Thursday, January 21, 2010

Temubual Eksklusif antara MisticFiles & Lonecryer



Satu temubual ringkas telah dijalankan di @r3@1E sempena menyambut tahun baru Hijrah.Di satu ruangan yang digelar sebagai The 4cast,temubual dijalankan bersama 'Lonecryer' yang telah diperkenalkan pada temubual yang lalu.Lonecryer akan ditemubual mengenai permulaan era baru dunia,kitaran bumi,avatar-avatar yang bakal muncul dan propaganda The Elite.

Kita sedang melangkah ke era yang penuh drama.Hari demi hari semakin berkurang dan mendekatkan 'The Universe' kepada 'The Judgment Day'.Anda boleh memilih sama ada menjadi zombie dan goyyim atau minda yang penuh kesedaran.Tidak kira sama ada anda Muslim atau non-muslim,'religious' atau 'secular',akhir kepada semua cerita ini pasti akan tiba kerana hari ini bukan sahaja dalam ramalan agama malah sains membuktikan,suatu hari nanti...alam semesta ini akan musnah.



The Endgame.



Pandangan Lonecryer tidak semestinya mencerminkan keseluruhan pandangan MistisFiles dan Mistis Organization.





-M.O











Notice: All information and data for this work were obtained
through various sources in the public domain.


This interview is a CONFIDENTIAL work that is intended for review by
the serious researcher,and assumes a basic familiarity with the general
subject matter in the field.It was not produced specifically for the
general public.

However,for educational reason,it considered to release.So,use it under your responsibility.






S:MistisFiles J:Lonecryer





S:Boleh kita mulakan?
J:Ya,mulakan saja.
S:Kini kita melangkah ke tahun baru Hijrah,bermula 1 Januari kelak,tahun baru Masehi pula akan tiba.Ini sudah pasti akan menyaksikan sesuatu yang menarik memandangkan terdapat petunjuk-petunjuk baru yang sudah keluar.Soalannya,apakah yang sedang dunia raikan?

J:Apa yang sedang dunia raikan?(Lonecryer tersenyum mengekek)
Dunia sedang meraikan saat-saat kematiannya.

S:Saat-saat kematian?Boleh anda jelaskan lebih lanjut?

J:JIka kita melihat kepada kitab-kitab agama,khasnya tiga agama wahyu ini atau dalam istilah Barat,Abrahamic Religion iaitu Yahudi,Kristian dan Islam telah dinyatakan bahawa dunia ini tidak kekal,dan satu masa nanti ia akan musnah.Di dalam terminologi Islam terutamanya gambaran yang dilihat nabi Muhammad s.a.w ketika peristiwa Isra' Mi'raj,dunia digambarkan sebagai perempuan tua yang menggoda.Jika ketika itu,di mana baru melangkah 600 tahun lebih selepas Masehi,dunia sudah digambarkan sudah tua,maka apakah gambaran dunia kini?Mari kita semak apa dalam Bible tentang Day of Judgment.

Di dalam Malachi 4:1 contohnya,kita baca:

"For, behold, the day cometh, that shall burn as an oven; and all the proud, yea, and all that do wickedly, shall be stubble: and the day that cometh shall burn them up, saith the LORD of hosts, that it shall leave them neither root nor branch"

Ayat ini menjelaskan bahawa pada hari itu yang disiapkan Tuhan,akan datang seperti api yang membakar seperti di dalam ketuhar dan setiap orang akan panik;orang-orang yang berbuat dosa pula akan seperti jerami keadaannya dan terbakar dan Tuhan tidak meninggalkan mereka walaupun akar dan cabang.

JIka kita semak dalam AlQuran pula,ada dijelaskan dalam surah At Takwir:

1. Apabila matahari digulung,

2. dan apabila bintang-bintang berjatuhan,

3. dan apabila gunung-gunung dihancurkan,

4. dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan)

5. dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan,

6. dan apabila lautan dijadikan meluap


Ini adalah kepercayaan asas di dalam agama-agama ini.Semua agama ini meramalkan Hari Yang Disiapkan itu.Nabi Muhammad juga bertegas bahawa Hari Kiamat ini amat dekat seperti dekatnya jari tengah dan jari telunjuk.

S:Itu kata agama,bagaimana pula dengan sains?Adakah sains ada fakta yang menguatkan ramalan agama ini atau menafikan alam ini akan musnah?

J:Sains?Jika anda seorang saintis yang mengatakan bahawa dunia ini kekal abadi maka andalah saintis yang akan digelar sebagai saintis gila (Lonecryer tersenyum mengekek).

Tahukah anda bahawa kajian sains kini mengatakan bahawa bumi mungkin sahaja akan berputar songsang?Ahli astronomi menggelarkannya sebagai 'retrograde'.Sebenarnya para saintis sudah lama mengetahui perkara ini sejak tahun 1543 apabila Nicolaus Copernicus menerbitkan karyanya "De revolutionibus" dan akhirnya kini teori beliau telah dibuktikan.NASA sebenarnya sudah mendapat data-data perubahan ini sejak tahun 2003 lagi.Mereka telah memerhatikan perubahan gerakan angin,atmosfera,kabus ais dan jerebu di Marikh sejak beberapa lama.Melalui teknologi pengimejan The Thermal Emission Imaging System (THEMIS) yang digunakan oleh NASA,mereka dapat melihat perubahan berlaku pada atmosfera Marikh yang aneh dan menguatkan teori 'backward motion' oleh ahli astronomi.Akhirnya melalui satu siri pemerhatian berterusan,Marikh telah dikesan semakin perlahan putarannya dan saintis meramalkan ia akan berhenti dan kembali berputar pada arah berlawanan.Saya ingin memetik satu hadis yang dikaitkan dengan fenomena ini:

Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Kiamat tidak datang sehingga matahari terbit dari barat. Jika manusia melihatnya maka mereka semua beriman.”

Teori 'retrograde' nampaknya telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w lama sebelum Copernicus mengemukakan pandangannya.

S:Adakah ini menunjukkan bahawa bumi juga akan mengalami nasib yang sama?

J:Ya,kenapa tidak?Tambahan pula para saintis sering membandingkan Marikh sebagai planet yang hampir dengan bumi.Mereka selalu mengkhayalkan jika bumi musnah,planet yang paling hampir kemungkinannya untuk didiami adalah Marikh.Marikh juga ditemui terusan-terusan air malah molekul air juga pernah dijumpai di sana!Anda pernah mendengar kontroversi Face of Mars?Terdapat rahsia di sana dan pihak NASA telah merahsiakan banyak data-datanya.Saya tidak boleh mendedahkan sekarang kerana ia bukan masanya.Something was done involving the various covert operation are there.



