ma’iz dan al-Gamidiah tidak datang membuat pengakuan kali ke empat dan baginda sudah tentu tidak menuntut melaksanakan hukuman ke atas mereka.

Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu Hazzal – merupakan orang yang menggesa Ma’iz supaya membuat pengakuan kepada baginda: “Lebih baik bagi kau jika kau menutupnya saja”



Dari Ibnu Umar ra, sesungguhnya Rasulullah SAW setelah melaksanakan hukuman (had) pada Ma'iz bin Malik Al Aslami, beliau berdiri, kemudian bersabda, "Jauhilah kotoran ini yang telah Allah larang, maka barangsiapa yang terjerumus dalam perbuatan ini maka hendaklah meminta tutup dengan tutup Allah, dan hendaklah bertaubat kepada Allah, karena barangsiapa membuka kepada kami lembaran (kesalahan)-nya maka kami berlakukan kepadanya Kitab (hukum) Allah." (HR. Hakim)



3. Nabi s.a.w menyebut: “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam satu riwayat daripada Zaid bin Wahb, katanya: Dibawa seorang lelaki kepada ‘Abd Allah bin Mas’ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abd Allah bin Mas’ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”.( Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih).



4. Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud ke atas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dalam menjatuhkan hukuman denda’ (Riwayat oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud)



5. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menutupi saudaranya Muslim di dunia maka Allah akan menutupinya di dunia dan di akhirat." (HR. Abu Dawud)

Dari Abi Hurairah ra, dan Nabi SAW; beliau bersabda, "Tidaklah seorang hamba menutupi hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aib-nya di hari kiamat." (HR. Hakim)



6. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesungguhnya aku akan menyebutkan pertama kali orang yang dipotong (tangannya) oleh Rasulullalh SAW "Adalah didatangkan seorang yang mencuri maka diperintahkan untuk dipotong, tetapi seakan wajah Rasulullah SAW nampak menyesal, maka sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, seakan-akan engkau tidak suka memotongnya, " Nabi bersabda, "Tidak ada yang menghalangi aku, janganlah engkau menolong syetan atas saudara kamu, karena tidak pantas bagi seorang imam apabila telah sampai padanya hukuman kecuali harus melaksanakannya, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, cinta untuk mengampuni, Allah berfirman, "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (An-Nuur: 22)" (HR. Hakim).



7. Abu Dawud telah meriwayatkan dalam bab "Seseorang yang mengaku dengan hukuman dan tidak menyebutkan namanya." Dari Abi Umamah, sesungguhnya ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi SAW lalu berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berbuat (sesuatu) yang harus dihukum, maka hukumlah aku." Nabi bersabda, "Apakah kamu berwudhu ketika kamu datang (ke mari)," laki-laki itu menjawab, "Ya," Nabi bersabda, "Apakah kamu shalat bersama kami ketika kami shalat?" Orang itu berkata, "Ya," Nabi bersabda, "Pergilah, sesungguhnya Allah SWT telah memaafkan kamu." (HR. Muslim, Abu Dawud dan Nasa'i).



8. riwayat shahih dari Al Faruq Umar bin Khattab RA, yaitu sabda Rasulullah SAW."Tolaklah hudud itu dengan syubuhat(alasan)." (Ibnu Hazm menyebutkan di dalam "Al Muhalla")



9.Khalifah umar tidak melaksanakan hukuman hudud ketika Madinah dalam kesusahan,dan satu atsar khalifah umar tidak melaksanakan hudud kpd 2 pembantunya yg mcuri barangan.tahukah anda khalifah Umar ketika saat ini jua telah melakukan suatu pembaharuan dalam pengagihan harta rampasan perang. Nas al-Quran adalah jelas bahawa harta tersebut hendaklah dibahagikan kepada lima bahagian. Satu perlima saja disalurkan kepada baitulmal untuk urusan negara. Bakinya diagih-agihkan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan yang berkenaan.

Saidina Umar telah melakukan ijtihad yang berani dengan berpandangan jauh, iaitu pembahagian tersebut tidak akan memberi faedah kepada masyarakat umum dan harta itu akan berlegar di kalangan sebilangan kecil tentera saja.



Dan saidini Umar juga tidak member bantuan zakat kepada mualaf pada masa itu,adakah khalifah Umar menolak Ayat Al Quran?



