Monday, October 4, 2010

Tak Sabar Sungguh Bini Aku Nak Berhenti Kerja...

Pelbagai usaha bini aku lakukan untuk mencari sumber pendapatan alternatif yg tetap supaya beliau dapat mencapai cita2 nya untuk berkerja hanya dari rumah. Itu adalah matlamat beliau yg utama. Beliau ingin menjaga anak2 nya sendiri tetapi dalam masa yg sama masih punya sumber pendapatan. Buat masa ini beliau jadi kan blog nya sebagai tempat kepada sesiapa yg berminat mengiklankan produknya.

Selain itu, beliau hadiri byk function @ event bagi tujuan PR dan cari contact. Ini semua bagi memerlukan usaha dan masa yg byk.



Function perasmian butik kasut shoeville


Semua ini beliau lakukan bagi menjaga hati byk pihak. Beliau xmahu byk mulut2 mengata yg bukan2. Tapi bagi aku, xperlu nak menjaga hati org. Sebab mulut manusia pasti akan terus berkata tanpa memikirkan baik-buruk setiap perkataan yg diucapkan.

Pasti nanti kalo beliau berhenti kerja mulut tetap berkata "kau tgk tu... belajar tinggi2, dah elok kerja kerajaan... berhenti. Nak kerja sendiri konon..." Sedangkan sebelum tu, "asik kerja ajer... anak2 diabaikan"

Ini membuatkan aku teringat cerita yg disampaikan oleh Tok Guru aku dulu. Kisah Seorg tua, anaknya dan seekor unta... Aku xpasti sama ada ini merupakan kisah yg diceritakan oleh Lokman Hakim kepada anaknya atau kisah tauladan bangsa arab.. Kisahnya begini (berdasarkan ingatan dan olahan aku sendiri):



Kasut kulit berkualiti


Seorg ayah ingin mengajar anaknya tentang kehidupan dan mulut orang. Beliau mengajak anaknya mengikutnya ke bandar. Mereka membawa seekor unta bersama. Kata si ayah.. "nak kamu lihat dan dengar apa yg masyarakat akan kata tentang kamu"... "sekarang kamu naik unta ini". Si ayah menarik unta sambil si anak duduk menunggangnya... terdengar org berkata "kurang ajar punya budak... adakah patut dibiar ayah yg dah tua berjalan kaki sedangkan dia enak duduk menunggang unta!"

"Sekang kamu turun biar ayah menunggang unta"... sekali lagi kedengaran kata nista org. "Xpatut sungguh... adakah disuruhnya budak menarik unta yg ditunggang org dewasa..."

"Mari anakku... kita menaiki unta ini bersama" kata si ayah. "Cis!!! kejam punya manusia... sampai 2 org naik unta tu. Kejam pada binatang sungguh!"

So hati siapa yg kita nak puaskan????



Kumpul PR cukup2...


Bini aku ade 2 event berturut2. Kedua2 nya di KL pada sebelah mlm. Mahu tidak mahu aku terpaksa menghantar anak2 ke Rantau juga. Pada mulanya ingin dihantar ke Pinggiran USJ sahaja rumah Kak Lang. Tapi minggu ini Kak Lang ade stock check. Minta maaf mak, sekali lagi anak mu ini menyusahkanmu. Insyallah, sekiranya segala usaha ini berhasil. Kami akan uruskan sendiri.


Lagi pun bukan setiap hari bini aku ade event. Selalunya 2 bulan sekali sahaja. Aku pun dah xkerja di Putrajaya macam dulu, setiap bulan kena outstation sampai terpaksa tinggalkan anak bini di Rantau. Ni sebab aku minta tukar seremban, supaya xpayah outstation lagi. Paling jauh pun gi Jempol atau Gemas. Tu pun boleh balik hari.

Cuma penghujung bulan September kami terlalu byk Event. Aku dgn Hari Audit nya dan bini aku ngan 2 Event nye.. semuanya back to back.



2nd Event... Vaseline product line


1st Event yg bini aku kena pergi adalah perasmian butik kasut shoeville di Bangsar Shopping Center. Aku pula sebagai jurufoto merangkap pemandu merangkap bodyguard perlu pergi sama. Ada masa2 nya bini aku akan drive sendiri ajer ke KL (rumah mak dia) kemudian berkongsi kereta ngan adik nya ke Event yg mereka berdua dijemput bersama.

Aku pun tengah berjinak2 nak seni foto. Mana tau nak jadi jurufoto event @ kenduri kawen ke. Sapa nak upah aku.... tunggu dulu ok. Bagi aku pandai sikit lagi. Tapi kalo korang xkisah hasil pic yg buruk... aku on jer...



U tetap cantik di mata ai....


2nd Event adelah Vaseline Product Line party. Ade peraduan, game dan show dari artis... YUNa dan pelawak yg aku dh lupa namanya. Event ini diadakan di Menara PanGlobal, KL. Sekali lagi aku jadi driver @ jurufoto @ pengawal peribadi @ date utk malam tu. Sekali lagi mohon mak aku jaga anak2. Mohon ampun mak abah.



Tahniah sayang... walaupun saguhati


Malam tu bini aku diistiharkan pemenang saguhati bagi entry Vaseline. Papa bangga ngan mama. Sekurang2nya mama menang dari beribu2 penyertaan. Dan sekurang2nya entry mama genuine xde ciplak2 org.