Jika putaran Marikh boleh menjadi perlahan,maka ini juga boleh berlaku kepada planet-planet lain termasuk bumi.Anda mesti memahami sifat-sifat graviti planet,kutub-kutub yang mengekalkan paksinya dan pengaruh daya-daya sama ada dari dalam planet itu mahupun hubungannya dengan jasad-jasad berhampiran.Tahukah anda bahawa ruang antara jasad-jasad samawi bukanlah kosong,malah dipenuhi oleh material lain yang kita tidak nampak?Saintis memanggilnya 'Dark Matter' dan ia mempunyai pengaruh terhadap pergerakan jasad-jasad ini termasuk putaran paksi dan orbitnya.Planet-planet boleh saja diperlahankan putaran,berhenti berputar dan berputar songsang atau berhenti mengelilingi matahari.Ini sifat-sifat planet dalam kajian astronomi moden.Sistem planet seperti bumi seakan-akan metamorfosis.

S:Menarik penerangan anda,tetapi boleh jelaskan lagi tentang 'metamorfosis'?Bagaimana yang dikatakan bumi seperti metamorfosis itu?

J:Bumi sebenarnya penuh dengan kombinasi daya-daya yang kita tahu dan tidak tahu.Bumi sebenarnya mengalami perubahan-perubahan di sepanjang kewujudannya atau kita namakan ia sebagai 'shifting'.Dua perubahan yang popular adalah Galactic Shift dan Polar Shift.Perubahan ini berkait dengan kitaran (cycle) dan mengikut pemerhatian saya,terdapat banyak kitaran yang dikaji oleh para saintis,seperti kitaran 30 tahun,50 tahun,100 tahun,1000 tahun sehingga kitaran 26000 tahun,78000 tahun dan 26 juta tahun.Inilah maksud metamorfosis itu.Setiap kitaran menghasilkan kesan-kesan secara fizikal,elektrik,elektromagnet,iklim atau sebagainya.


Salah satu teori yang popular ialah 'Galactic Allignment' yang dijadualkan akan berlaku pada 2012 dan ini disensasikan lagi dengan teori Kalendar Maya dan filem 2012.Galactic Allignment dikatakan akan menukar kedudukan 'solstice point'.Kajian mendalam juga menyebut mungkin paksi bumi juga akan terlibat dan jika ini berlaku,saya membuat pemerhatian ada kaitan pula dengan putaran bumi dan jika benar semua perhitungan saintifik saya,teori Galactic Allignment ini ada hubungan pula dengan perubahan putaran bumi itu.Bumi sebenarnya ibarat rama-rama yang mengalami metamorfosis;dari telur,beluncas,kepompong hinggalah kepada seekor rama-rama yang cantik.



S:2012?Apakah sebenarnya yang berlaku?Adakah benar bumi akan musnah pada Disember 2012 seperti ramalan Kalendar Maya itu?

J:Siapa kata bumi akan musnah pada 2012?Jika anda mengkaji Kalendar Maya itu,anda akan faham bahawa apa yang sebenarnya mahu diberitahu oleh para cendekiawan Maya ialah perubahan yang akan berlaku pada bumi dalam kitaran tertentu.Bukan maksudnya bumi akan kiamat pada tahun 2012.Para sejarahwan dan pakar bahasa Maya juga saintis memanggil fenomena 2012 sebagai 'The Shift' bukannya 'The Judgment Day'.Hanya orang awam sahaja dipanik-panikkan dengan dakwaan kiamat 2012 oleh para konspirator dan pembuat filem yang mengaut keuntungan dari perkara ini.

Saya mempunyai kalendar Maya yang telah diterjemahkan kepada bentuk yang mudah dibaca,dan anda tahu betapa kompleks kalendar ini.Semuanya dilambangkan dengan karakter-karakter bergambar namun dapat menceritakan selang masa beribu-ribu tahun!Cuba anda baca hasil kajian para saintis ini dan bukannya percaya kepada para produser filem.Tetapi saya tidak nafikan sesetengah dari mereka ini (para saintis) membuat kesimpulan melulu mengatakan 'The Shift' itu adalah kiamat.

S:Anda berkata bahawa perubahan itu merangkumi aspek fizikal,elektrik,elektromagnet atau sebagainya,adakah ini boleh mempengaruhi manusia?Maksud saya,tubuh badan atau otak manusia?

J:Saintis Rusia telah menemui bahawa 97% dari ruang kosong di dalam DNA kita adalah ruang kosong!Ruang kosong ini dipercayai oleh mereka diisi oleh satu tenaga khas.Saya tidak berpendapat demikian.Ruang kosong ini sebenarnya adalah kod-kod DNA yang masih belum difahami oleh saintis itu.Kod-kod DNA ini ada yang aktif dan tidak aktif.Yang tidak aktif ini akan menunggu pengaruh-pengaruh khas untuk mengaktifkannya.Saya percaya,kaedah spiritual adalah salah satu cara untuk mengaktifkan kod-kod ini.Satu lagi adalah berkaitan dengan 'The Shift' ini.

Perubahan dalam kitaran semesta memberikan pengaruh kepada daya-daya yang menyelubungi bumi.Sebenarnya perubahan ini boleh merubah kadar graviti atau kelajuan daya elektromagnet dan sedikit perubahan pada 'setting' daya-daya ini akan mempengaruhi pula pergerakan atom-atom yang membina fizikal manusia.Gelombang elektromagnet atau kosmos akan mempengaruhi pula gelombang otak manusia.Seterusnya ia juga akan mengisi apa yang dinamakan 'ruang kosong' di dalam DNA tadi.Dalam kata lain,kod-kod DNA manusia akan diaktifkan.Penjelasan seterusnya amat-amat sulit dan saya berhenti setakat ini saja.

S:Apa maksud anda?Kod DNA manusia diaktifkan,apa yang aktif?Selepas 'The Shift' atau 2012 nanti apa yang akan berlaku kepada kita?

J:Saya sudah jelaskan bahawa kenyataan saya hanya berhenti setakat ini saja (Lonecryer berubah menjadi serius).Keputusan dari penyelidikan para saintis ini adakalanya tidak boleh didedahkan kepada umum kerana salah satu motto tempat saya bertugas ada mencatatkan bahawa "Kebenaran itu kadangkala racun bagi yang tidak memahaminya".Saya faham,ada pengkaji yang mengandaikan perubahan genetik akan berlaku dan manusia mungkin berubah menjadi seperti X-Men!Hahaha...ini adalah pengaruh televisyen dan komik.Sebenarnya tidaklah begitu.Ada rahsia lain.