10. "Perempuan yang berzina dengan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu dari (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari kiamat..." (An Nuur: 2)

Tetapi di dalam surat An-Nuur itu sendiri memuat ayat ayat lain yang mengarahkan untuk memelihara dari dosa itu sebagai berikut:Pertama, Ancaman Allah bagi orang-orang yang menyebarkan perbuatan keji itu dengan adzab di dunia dan akhirat, Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman bagi mereka adzab yang pedih di dunia dan di akhirat..." (An-Nuur: 19)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu agar kamu (selalu) ingat." (an-Nuur: 27).



Dari dalil dalil yang dinyatakan di atas tadi,adakah anda dapat lihat hudud itu bagaimana?PAS ini bolehlah kita samakan dgn kisah kepada saidina Ali,iaitu

Khawarij mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).juga diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.



Sekarang kita lihat pula pandangan Prof Dr Yusuf Qardhawi,mujtahid terkenal di zaman ini dikalangan Negara Islam:

bahwa sesungguhnya Islam tidak bergerak di balik pelaksanaan hukuman, dan tidak menunggu pelaksanaan hukuman itu pada orang yang melakukan sesuatu yang menyebabkan dia berhak dihukum. Serta tidak memasang peralatan untuk mengintai orang-orang yang berbuat maksiat atau memasang kamera rahasia yang dapat merekam mereka ketika berbuat demikian. Tidak juga memerintahkan polisi jenaya atau pengintip untuk mencari-cari aurat (kesalahan) manusia yang melanggar syari'at, sehingga mereka tertangkap ketika melaksanakannya.



Inilah susunan hukum dalam Al Qur'an, sebagaimana juga dalam hadits-hadits Rasulullah SAW. Dengan demikian maka bukan semata-mata tasyri' (hukum yang membangun masyarakat Islam), melainkan juga memerlukan dua sarana lain yang tidak kalah penting, yaitu dakwah dan pemberian pemahaman (taui'yah), kemudian ta'lim dan tarbiyah di samping perundang-undangan dan hukum, bahkan semua itu diletakkan sebelum perundang-undangan dan hukum.



Karena itulah Islam memulai dengan marhalah Makkiyah -yaitu marhalah da'wah dan tarbiyah- sebelum marhalah madaniyah yang merupakan marhalah tasyri' dan tanzhim (perundang-undangan dan strukturisasi). Dalam marhalah kedua inilah kita melihat tasyri' disertai dengan tarbiyah, sebagaimana bergabungnya jasad dengan ruh.

Sesungguhnya dengan sekedar merubah hukum saja tidak cukup untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam. Merubah apa-apa yang ada di dalam jiwa seseorang itulah sebenarnya yang paling asasi. Dan yang paling besar dalam hal ini adalah terdapatnya keimanan yang mampu membentuk manusia menjadi makhluq yang sempurna. Keimanan itulah yang akan memberikan motivasi dan menjadi standar nilai serta hasil dari seluruh amalnya berupa pembalasan di dunia dan di akhirat.

Islam merupakan satu kesatuan yang tidak terpisah-pisah, maka jika kita ingin memerangi kealahan yang mengharuskan dihukum tidaklah hanya dengan melaksanakan hukuman saja. tidak pula dengan tasyri' saja. Melainkan bahwa had itu merupakan langkah terakhir dalam mengupayakan suatu perbaikan.

Itu adalah pandangan dr yusuf qardhawi,mujtahid terkenal di zaman ini.



ketahuilah menjatuhkan hukuman hudud 1 peratus pun tidak blh ada keraguan,jika merujuk ayat berkaitan hukuman kpd zina,Allah amat mengetatkan pelaksanaannya,seolah seperti hampir mustahil utk dilaksanakan.utk mencari saksi yg soleh dan adil yg melihat satu kes rogol amatlah susah,adakah bila mrk myaksikan kes rogol itu,mbiarkan sahaja kejadian itu mrk adalah org yg soleh?kena di ingat,hukuman hudud ke atas zina hanya boleh dibuat jika pen memasuki penutup pen,dan hanya 4 saksi sahaja pembuktian boleh diterima,dan cara pembuktian lain ditolak dlm hudud ini.itu sebab takzir diadakan,(dihujung teks ini saya sertakan sedikit apa itu takzir)..ingatlah Landasan utk pelaksanaan hukum itu lebih utama,dakwah tarbiyah itu lebih utama,membangunkan masyarakat itu lebih utama,dan jika selepas itu hudud dilaksanakan maka cantiklah hukum hudud itu,maka berkesan mencapai matlamatlah hukum hudud itu utk mcari saksi soleh pun mudah,kuranglah org mencuri krn kurang kemiskinan,,Islam bukan agama menghukum,Islam agama menasihati,Mengajak ke arah kebaikan dgn berhikmah,Islam bukan agama membuka keaiban,mencari kesalahan,Islam itu mulanya dakwah dan hukuman adalah jalan terakhir ini kita dpt lihat dlm sirah Rasulullah dlm mengembangkan Islam dan para sahabat.ini dapat kita rujuk spt kenyataan dan dalil2 di atas.