Projek seterusnya bini aku adalah beliau nak bukak blogshop. Nak jual tudung. Kitorg akan jadikan bilik bawah rumah kitorg sebagai tempat display tudung2 tu. Tengah cari pengedar ini. Ade yang berminat???

Insyallah... kalo berjaya. Matlamat beliau berkerja dari rumah sambil jaga anak2 akan terlaksana.. Papa restu, doakan dan menyokong penuh usaha mama tu...





19 comments:

marinahunny said...

semoga berjaya.. pedulikkan kata org, smpai bila xleh nak tutup mulut.bukan kita mintak duit dia pun.

~ain said...

semoga cita-cita kak jemah tercapai dengan restu abang laloque..

sejak dua menjak ni, baca blog abang laloque macam selalu bergenang air mata plak.. tah laaa apesal tah..

semoga kebahagiaan datang mencurah-curah ke atas kalian semua!

NanA said...

tahniah anda seorang suami yg cukup istimewa..menyayangi isteri tanpa jemu..menyokong tiap langkahnya..anda juga seorang ayah yang setiap anak harapkan..moga hatimu tidak berubah kasihnya walau setitik kepada mereka.insyaAllah.

honeysour's blog said...

en.laloque,

tahniah atas kejayaan hidup anda suami isteri..saya bangga..

ermm, nak tanya..

saya pun nak sebenarnya dalam usaha nak carik side income ni..

dan berminat nak menjadi pengedar. tapi bulan nov baru modalnya available..

nanti email kan kat saya macam mana cara2 nya... anacomey_84@yahoo.com

tqvm..

Anonymous said...

salam,encik.i personally think kita tak perlu kisah sgt cakap org in whatever we do.the only thing we have to always keep in mind ialah jaga 'hati' Allah..kalau buat sesuatu yg org suka tapi Allah murka,what's the point?kita kena betulkan niat setiap masa,apa pun perancangan dan perlaksaan..niatkan lillahi ta'ala..semata2 utk mendapat redha Allah.kudos to u two.may Allah grant u success in life and hereafter.

MAPPIAU said...

salam...

tak tau nape..tetiber jer rase tersentuh jiwa nih bile bace n3 neh..sungguh ikhlas doa seorang suami untuk isteri tersayang..mudahan doa tu dimakbulkan..aminn..:)

Anonymous. said...

terharu....

~ fiza said...

semoga usaha kak jemah berjaya n d redhai NYA...
fedulikan kata2 org... y melauinya kita...
kejayaan itu adalah utk org y berusaha hikhik bermadah plak

caiyok2 kak jemah =)

Kaseh NazLieza said...

insya Allah kak jemah pasti berjaya...perniagaan itu adalah rezeki yg paling byk di dunia ini...

Faizaharis2 said...

Insyaallah...semoga berjaya... saya peminat jemah nii sejak kenali di alam wanita melayu dot kom...hehehe...

me suya said...

en laloq.kakak suya pun jual tudung ready made ni kat kelantan.. tp bisnezz kecil2lan laa.. hehehehe lau nak boleh la contek2. tudung bawal pun ade :)

nasaoji said...

kt sgt mencontohi kak vp!...

sape yg tak moh koje dr umh, bnyk bende leh buat..paling penting, leh ngurus anak2...

gud luck tuk kak vp!

Ceera said...

apa mau cakap skang... =)
caiyok2...

Marina Monroe said...

Salam, isteri nak berhenti kerja gomen sbb nak berniaga...

Perlukah isteri, terlalu ghairah utk memcari duit ribu riban utk keluarga??

Emm.. berniaga memang bagus sebab 90% punca rezeki dari perniagaan. Cubalah..ikut rasa hati dan gerak dr Allah.

Memulakan perniagaan perlu 'sacrifice' masa dan tenaga yg sihat.

Insan punya akal, fikir lah sebelum bertindak.

Pada aunty, kerja kerajaan memang tak besar gaji tapi 'secure' sebab ada skim pencen.
Masa yang banyak boleh diluangkan utk keluarga.

Dah tengok ramai kawan2 yg berhenti makan gaji sbb nak berniaga tapi...kecundang
dan ada juga yg berjaya tahap jutawan bila mereka berniaga..

Berdoalah..

Moga Allah permudahkan urusan dan melimpahkan kemewahan dan rezeki yg halal utk keluarga.

InshaAllah

misscrab83 said...

VP mmg cantik ..gud luck VP

I n n z said...

nanti nak beli tudung , kite boleh pegi terus umah abang laloq ni . hehe xD

dhiyaz86 said...

terharunye...

untung kak vp dpt suami yg menyokong mcm ni...

semoga sentiasa suksess oke!

Cahaya hidup said...

mmmmm...terharu jadi isteri awak...alhamdullilah..semoga syurga tempatmu yang melindungi isteri...

menitis airmata saya membacanya..bukan kisah awak...tp bila pasal saya dah lama nak berhenti kerja...bermacam usaha saya buat semoga Allah merestui...insyaallah...semoga AllAh lancarkan segala urusan saya...

Mrs. Amad said...

dlm dilema nk benti keje gomen.hubby bagi je..katenye pekerjaan paling mulia bg sorg istri adlh suri rumah.but then mak n MIL x izinkan.bila baca entry ni..yup biarkan apa kata org kan.tp hubby kate hold dlu.do sumthing or cari reason yg kuat utk convince mak n MIL b4 quit utk jaga hati dorg.