S:Dari segi perubahan daya dan tenaga Bumi bagaimana?

J:Kajian saintifik yang mendalam mendapati kemungkinan terjadi perubahan graviti bumi dan kenaikan suhu.Namun terdapat satu lagi perubahan yang menakutkan kemungkinan akan terjadi,iaitu kehilangan ion-ion atau gangguan denyutan elektromagnet menjadikan apa yang dinamakan kesan EMP (Electromagnetic Pulse).Anda tahu apa akan terjadi apabila tenaga EMP dilepaskan?Kesemua peralatan elektrik dan elektronik akan menjadi sampah saja;ia tidak berfungsi.Mereka telah membina bom-bom EMP ini.Sesungguhnya peperangan masa depan adalah mungkin peperangan elektronik,namun selepas itu mereka mungkin bergaduh dengan batu dan kayu (Lonecryer tersenyum mengekek)

S:Bagaimana ini terjadi?Boleh jelaskan tentang EMP dan bagaimana ia menjadi senjata,atau apa yang katakan sebagai bom tadi?

J:Sejak bertahun-tahun,saintis-saintis Eropah dan Amerika telah mengkaji tentang unsur-unsur skalar dalam parameter-parameter fizik.Skalar pada asasnya adalah kuantiti dengan magnitud tetapi tanpa arah.Boleh berikan saya contoh?

S:Errr...berat?

J:10 markah untuk anda.Masa dan jisim juga adalah kuantiti skalar.Persoalan skalar ini amat kompleks dan sukar bagi saya untuk menjelaskannya dalam bahasa mudah namun dari sinilah Einstein dan Tesla mengembangkan potensi dalam teori-teori mereka dan,terutamanya Amerika telah menggunakan segala teori ini untuk membangunkan apa yang dipanggil sebagai persenjataan skalar.Mereka menemui apa yang dinamakan gelombang skalar (scalar wave).Teori mereka adalah,sebenarnya jisim dan berat itu wujud kerana kuantiti-kuantiti ini mempunyai gelombang mereka tersendiri yang merambat pada medium tertentu!Akhirnya berat dan jisim juga seperti kuantiti vektor yang punya arah.Jika kita boleh menjana 'gelombang' ini dan menghalakannya pada satu rumah misalnya,kita boleh 'menghempap' rumah itu dengan satu tenaga yang mempunyai jisim yang boleh dikawal sesuka hati kita!Ini adalah contoh mudah yang saya berikan.


Jika anda menonton filem 'The Hulk 2' ketika pertempuran di taman rekreasi,anda mungkin perasan dengan satu jip yang membawa antena besar.Apabila Hulk tadi mahu mara,askar menembak semacam gelombang lutsinar dari antena itu.Apa yang terjadi pada Hulk?Hulk kelihatan seperti ditahan oleh sesuatu yang tidak jelas oleh pandangan mata.Adakah saya terpengaruh dengan televisyen dan komik?Hehehe...saya rasa tidak.

S:Apa maksud anda berkata 'saya rasa tidak'?Adakah senjata itu benar-benar ada?

J:Adakah gelombang skalar benar-benar teknologi yang wujud?Rusia mungkin mempunyai senjata ini tetapi Amerika dikenalpasti telah membangunkannya dengan baik.Pangkalan rahsia Amerika di Pine Gap yang terletak di tengah Australia telah pun mempunyai dua menara skalar di sana.Saya syorkan anda membaca biografi Tesla,dan beritahu saya mengapa Pentagon menjalankan konspirasi tentang 'Free Energy' dan Teori Dinamik Graviti Tesla.Anda pernah dengar tentang teori ini?


Tesla menemui bahawa bumi ini boleh bertindak sebagai kapasitor dengan satu kapasiti kepada bumi dan satu kapasiti kepada ionosfera.Maknanya,bumi sendiri adalah satu penjana yang boleh menjana elektrik.Dengan kata lain,tenaga elektrik sebenarnya wujud kerana potensi ini,cuma Tesla telah menemui cara yang ringkas untuk menghasilkan elektrik,bukan melalui teori elektromagnetik yang menghendaki mekanisme memotong urat daya sehingga menghasilkan elektrik.

S:Apa kaitannya dengan EMP?

J:Saya akan ringkaskan seberapa boleh.Apabila perubahan 'Pole Shift' berlaku,tenaga EMP akan meledak sebagai satu kemusnahan skalar ke seluruh bumi.Ketika itu semua peralatan elektrik dan elektronik akan menjadi tidak berfungsi.Bumi akan kehilangan ciri-ciri kapasitornya dan ini membuatkan tenaga elektrik tidak mempunyai pemangkin untuk wujud.Saya tidak dapat membayangkan apa yang terjadi kepada kehidupan manusia.Manusia mungkin kembali ke zaman Neolitik.

S:Adakah ini seperti mengatakan manusia akan berperang dengan pedang dan kuda seperti hadis akhir zaman itu?

J:Mungkin,ketika itu manusia mungkin tidak menggunakan senjata api seperti sekarang atau mungkin menggunakannya sebagai kayu pemukul sahaja.

S:Tetapi bukankah senjata api seperti rifel dan pistol tidak menggunakan elektrik atau elektronik?Saya rasa EMP tidak mempengaruhinya.

J:You are now live in electrical and electronic world,dude.Everything is turn to damn programmed behaviour.They are say yes,and you must say yes.SEmua sistem dalam elektrik dan elektronik.Tiada dua benda ini,maka semua operasi manusia akan bermasalah.Saya tidak katakan sekiranya terjadi fenomena itu,semua peralatan akan serta-merta berhenti berfungsi.Manusia akan menggunakan sisa-sisa peluru yang ada,namun setelah habis,adakah pasir dan batu boleh dijadikan peluru?Kilang-kilang senjata akan terhenti operasinya.Semua urusniaga akan terencat.Bank,sekolah,pasaraya,pejabat dan talian komunikasi akan terencat aktiviti mereka.Everything now is goshhh...

S:Hmmm...agak mengerikan saya mendengarnya.Saya ingin beralih topik kepada kitaran bumi ini.Adakah ia satu fakta atau bersifat urban legend?

J:Bagi saintis,ia adalah fakta.Bagi orang awam,ia adalah teori atau hipotesis.Bagi yang tidak memahaminya,ia adalah mitos.Bagi saya ia adalah dogma.