jika kita melihat kembali perjalanan ulama salaf as soleh,zaman2 imuwan Islam terkenal,seperti Imam ghazali,malik,syafie,hanbali,hanafi,ibn qayyim dan byk lg para mujtahid,mereka kurang menekankan membahaskan hukuman hudud spt yg dilakukan PAS.Hal ini terjadi mereka lebih mementingkan aspek dakwah,tauiyah,tarbiyah,membetulkan akidah masyarakat,dimana mereka membanteras hadis2 maudhu terutama dari golongan syiah,fahaman2 Islam yg menyimpang seperti wahabi,khawarij,mujasimah,muktazilah dan semacamnya,membuat istinbath utk zaman semasa nya.dan semua ini menjadi asas rujukan dalil utk kita hingga ke hari ini.Ini kerana mereka memahami,pembentukan akidah yang mantap adalah asas yg utama dlm masyarakat dan bidang jinayah adalah perkara terakhir,dan dalam usaha itu,mereka mengikuti adab seperti yg digariskan dalam Al quran dan sunnah.kiasannya seperti ini,seorang anak yang bermain dengan benda tajam,kita terus merotan memukulnya tanpa memberitahu dulu bahaya akan perbuatannya..adakah wajar seperti itu?selain dari usaha dakwah,pembangunan ekonomi,pengukuhan modal insan dari pelbagai golongan amatlah penting,dan dilaksanakan scara bersama.



3.Di dalam penentuan dan pelaksanaan hukum,kaedah Usul fikh,proses Istinbath,pelbagai kaedah dilakukan.antaranya dari dalil Al Quran(muhkamat,mujma,mutasyabiyat,nasukh mansukh,asbab al nuzul dll),Hadis(mutawatir,masyur,ahad dan byk cabang lg dibawahnya,asbab al wurud dll),,atsar,qias,ijma,ijtihad,sad aldharae,al uruf,maslahah,istishan,Istislah dll adalah kaedah yg diguna pakai.



Malang sekali ramai berkata terutama orang Pas ini,ini hukum Allah,ini ajaran Islam,tp mrk tak tahu apa yg mereka sebut,apa kah benar perjuangan mereka,adakah mereka jelas kaedah2 usul fikh ini?mereka tertipu dengan penampilan dan slogan pemimpin mereka,menyedihkan..itu belum lagi saya menyentuh siyasah syariah pemimpin mereka yg menghina,mengkhafir,mencela para pemimpin.Belum lagi kita menyentuh BAIAT kepada pemimpin yg dituntut dalam Islam.itu belum lagi kita menyentuh bagaiman mrk senang mengelar ahli UMNO ahli neraka,kafir,sedangkan mereka tidak tahu betapa berdosa nya tuduhan seperti itu,betapa susahnya nak mengkhafir,menghukum orang tidak semudah seperti menyuap nasi ke mulut..malah jika seorang yg berkata2 menunjukkan khufur pun kita tak blh menuduhnya kafir,diselidik khitabnya,maksudnya,kefahamannya,latar belakang nya,lihat kisah Hatib yg menipu Rasulullah dan Para sahabat,adakah Hatib terus dicakap kafir jauh lagi nak dihukum.