Bumi akan 'dibersihkan' setiap kitaran tertentu.Bumi telah ada sebelum manusia pertama wujud.Bumi 'dibersihkan' sebelum kehadiran manusia pertama itu.Bumi seperti disiapkan untuknya.Di dalam selang masa tertentu,bumi akan mengalami kitaran-kitaran yang berbeza dan bertindan-tindan antara satu sama lain.Pengkaji menamakan ini sebagai 'Earth Bioryhthm'.Bumi juga mengalami 'kitaran haid' seperti wanita.Setiap kali pada waktu tertentu,ia akan 'dibersihkan'.


Dalam kata lain,bumi akan di'reformat' setiap kitaran tertentu.Salah satunya ialah Peristiwa Banjir Besar.Kita tidak tahu apakah spesis haiwan atau tumbuhan yang wujud sebelum Banjir Besar.SEbab itu jika kita membaca kisah Nabi Nuh a.s,beliau membawa biji-biji benih dan pasangan-pasangan haiwan ke kapal.Mengapa perlu membawa haiwan dan tumbuhan?Bukankah selepas surut banjir,haiwan dan tumbuhan akan tumbuh dan berhidup semula?Benarkah Banjir Besar terjadi di kawasan kecil atau di daerah nabi Nuh sahaja?JIka begitu,tidak payahlah nabi Nuh membuat kapal,baik nabi Nuh berpindah sahaja ke kawasan yang tidak dinaiki air.Dan selepas banjir,nabi Nuh boleh mengimport spesis haiwan dan tumbuhan di tempat lain untuk dibawa ke negerinya semula.Fikirkan rahsia ini.

Bagaimana Banjir Besar boleh berlaku sebegitu cepat?Ini semua kuasa Tuhan namun Tuhan selalu menyebarkan kekuasaannya melalui asbab-asbab tertentu.Yup...kemungkinan 'Pole Shift' telah berlaku ketika itu dan perubahan terjadi menyebabkan perubahan tenaga dan air mula memancar keluar dari segenap ceruk bumi.Perubahan graviti dan elektromagnetik telah menyebabkan persenyawaan unsur hidrogen dan oksigen berlaku dengan sebegitu drastik,menyebabkan air mula bertambah.

S:Apakah kaitan dengan perubahan pada manusia?Maksud saya setiap kitaran kepada sejarah manusia?

J:Setiap kitaran 100 tahun akan menghasilkan seorang AVATAR.Avatar ini akan memperbaharui agama yang diredhai Tuhan.'Memperbaharui' bukan bermaksud mengadakan agama baru,tetapi MENYEGARKANNYA.Ini adalah kitaran 'biorhythm' bumi yang diterangkan dalam hadis nabi bahawa setiap seratus tahun akan lahir seorang MUJADDID yang akan membela agama Islam.Mujaddid inilah yang akan menghadapi Avatar-avatar jahat yang cuba untuk menjalankan agenda mereka.The Elite adalah salah satu dari avatar-avatar 'Dark Force' ini.

Pengecaman dan pemantauan telah dilakukan diseluruh dunia untuk merekodkan data-data orang ramai.Laman-laman sosial ditubuhkan dengan dana-dana Intelligence seperti CIA untuk mengkaji tabiat dan perwatakan orang ramai bersosial antara satu sama lain.Facebook adalah antara agenda mereka.Data peribadi yang dimasukkan adalah hak milik mereka.'Privacy' hanyalah iklan semanis menanam tebu dibibir sahaja.Cuba anda kaji,bagaimanakah seorang lelaki yang tidak tahu apa-apa di Mumbai,telah dituduh sebagai pengganas yang meletupkan bom.Bagaimana semua data peribadi,lokasi dia berada dan maklumat telefon/kad kredit diketahui oleh Interpol?Tonton ketiga-tiga siri Bourn terutama Bourn Ultimatum dan pelajari bagaimana ejen-ejen CIA mendapatkan nombor telefon,maklumat dan apa saja dari sasaran.Di situ adalah contoh yang mudah namun ia memberitahu kita semua itu adalah kemungkinan yang biasa boleh dilakukan dengan mudah.

S:Apakah agenda mereka sebenarnya?Apa rancangan mereka sempena tahun baru ini??

J:Mereka akan cuba menakut-nakutkan dunia dengan wabak penyakit.Kemudian mereka tawarkan vaksin.Di dalam vaksin mungkin ada robot-robot nano yang boleh dikawal dari satu pusat kawalan.Robot-robot nano ini akan bergerak menerusi perjalanan darah;seperti syaitan.Mereka akan ledakkan satu lagi kitaran kejatuhan ekomomi.Semua wang di dalam poket orangramai menjadi tidak bernilai.Kemudian mereka tawarkan bantuan.Bantuan ekonomi.Kerana emas yang menjadi sandaran kepada duit kertas yang tidak bernilai itu ada pada mereka.

SEmua ini akan menjurus kepada satu katakunci:P A N I C

Selepas itu kita akan lihat siapa akan muncul untuk menyelamatkan keadaan.

Memerintah ketika kekacauan adalah strategi mereka.Kita akan tunggu siapakah AVATAR yang muncul dalam kekacauan dan ketidakselesaan itu.

S:Siapa?

J:Bergantung kepada siapa yang anda pilih.

Sistem bunyi tiba-tiba dipadamkan.Butir-butir perbualan mereka selepas itu tidak diketahui.


OFF-THE-RECORD

*****************************************
Sumber: MisticFiles

Thursday, January 14, 2010

Is Jesus/Christ God???

DEBAT OLEH DR. AHMAD DEEDAT VS DR. ANIS SORROSH - IS JESUS GOD?
(saksikan lah semua 22 clip debat tersebut)




DR. AHMAD DEEDAT - NAMA NABI MUHAMMAD S.A.W TELAH DISEBUT DALAM BIBLE
(saksikan semua 11 clip)



PENJELASAN PROF. DATO' DR. HARON DIN

Thursday, January 7, 2010

Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

1) Ulasan/Hujah

  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
  12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

2) Keputusan

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Monday, January 4, 2010

Petisyen Bantahan

PENTING ! PETISYEN BANTAHAN ON-LINE

ayuh semua rakan-rakan bloger,pembaca dan rakyat.. aku mohon agar kita semua meletakkan petisyen membantah penggunaan kalimah ALLAH ini di blog dan face book masing-masing..

ini link dia

Surah al-Maidah (ayat 72-73)

"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam, padahal Al Masih (sendiri) berkata: Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang zalim itu seorang penolong pun. Sesungguhnya kafirlah orang yang mengatakan: Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan pedih.


Sunday, January 3, 2010

Kalimah Allah

YANG MENENTANG:

Perbahasan Kalimah Allah oleh YB Ustaz Taib Azamuddin





Perhimpunan Membantah Penggunaan Kalimah Allah





Rampaian





YANG MENYOKONG:

Penasihat PKR - DSAI





YB Kuala Selangor Dr. Zulkilfi Ahmad





Rampaian


Petikan Ulasan YB Zulkifli Noordin

Dipetik dari blog YB Zulkifli Noordin utk renungan bersama

***************************


MENYANGGAH YB KHALID SAMAD

02 January 2010

Salam 2 all.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Tuhan Yang Esa, yang tiada sekutu bagi Nya. Tuhan Raja segala raja, yang memiliki segala Kerajaan. Tuhan yang tiadalah aku sembah melainkan ALLAH yang Satu.


Saya merujuk kepada kenyataan YB Khalid Samad yang menyatakan persetujuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang membenarkan permohonan puak Kristian melalui akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan ALLAH bagi ganti nama "God" dalam penerbitan mereka. Hujjah YB Khalid menyokong puak Kristian menggunakan perkataan ALLAH boleh disimpulkan kepada 3 iaitu:


1. Nama "ALLAH" bukan milik ekslusif umat Islam;
2. Bahawa Al Quran sendiri membenarkan dan menggalakkan Kristian menggunakan perkataan ALLAH berdasarkan Surah Az Zukhruf: 86-87 dan Al Ankabut: 63;
3. Rasulullah sendiri tidak menghalang orang 'arab musyrikin Quraisy menggunakan perkataan ALLAH.


Sanggahan saya:


1. Nama ALLAH bukan milik sesiapa pun, samada Muslim atau kafir, baik manusia atau mana-mana makhluk dimuka bumi atau di alam maya ini. Sebenarnya nama ALLAH adalah milik mutlak ALLAH sendiri sebagai Maha Pencipta kita. Dan ALLAH itulah yang telah menurunkan Al Quran sebagai wahyu terakhir kepada manusia melalui Rasulullah saw khatamul anbiya. Al Quran itu adalah satu-satunya petunjuk kepada jalan ketaqwaan (Al Baqarah:2). Dan Al Quran itu adalah petunjuk yang benar dan haq, dan dimenangkan dan dimuliakan atas agama dan kefahaman lain, walau musyrikin (dan kafir la'natullah lain) tidak suka (Al Fath: 20).


ALLAH yang empunya nama Nya sendiri itu telah menegaskan bahawa yang namanya ALLAH itu Satu; "Katakan Muhammad bahawa ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak lagi tidak dperanakkan, ALLAH itu tidak sekufu dengan sesiapa pun" (Al Ikhlas: 1-4).


Jelas disini bahawa ALLAH yang empunya nama ALLAH itu sendiri menegaskan bahawa nama ALLAH itu adalah nama Tuhan yang Satu. Sedangkan Kristian zaman ini termasuk di Malaysia bercadang menggunakan nama ALLAH dengan menyifatkannya sebagai Tuhan triniti; tiga dalam satu: Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Qudus! Tidakkah itu terang-terang bercanggah dengan penegasan ALLAH sendiri bahawa apabila menggunakan nama Nya bermakna merujuk kepada Tuhan yang Satu! Dan itulah aqidah umat Islam yang mempertuhankan ALLAH Yang Satu.


2. Surah Az Zukhruf:86-87 dan Al Ankabut: 63 adalah penegasan ALLAH bahawa kalau ditanya kepada golongan kafir dan penyembah berhala bahawa siapa yang mencipta mereka, nescaya mereka akan menjawab ALLAH. Kita perlu lihat ayat ini adalah urutan daripada ayat-ayat sebelumnya yang mana ALLAH mencela perbuatan golongan kafir dan musyrikin yang menyembah selain ALLAH; sebaliknya menyembah patung dan sembahan-sembahan yang lain. Sedangkan bila ditanya apakah yang mencipta mereka itu patung-patung sembahan mereka, nescaya mereka akan kata tidak, sebaliknya ALLAH.


Maka para ulama menyatakan bahawa perkataan mereka itu yang mengakui ALLAH adalah pencipta bukan Jesus dan lain-lain adalah dalam bentuk 'rububiyah'. Iaitu mengakui sifat ALLAH sebagai Pencipta. Samalah apabila saintis terkenal Stephen Hawkins bila selesai mengkaji teori 'Big Bang' dalam masalah penciptaan dunia, dia menyatakan ada satu kuasa besar yang mencipta bumi ini. Atau apabila mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, bila ditanya macam mana tragedi tanah runtuh di Genting berlaku, dia menyatakan ini "Tuhan Alah punya keleja". Dan banyak lagi komen sedemikian yang dibuat oleh golongan kafir dan musyrikin. Itu bukan bermakna mereka menerima ALLAH dalam bentuk 'uluhiyyah' atau aqidah, tetapi dalam bentuk 'rububiyah'. Dalam berkata begitupun mereka tetap menyembah patung dan lain-lain.

Sebaliknya ayat 86-87 Az Zukhruf dan ayat 63 Al Ankabut tidak menyatakan ALLAH membenarkan penggunaan nama ALLAH bagi maksud selain daripada Tuhan Yang Esa, Satu, Wahid!! Malahan tidak ada sebarang nas langsung yang mana ALLAH mahupun Rasulullah membenarkannya. Menyatakan bahawa ALLAH, Al Quran dan Islam menggalakkan penganut Kristian menggunakan perkataan ALLAH untuk gambaran Tuhan 3 dalam satu adalah suatu putarbelit terhadap ayat Al Quran; ianya suatu provokasi terhadap tunjang aqidah umat Islam bahawa ALLAH itu satu;


3. Saya berpendapat kenyataan beliau bahawa Rasulullah sendiri tidak menghalang musyrikin Mekah menggunakan perkataan ALLAH perlu difahami dalam konteks bahasa 'arab dan budaya 'arab sendiri. Kira perlu faham bahawa dalam bahasa 'arab, mereka tidak ada gantinama perkataan 'God" selain ALLAH. Bagi mereka perkataan ALLAH itu sendiri bermakna God. Sedangkan dalam Bahasa Melayu gantinama perkataan God ialah Tuhan; dan nama ALLAH dalam bahasa Melayu tidak bermaksud gantinama God secara umum, tetapi membawa pengertian yang khas-iaitu Tuhan Yang Satu. Oleh itu adalah melanggar tatacara bahasa Melayu sendiri untuk menyamakan perkataan ALLAH sebagai God. Kalau kita melihat kamus Dewan Bahasa, kamus paling authentik dan autoritatif mengenai bahasa Melayu menyatakan dengan jelas bahawa perkataan ALLAH bermaksud Tuhan Yang Satu dalam Bahasa Melayu.