Benar kerajaan kita bukanla sempurna,kerana yg mengerakkannya adalah manusia bukan malaikat,dan kita skrg berada di dunia yg penuh syubhah dan khilaf bukan nya di syurga,tapi kerajaan kita telah menunjukkan track record yg nyata membantu rakyat,memajukan Negara selama 53 tahun,di samping syariah Islam terus diperjuangkan,dikuatkan.kerajaan kita dah berusaha membuat perubahan,bukan sekadar hanya tahu beretorik,apakah zalim kerajaan kita ini kepada PAS?kpd pembangkang?sdangkan mrk masih boleh memerintah negeri2,berceramah mengutuk kerajaan.



sdangkan para Imam mazhab spt malik,hanbali,hanafi,syafie ada yg dipenjara ada yg diseksa,tp mrk tak mencabut taat,tak menghina jauhlagi nak memerangi memusuhi pemerintah,malah mereka menyeru pengikut2 mereka tidak memberontak.dalil mengenai baiat ini amatlah banyak dari ayat Al Quran dan hadis,lebih 20 hadis berbagai darjatnya menyentuh hal baiat ini,kaedah kerjasama ulama umara.Adakaj kerana hudud kerajaan di cop kafir,maka lebih 50 negara Islam lah akan menjadi kafir,yg pastinya stp Negara itu mempunyai organisasi agama dan ulama nya sendiri.sedangkan usaha2 kerajaan menguatkan cabang2 Islam spt saya btau sebelum ini dipandang sepi.



saya juga menyelitkan sedikit mengenai hukuman Islam yang telah dijalankan di Negara ini.satu,sitem mahkamah syariah(semua kita tahu),kedua takzir.maksud takzir ini ialah hukuman yg lebih ringan dr hudud,utk memalukan pesalah,dan tiada pembuktian hudud utk dilaksanakan hudud kpdnya,ketetapan atau pertimbangan pemerintah atau hakim iaitu spt penjara,sebat,buang daerah(dirumus dari pelbagai tafsiran ulama kpd takzir ini)dan Malaysia telah melaksanakannya..oleh itu berdasarkan hujah2 di atas tadi,berdasarkan dalil2,anda dapat lihat adakah HUDUD yg dilaung2 oleh PAS itu spt yg dituntut dlm Islam?

PENGWUJUDAN MASYARAKAT YG BERILMU, HEBAT ISLAMNYA, KURANG KEMISKINAN, AMAN DAMAI ADALAH LEBIH DIDAHULUI jika kita lihat keterangan di atas, Landasan utk membuat hukum itu perlu dibina. saya akhiri hujah ini dgn satu ayat pendek, ISLAM ITU TERTIB. sekian,Allahu alam.

Teladan Daripada Kisah Mustapha Kamal Ataturk - Mati tak diterima bumi

SEJARAH KAMAL ATATURK



Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda.



Colonel Mustafa Kemal (later Ataturk, fourth from left) with officers of the Anafarta Group, of which he was given command in August 1915 at Gallipoli.

Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.

Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).



Mustapha Kamal & Isteri

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).











Kesimpulan:

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Monday, November 15, 2010

Pada Sapa Nak Ngadu Ni???


Aku balik dari kerja... Time tgh kusyuk bukak mangga pintu pagar umah, bila toleh jer belakang, terus aku terperanjat manusia... terperanjat sebab BERUK mana lah yg kebas penutup pili bomba depan pintu pagar umah aku ni!!!! kalo manusia, xmungkin diorg amik besi penutup tu... hanya beruk, mawas, siamang atau org utan jer yg suka amik barang2 hak milik awam ni.

Pada siapa aku nak ngadu benda ni dah ilang??? Majlis Perbandaran Seremban ka? Pejabat Bomba dan Penyelamat Seremban 2 ka? Balai Penghulu ka? Pejabat Pegawai Daerah Seremban ka? PERHILITAN ka? atau mungkin pegawai Zoo Melaka!!!...

Monday, November 8, 2010

Sesudah Meninggal Baru Dikenang...

Telah 2 kali dokumentari kisah P. Ramlee aku tonton. Sekali sewaktu tayangan perdana di channel history pada 31 Oktober kalo xsilap, yang keduanya kebetulan terbuka sekali lagi channel history beberapa hari kemudian.

Beberapa kali aku cuba untuk mengarang kata2 berkaitan arwah utk aku masukkan dlm entry blog aku ni, tapi aku kebuntuan. Kebetulan segala perasaan aku itu telah diterjemahkan oleh blog ini dengan begitu baik sekali. Kredit untuk GAP kerana aku mengambil tulisan beliau itu. Sila tekan blog GAP ini.

Semoga Allah mengampunkan hamba2Nya yang berburuk sangka.

****************************************

P RAMLEE.



malam tadi jam 2 pagi aku tengok history chanel. kisah biography p ramlee bapa perfileman melayu.

dokumentari sejam ini aku ingatkan ulangan kisah biasa yang pernah aku dengar. lepas 10 minit jangkaan aku ternyata meleset. asal nak tidor tak jadi pasal nak tahu kisah tragis dokumentari ini.

banyak point yang aku pelajari daripada dokumentari indah ini. pengarah dokumentari ini suhaimi baba dan rakan penerbitnya aida..dua orang ni cukup sinonim dalam karya filem genre baru.

kisah ini lebih menjurus dan cukup fokus pada kehidupan p ramlee, saat mula jatuh hingga menjadi miskin papa kedana.

sebelum ini aku didendangkan akan cerita p ramlee yang kaki mabuk, namun fakta ini masih belum aku ketemui. aku mohon maaf kepada p ramlee dan keluarga kerana berburuk sangka.

daripada khayalan buruknya penghujung hidup p ramlee, akhirnya baru aku ketemui kisah tragis yang melanda bapak filem melayu ini.

4 sahabat yang jelas cukup sayang pada p ramlee adalah sudin,aziz satar,ibrahim din dan hm shah pemilik shah hotel yang masih beroperasi di pj.




p ramlee mula jatuh bila jalan ampas di tutup. kenapa studio jalan ampas di tutup ? kerana LEE KUAN Yew arahkan pemilik studio ini supaya memberhentikan operasi.

puncanya kerana mogok kesatuan pekerja filem. dalam tembual ini, lee kuan yew cukup bimbang dengan protes pelbagai kesatuan sekerja, lebih lebih lagi jika ia diketuai oleh melayu.

p ramlee mati karier di situ. aku pendekkan cerita pasal aku rasa hiba. aku cerita perkara ni kat wife aku, dia sekadar diam seribu bahasa.




p ramlee manusia hipokrit dan pandai berpura-pura. jangan salah anggap makna ayat ini. dia pandai menyorokkan kehidupan susahnya daripada pengetahuan saloma isteri kesayangan dan mariani, adik iparnya.

dia berjenaka untuk menghiburkan kita. tanyalah apa dialog pun, pasti kita akan mampu ulang dan buat sketsa lawak nya. labu labi,seniman bujang lapok. do re mi adalah manifestasi ketulenan bahawasanya dia memang berbakat besar.

namun dalam keadaan lawak yang superb itu, dia menyembunyikan susah hidupnya.

di pernah dihina oleh syarikat EMI yang menjadi syarikat rakaman suaranya. shaw brother persis cina, lebih menguntungkan bisnes daripada menghargai jasa orang yang menaikkan namanya. keadaan penghinaan ini berterusan hingga ke saat akhir hayat p ramlee.

aziz satar sewaktu pertemuan empat mata terakhirnya dengan p ramlee, dalam dokumentari ini tidak dapat menahan sebak. kawannya yang pernah dijulang masyarakat, hanya makan saki baki nasi berlaukkan telur goreng.

kasihan apabila pemenang anugerah pelakon terbaik asia dalam filem sarjan hasan, pernah mengemis bekerja sebagai tukang kutip komisen meja mahjong..

katakan apa sahaja, aku yakin kamu setuju dengan pendapat aku bahawa mesej-mesej dalam filem p ramlee memang punyai kesan langsung yang bermakna.

percayakah kamu bahawa p ramlee seorang pejuang islam yang ANTI MURTAD ? yap, agak mengejutkan tapi inilah yang aku dengar malam tadi dalam dokumentari tersebut. p ramlee kata, lagu melayu tradisional mesti kit pertahan dan turunkan kepada anak cucu. ini budaya bangsa katanya.

sambil menegaskan hujahnya, p ramlee tamsilkan (memberi contoh bandingan) akan kepentingan akidah agama,iman anak kecik di tanam dari kecik sampai besar supaya bila dewasa nanti mereka tidak murtad. subhanallah.




p ramlee tewas dan menemui ajalnya sehari sebelum dia dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan hutang. bukan p ramlee yang berhutang, tapi kawannya. dia jadi penjamin sahaja. kawannya lari dan p ramlee yang menanggung beban gara-gara menolong kawan.

korang tengoklah sendiri dokumentari menarik ini..al fatihah untuk seniman agung filem melayu. jasamu kami kenang selamanya.