Malahan kalau kita melihat contohnya The Hutchinson Encyclopedia (muka surat 27), perkataan ALLAH ditafsirkan sebagai, "ALLAH: Islamic name for God". Begitu juga kalau kita merujuk kepada Encycopedia Brittanica, Wikipedia dan lain-lain. Adalah jelas nama ALLAH dikaitkan dengan Tuhan Yang Satu, Tuhan umat Islam.


Kalau kita bercadang nak mengheret sejarah dalam isu ini, kita boleh mempertikaikan agama Kristian dan Yahudi itu sendiri dari segi nama ketuhanan mereka. Apa yang jelas, Nabi Isa yang Kristian angkat menjadi anak tuhan bukan orang 'Arab, sebaliknya dia adalah seorang Yahudi bani Israel berbangsa Hebrew. Sudah tentu nama beliau bukan dalam bahasa 'arab. Jadi bagaimana pula golongan Kristian boleh mendakwa nama "ALLAH" sebagai tuhan mereka telah diguna sejak awal ujudnya agama Kristian. Sebaliknya nama asal Nabi Isa dalam kitab Hebrew ialah Yehwah. Malah nama "Jesus" sendiri pun adalah sebenarnya ciptaan barat, berasal daripada perkataan Greek kuno "Yeosus" kemudian diubah menjadi "Yesus" dalam Inggeris lama sebelum menjadi Jesus dalam Inggeris moden!!


Begitu jugalah dengan agama Yahudi atau Judaism. Judaism adalah "the religion of the ancient Hebrews and their descendants the Jews, based, according to the Old Testament, on a covenant between God and Abraham about 2000BC, and the renewal of the covenant with Moses about 1200BC. Judaism is the oldest monotheistic faith, the forebear of Christianity and Islam. It rest on the concept of one eternal invisible God". Jadi adalah jelas agama asal Yahudi, yang selepas itu diikuti oleh agama Kristian adalah berteraskan kepada kepercayaan Tuhan itu Satu!! Sebab itu setelah kesesatan mereka, mereka masih menerima ALLAH sebagai Maha Pencipta (rububiyah) tetapi menolak ALLAH sebagai Tuhan Yang Satu (uluhiyah).


Rumusan:


Apa yang jelas, rancangan Kristian Malaysia untuk menggunakan perkataan ALLAH itu adalah dalam konteks mempercayai nama ALLAH itu adalah nama bagi Tuhan yang berkonsepkan fahaman Triniti: iaitu 3 dalam 1. Sudah tentu ini bercanggah dengan aqidah umat Islam termasuk bangsa Melayu. Malahan pada saya ini adalah satu perancangan halus dan jahat mereka untuk mengelirukan umat Islam. Yang saya pelik, mengapa mereka berkeras mahu menggunakan perkataan ALLAH hanya bagi penerbitan Kristian dalam Bahasa Melayu, tetapi didalam versi bahasa Inggeris mereka masih menggunakan perkataan Jesus dan lain-lain. Tidakkah itu membuktikan satu muslihat yang jahat. Malahan sebenarnya muslihat la'nat ini telah digambarkan oleh ALLAH kepada kita didalam Al Quran di surah Al Baqarah:2, "sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka; namun katakan (kepada mereka) bahawa cukuplah petunjuk ALLAH (al Quran) sebagai petunjuk kami (umat Islam). Tetapi jika kamu masih mahu mengikuti cara mereka setelah datang kepada kamu Al Quran, maka perbuatlah, namun Aku (ALLAH) tidak akan membantu dan membimbing kamu (iaitu ALLAH akan berlepas tangan denagn kita umat Islam).


Apa yang menghairankan saya bagaimana orang terpelajar saperti YB Khalid Samad yang duduk didalam PAS yang memperjuangkan Islam boleh menyokong keputusan Mahkamah ini. Saya diberitahu bahawa pandangan YB Khalid Samad tidak mewakili pandangan PAS sebagai parti. Malahan YB Ust Taib Azzamuddeen, mantan Imam Besar Masjid Negara dan Ahli Parlimen Baling, seorang ulama' yang dihormati lagi disegani telah secara terbuka menegur YB Khalid Samad didalam Parlimen (rujukan boleh dibuat didalam Hansard Parlimen).

Apakah YB Kahlid Samad selepas ini redho kalau segala gurdwara, gereja dan lain-lain rumah peribadatan bukan Islam mempamerkan perkataan ALLAH di rumah 'ibadat mereka. Apakah beliau redho Kristian mencatat perkataan ALLAH disalib mereka. Apakah beliau redho golongan punjabi mengukir nama ALLAH diatas gurdwara mereka. Kalau itu berlaku saya akan persalahkan YB Khalid Samad.


Malahan saya akan pergi lebih jauh dan menyeru YB Khalid Samad supaya menimbang semula keahlian beliau dalam PAS, sebaliknya saya mencadangkan kepada YB Khalid Samad supaya menimbang menyertai parti lain pilihan beliau, termasuk DAP. Ini adalah kerana saya lihat tindak tanduk YB Kahlid Samad akhir-akhir ini, terutamanya sejak diberi anugerah dan amanah oleh ALLAH menduduki kerusi empuk Parlimen Shah Alam lebih banyak yang merosakkan nama dan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau adalah orang yang memalukan PAS termasuk Presiden YB Tuan Guru Haji Hadi apabila menarik balik usul yang diluluskan mu'tamar agung PAS yang mengkritik golongan Sisters In Islam setelah segelintir golongan membantah usul tersebut. Beliau mendakwa berlaku kesilapan walaupun setelah mu'tamar agung PAS menerima dan meluluskannya dan YB Presiden telah membuat tindakan susulan berdasarkan usul tersebut.


Kedua, beliau mengambil sikap menyokong tindakan penganut hindu untuk membina kuil hindu di Seksyen 23, kawasan perumahan yang majoritinya orang Melayu beragama Islam walaupun sudah ada tapak gantian yang siap disediakan di Seksyen 18 Shah Alam. Orang Melayu yang membantah dan memprotes dikritik oleh beliau dan diberi pelbagai macam label.


Beliau turut memalukan PAS apabila mendedahkan kepada umum amalan dikalangan sebahagian wakil rakyat PAS yang mengangkat bai'ah akan menceraikan bini dengan talaq 3 jika keluar daripada PAS dan mneyertai UMNo. Walaupun pimpinan PAS telah menegur dan cuba menafikan isu itu, beliau tetap berkeras mengakuinya sehingga menjejaskan imej PAS khususnya dikalangan wanita Islam.


Beliau mengkritik secara terbuka kepimpinan PAS Selangor khususnya Pesuruhjaya PAS Negeri YB Datuk Hassan Ali yang telah menegur Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam beberapa isu saperti penjualan minuman arak, Selcat dan lain-lain. Malahan beliau telah memalukan YB Datuk Hassan Ali apabila menuntut supaya YB Datuk Hassan meletakkan jawatan!


Jadi saya melihat tindak tanduk dan sikap yang ditunjuk oleh YB Khalid Samad ini tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Malahan respon yang diterima jelas menunjukkan ada orang Melayu yang beragama Islam mula mempertikaikan perjuangan ikhlas PAS dalam memartabatkan Islam kerana ujudnya karektor-karekor saperti YB Khalid Samad. Saya sendiri dihujani dengan pelbagai kritikan kerana dilihat bersekongkol dengan YB Khalid kerana beliau duduk didalam barisan YB Pakatan Rakyat.

Maka ingin saya perjelaskan kepada umat Islam khususnya, dan rakyat umumnya bahawa saya bermufaraqah pendirian dengan YB Khalid Samad, dan saya tidak redho apatah lagi bersekongkol dengan beliau dalam pandangan-pandangan dan sikap beliau yang pada pendapat saya bercanggah dengan prinsip perjuangan Islam yang saya yakini.


Oleh itu saya mendesak supaya:

1. YB Khalid Samad supaya menimbang keluar daripada PAS dan menyertai mana-mana parti lain pilihan beliau termasuk DAP;
2. kepimpinan PAS perlu mengambil tindakan disiplin yang jelas terhadap YB Khalid Samad agar memberi mesej yang jelas kepada umat Islam khususnya bangsa Melayu bahawa PAS tidak bersekongkol dengan beliau dalam beberapa isu tersebut diatas. Malahan saya mencadangkan kepada kepimpinan PAS supaya menimbang mengambil tindakan memecat keahlian YB Khalid Samad daripada PAS. Kegagalan kepimpinan PAS mengambil tindakan akan memberi gambaran negatif terhadap kepimpinan PAS, dan menjejaskan imej dan persepsi PAS sebagai wadah perjuangan Islam.
3. Kepada rakan-rakan bukan Islam khususnya penganut Kristian dan Punjabi yang beriya-iya mahu menggunakan perkataan ALLAH, saya seru kamu semua supaya marilah kita menyembah ALLAH Tuhan yang Satu. Marilah kamu memeluk agama Islam. Apabila kamu memeluk Islam dan mengangkat syahadah mengaku ALLAH Tuhan yang Satu, kamu boleh menggunakan nama ALLAH sebanyak mana yang mungkin, dan kamu boleh menulis nama ALLAH sebesar mana yang kamu mahu.


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
16 Muharram 1430
02 Januari 2010


############################################################
(Petikan daripada
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23955:guna-nama-allah-khalid-setuju-keputusan-mahkamah&catid=1:utama&Itemid=50)
SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.
Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam."Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri."Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja."Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka.Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu.

Friday, January 1, 2010

Biro Tata Negara

Aku secara peribadi telah mengikut 3 siri Biro Tata Negara sewaktu di Universiti.. Sekali di Kem Ulu Kenas, Perak; di Kem Desa Mahmud, Kelantan; dan di Kem Ulu Sepri, N. Sembilan. Di Kem Ulu Sepri pada masa tu aku diangkat menjadi Tok Penghulu.

Dan pernah juga mengikut BTN sewaktu berkhidmat dalam kerajaan iaitu di Kem Warisan, Melaka... pada masa ini menjadi Ketua Biro Makanan.

Seempat2 peluang mengikuti BTN itu, seingat aku tak pernah sekalipun disuapkan dengan perkara2 kepartian mahupun perkauman yang melampau. Melainkan hanya modul serta ceramah bagi meningkatkan jati diri dan menyedarkan kita tentang sejarah. Supaya kita jangan lagi dijajah baik secara spiritual mahupun fizikal.

Artikel di bawah yang dikutip dari sumber http://parpukari.blogspot.com/ amat menarik untuk dihayati.

***********************************************

Pak Sedaro terpanggil untuk menulis beberapa perenggan sebagai wacana KRITIKAL kepada pengkisahan mulut-mulut biaDAP, yang takPAS, yang Pikir Korup Rakyat, juga elemen BODOH mulut budak hinggusan Padang Rengas, Nazri Aziz.... Apakah BTN ini menganjurkan program indoktrinasi rasis "perkauman"? Indoktrinasi "TataUMNO" merujuk kepada tulisan-tulisan bercambah biak dalam tabloid Harakah? Hari ini pula, 8 Disember 2009, Khalid Ibrahim seperti menyesal, nak rujuk pula BTN dengan adakan Kaukus Kajian Modul BTN yang baru, belakang akan ikuti dan patuh??? Apa tak ada RM nak bikin SPIES ke? Atau SPIES akan ke mahkamah kerana mungkin di saman oleh ESQ 165, kerana SPIES meniru hak cipta dan model ESQ 165?

Para pembaca budiman, BTN di hujung tahun 2009, gamaknya hinggap di kotak fikiran politikus sebagai bahan jajaan jalanan yang murah dan fakir sekali. Sekaligus, menggambarkan bahawa ahli politik Malaysia khasnya Halimah Ali, Hassan Ali, Khalid Ibrahim sebagainya amat DAYUS dan FAKIR dalam menyelesaikan masalah Rakyat dan keperluan kehendak Rakyat, dalam gelanggang kuasa pentadbiran mereka.

Oleh kerana BODOHnya seorang menteri, Nazri Aziz yang hari ini mengatakan pula Dr.Mahathir sebagai Rasis. Inilah manusia UMNO yang dipungut dan dikutip daripada sampah dan tepi longkang picisan UMNO 1987. Orang seperti Nazri Aziz begitu ramai dalam UMNO dan BN, baik dalam MCA, MIC, GERAKAN, PPP, sewaktu dengannya. Juga tidak kurang ramainya dalam PAS, PKR, DAP, PRM yang memiliki teori berfikir sama darjah BODOHnya seperti Nazri Aziz.

Pak Sedaro mulakan pukulan cemeti ini dengan mengimbau apakah yang berlaku pada 9-11 Mei 1969. Kemudian pada 12 Mei - 16 Mei 1969.