Sunday, November 7, 2010

Kehidupan "Singa" Dunia Islam


Kehidupan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad merupakan contoh terbaik dalam aspek kesederhanaan.

Semasa Mahmoud ditanya oleh media Barat, apakah yang dikatakan kepada dirinya sendiri setiap kali beliau melihat cermin pada waktu pagi, Mahmoud menjawab:

"Saya melihat lelaki di dalam cermin itu dan berkata: Ingat! Kamu tidak lebih sekadar pesuruh kecil, dan hari ini kamu mempunyai tanggungjawab yang sangat besar iaitu untuk berkhidmat kepada negara Iran," katanya.

Mahmoud, sejak awal pelantikannya sebagai Presiden Iran, mengejutkan banyak pihak dengan tindakannya yang berlawanan dengan kebanyakan pemimpin tertinggi dunia yang lain.

Lelaki bertubuh kecil itu memulakan perkhidmatannya sebagai Presiden dengan mendermakan semua permaidani mewah Iran yang berada di pejabatnya kepada masjid-masjid di Teheran.

Beliau kemudian menggantikan permaidani tersebut dengan permaidani biasa yang berharga jauh lebih murah.

Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan, Mahmoud menyedari kewujudan sebuah bilik mewah yang digunakan untuk mengalu-alukan kedatangan VIP di bangunan pejabatnya.

Beliau kemudian mengarahkan bilik itu ditutup dan digantikan dengan sebuah bilik biasa yang hanya dilengkapi beberapa buah kerusi kayu.

Mahmoud juga dikenali sebagai Presiden yang prihatin dengan masalah kebersihan, terutama di bandar Teheran apabila beliau beberapa kali menyertai pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan berdekatan kediamannya dan pejabat Presiden.

Mahmoud pernah berkata, beliau bangga menyapu jalan-jalan di Teheran.

Di bawah pemerintahannya, Mahmoud menuntut semua menteri menandatangani dokumen perjanjian berkaitan harta dan kekayaan, di mana menteri dituntut supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk memperoleh kekayaan.

Beliau juga membenarkan menteri memasuki pejabatnya tanpa perlu meminta kebenaran.

Mahmoud, yang dilahirkan pada 28 Oktober 1956, memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan lalu lintas dan pengangkutan di Universiti Sains dan Teknologi Iran, di mana beliau bertugas sebagai pensyarah sebelum dilantik menjadi Presiden pada 6 Ogos 2005.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Teheran bermula pada 2003 hingga 2005.

Semasa dilantik menjadi Datuk Bandar, perkara pertama yang dilakukan Mahmoud adalah mengumumkan 'harta terbesar' yang dimilikinya, iaitu sebuah kereta Peugeot 504 yang dikeluarkan pada 1977 dan sebuah rumah kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun lalu.

Presiden keenam republik Islam itu juga pada mulanya berkeras mahu terus tinggal di rumahnya selepas dilantik sebagai Presiden tetapi beliau dipaksa oleh pasukan keselamatannya supaya berpindah masuk ke kediaman Presiden atas sebab keselamatan.

Mahmoud juga enggan menerima gajinya sebagai Presiden kerana menganggap semua kekayaan itu adalah milik negara dan dia dipertanggungjawabkan untuk menjaga kekayaan Iran.

Selain itu, salah satu sikap Mahmoud yang mengagumkan pekerja di pejabat Presiden adalah tabiat beliau yang membawa sebuah beg berisi sarapan pagi yang disediakan oleh isterinya, setiap hari.

Mahmoud turut menghentikan penghantaran makanan khas yang disediakan untuk Presiden sebelum ini.

Lebih menarik lagi, beliau mengubah kapal terbang rasmi Presiden kepada kapal kargo untuk membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengarahkan supaya beliau diterbangkan menggunakan penerbangan biasa dan ditempatkan di kelas ekonomi.

Beliau juga menghentikan sambutan khas yang diberikan kepada Presiden seperti permaidani merah semasa lawatannya di dalam negara.


Apabila beliau dikehendaki menginap di hotel, Mahmoud akan memastikan pihak hotel tidak memberikannya bilik yang mempunyai katil besar dan menegaskan beliau tidak suka tidur di atas katil, sebaliknya lebih suka tidur di atas tilam nipis.