Semua tragedi dan insiden sejarah 9 Mei-16 Mei 1969 bermula dengan asakan oleh pengaruh Komunis yang melampau dalam kefahaman politik Malaysia. Bermula selepas pilihanraya 69. Dalam tahun ini, Komando VAT 69, PDRM tertubuh untuk membantu usaha pengurusan darurat dan subversif. Disember 1969 hingga Jun 1970, difikirkan bagaimana untuk bantu rakyat Malaysia faham apakah erti Merdeka dan Cinta akan Tanahair daripada hasutan Komunis, maka, termaktublah Piagam yang diwarta sebagai Rukunegara. Seraya, terwujudlah juga Unit Penyelidikan Belia di Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Malaysia yang dinaik taraf sebagai sebuah Jabatan yang dinamakan Biro Tatanegara.

Secara kolektifnya Parlimen Malaysia mengetahui kewujudan BTN sejak 1970, falsafah dan pedagogi ilmunya. Ini merupakan institusi yang diperteguh menurut Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Kerana Umat Melayu masih tidak kuat fikrah kemajuan mengenal apa itu Negara, apa itu Bangsa, apa itu Negara Bangsa, apa itu Sendi dan Tulang Belakang Malaysia? Siapakah, Apakah, Bagaimanakah dan Mengapakah Malaysia ini wajar MERDEKA dan DIMERDEKA secara yang difitrahkan dalam Sejarah? Apakah perhalusan setiap inci peristiwa atau mungkin setiap zarah perkara yang WAJIB diketahui oleh Rakyat Malaysia khasnya Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah serta Kaum-Kaum Lain?

Dalam beberapa minggu ini, Pak Sedaro amat sedih kerana telahan Pak Sedaro bahawa racun dan virus H1N1 Komunis sudah mula melekat dalam otak ahli Politik Melayu yang mendukung liberalisasi kebangsaan atau National Liberalisme, atau juga kerangka pimpinan Demokrasi Komunis dan Yahudi. Tidak kiralah daripada UMNO, PAS, PKR, DAP sebahagiannya....

Kenapa BTN dijadikan Kuda Tunggangan untuk diPARIAkan? PAS sudah ada PUTIK di Kelantan, yang perjalanan survival programnya sepadan dengan BTN. Namun oleh kerana sikap prakmatis Rakyat Raja dan Kerajaan serta kerukunan Istana Kelantan, PUTIK masih terus memutik dan berbuah.

Anwar Ibrahim merupakan BARUA Yahudi yang berjaya di Malaysia. Namun, dia kini dalam Laknat Rakyat Raja yang menjunjung diskripsi Perkara 160 (2). Anwar Ibrahim dan kadernya, seperti Rosli Abdullah dan barisan insan yang hidup sewaktunya, sudah kembali menjadi PELACUR ATASAN yang memperdagang JATIDIRI BTN kepada Yahudi dan Nasrani.

Begitu ramai yang melihat dan membaca tulisan, pandangan oleh bekas-bekas Penceramah, Peserta, pegawai BTN yang mungkin kecewa atau diterajang daripada Arus Perdana. Hinggakan Dr. Mahathir seorang yang Allah telah takdirkan selama 22 tahun memacu Malaysia sebagai Rakyat Raja Nombor 1 turut ditampar dan dilempar taik dengan Cop "Rasis". Sesungguhnya semua ini, mencermin dan melambang kepada Rakyat Malaysia teramai, bahawa Alam Politik Melayu semakin dilaknat Khaliq.

Ada manusia namanya Nik Aziz, boleh "confine" dengan Doa Minta Allah Turunkan Bala kepada Pemimpin Nombor Satu Malaysia? Ada manusia namanya Anwar, boleh Jual Negara dan Jual Jubur? Ada manusia namanya Lim Kit Siang, dan ramai sekutunya yang mempopular Komunis Abad Millineum? Ada manusia seperti Nazri Aziz, Hassan Ali, Zaid Ibrahim, dan seangkatan fikiran bersama mereka, yang MENJAHANAMkan Rakyat Raja tanpa sedar?

Wahai pembaca budiman, bumi Malaysia ini mempunyai jasad, roh dan zuk yang unik dan antik. Allah memelihara kita dengan adanya 9 buah Negeri Melayu Beraja. Malaysia merupakan satu-satunya Negara Bumi yang mempunyai Kesultanan dan Raja paling ramai. Apakah rasional di sebalik mewujudan kerajaan beraja ini?

Malaysia terjajah oleh 4 Kuasa Asing yang amat digeruni selama 550 tahun. Tanah Semenanjung Emas ini mewarisi sejarah Empayar Purba yang lama hampir 1000 tahun sebelum Parameswara hijrah ke Temasik dan akhirnya Melaka dimasyhurkan selama 105 tahun sahaja. Orang Melayu yang ditakrif sebagai Rakyat Raja mula digeruni dan disegani selama 55 tahun sebelum 1511. Kemudian 550 tahun, Rakyat Raja menjadi FAKIR, PARIA dan BARUA orang.

Apakah hari ini, Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah serta Kaum-kaum Lain merasa tersisih dalam kemajuan kosmopolitan dan metropolitan? Apakah hari ini, Warganegara Malaysia sedar apakah sebenarnya Rakyat? Yang membising beriya-iya benar ini merupakan manusia-manusia yang menerima kesan dan implikasi selepas 1969. Mereka ini, lahir dalam gelanggang kemewahan dan kemerdekaan material yang membukit dan menggunung.

Binalah Negara ini dengan IMAN, AMAL dan TAKWA. BTN terasas daripada IMAN, AMAL dan TAKWA yang membutuhkan kesentosaan Agama, Bangsa dan Tanahair. Negara ini diasaskan oleh Sejarah Anak Watan yang panjang sejak 1403 masehi lagi. Negara ini tidak didaulat berpaksi kepada imigrasi seperti Kerajaan United States of America, Australia, Canada, New Zealand. Negara ini dibina kekuatan kesan Imprealisme seperti di Great Britain dan Jepun. Malaysia dipusakai oleh kerja tangan manusia yang PERCAYA kepada TUHAN dan amat WAJIB diwarisi oleh insan yang PERCAYA kepada TUHAN jua.

Kepada Pembaca yang totok dan ortodok kepada skandal pemikiran Luar Nikah yang dilemparkan kepada BTN, Pak Sedaro berposan "Iqra"....lakukan pencarian anda dalam Surah As-Syams yang dinamakan surah Makkiyah.

Sumber: Paneh Miang

Pautan:
Anwar Ibrahim Dot Com
Harakah
House PK
Screw Kuat
The Unspinners
Malaysia Kini
Papa Gomo
Ekstrim Tolak PKR
GAP
MyKMU
Pisau
Depa Kata
Darul Ehsan
Pemuda Taman Bukit Kepayang
Anwar X-Files
Intelek Melayu
Husin Lempoyang
Rockybru
Cyber1trooper