Perjalanan semasa kempen beliau untuk menjadi Presiden juga dikagumi apabila Mahmoud memenangi pilihan raya umum Iran tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan atau menerima sebarang sumbangan, sebaliknya hanya bergantung kepada penyokongnya yang menggunakan jaringan masjid untuk meraih sokongan.

Walaupun kelantangan Mahmoud membuatkannya tidak disukai oleh negara Barat, namun sifat sederhananya dikagumi media Barat yang tidak putus-putus menulis mengenai keperibadian Mahmoud.

Begitulah kehidupan Presiden salah sebuah negara paling berkuasa di dunia.

*******************

Dipetik dari paapaada.

Friday, November 5, 2010

Rapat Dan Luruskan Saf !!

Dipetik dari blog YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim.. Sila tekan di Sini.

******************************

Dalam satu program televisyen dipanggil "ONE FAMILY" di MAJD channel. Dr. Yahaya Al Yahhya yang mengetuai "CALL to Islam Committee" menceritakan pengalaman beliau berdialog dengan seorang lelaki Amerika bukan Islam yang kebetulan diwaktu yang sama televisyen sedang menayangkan siaran langsung solat daripada Masjidil Haram.

Lelaki Amerika tersebut hairan bagaimana berserabut dan sesaknya suasana di Masjidil Haram, dengan hampir 3 juta manusia berhimpit-himpit dan bersesak-sesak dipenghujung Ramadhan al kareem. Lalu terpacul dari mulut lelaki bukan Islam itu, "how disorganize the Muslims are!" ("betapa berserabut orang-orang Islam ini!"). Sambil masing-masing melihat kaca televisyen, Syeikh Yahya mula bertanya kepada si kafir itu.

Syeikh Yahya: berapa lama kamu rasa jutaan Muslim ini boleh menyusun diri mereka dan berbaris lurus?

Si Kafir: 3 jam paling cepat!

Syeikh: Tetapi Masjidil Haram itu 4 tingkat tingginya!

Si Kafir: kalau macam tu, mungkin 12 jam baru boleh!

Syeikh: tapi kamu perlu ingat jutaan Muslim itu datang daripada pelbagai negara dengan bahasa yang sangat berbeza!

Si Kafir: kalau macam itu mustahil untuk mereka beratur lurus dan berdiri membuat barisan yang teratur!!

Kemudian waktu mendirikan solat pun masuk, iqamah dilaungkan, dan imam Masjidil Haram, Syeikh Abdul Rahman As Syudais melafazkan "estawoo" = rapat dan luruskan saf!!

Dan dalam hanya beberapa sa'at, jutaan umat Islam dari pelbagai negara dengan bahasa yang berbeza dikeseluruhan pelusuk Masjidil Haram yang bertingkat itu berdiri memperbetulkan saf dan beratur cantik lurus tersusun - hanya dalam sekelip mata‫ !!‬

Lelaki Amerika bukan Islam itu terpegun dengan apa yang dilihatnya dihadapan televisyen, sesuatu yang tidak pernah dilihatnya, sesuatu yang tidak pernah terfikir olehnya boleh dilakukan, tetapi hakikatnya berlaku dengan kehendak ALLAH sebagaimana yang beliau saksikan sendiri didalam siaran langsung dari Masjidil Haram itu, lalu beliau terus berkata:‬

"Asyhadu alla ila ha illallah, wa asy hadu anna Muhammadar rosulullah"
Aku naik saksi tidak ada tuhan melainkan ALLAH, dan Muhmmad itu utusan ALLAH!!

********************************

Hari ini kita umat Islam berbangsa Melayu berpecah dalam pelbagai fahaman politiknya. Walaupun telah dijajah selama 446 tahun sekalipun, bangsa Melayu tetap berpecah. Tak pernah sedar. Memang benar MELAYU MUDAH LUPA.

Wednesday, November 3, 2010

Kenaboi River Challenge 2010


Pada kayaker2 seluruh negara.. barang siapa berminat untuk menyertai Kenaboi International River Challenge 2010 boleh la melayari site ini.

Insyallah aku nak gi tgk la nanti.... sokong produk kerajaan Negeri 9.


Tuesday, November 2, 2010

Kalo Dah Sama Genetik Nyer....

Like mother Like Daughter...



Bab berhias pun sama...


Blur pun iye jugak...