Sempena gejala H1N1, hayatilah pesanan khidmat masyarakat ini:
Video asal di Nobody (Special Edited Version MV) – Wonder Girls
Friday, August 28, 2009
Saturday, August 22, 2009
Friday, August 21, 2009
Selamat Berpuasa
Insyallah.. esok umat islam di Malaysia akan mula berpuasa Ramadan al-Mubarak. Demi kemuliaan bulan Ramadan ini, saya mewakili keluarga saya, isteri dan anak-anak menyusun jari memohon ampun dan maaf dari semua teman-teman sama ada dari zaman tadika, sekolah rendah, menengah, matrikulasi, universiti, rakan pejabat dan sahabat alam maya. Minta halalkan makan dan minum semoga Ramadan 1430h ini membuka pintu keinsafan pada kita semua, meningkatkan amalan dan menjadikan kita semua umat Muhammad yang bertakwa kepada Allah.
Sunday, August 16, 2009
Selamat Hari Lahir Abah
Hari ni, 16 Ogos adalah hari lahir ayah aku yang Ke-65. Dek kerana beliau punya 4 anak lelaki dan hanya seorg anak perempuan yang bongsu lak tu, maka beliau lambat dapat cucu. Pada usia 65thn, baru ada 6 orang cucu (termasuk arwah Alesha). Anak lelaki sulung beliau... aku la tu... lambat kawen. Yang lain juga lambat kawen. Moralnya di sini... biar ramai anak perempuan... cepat la bercucu... hahahahahaha
Selepas aku sendiri menjadi seorang ayah, itupun pertama kali pada usia 31thn... baru aku sedar pengorbanan seorang ayah. Bukan senang... banyak kesabaran...
Ditambah ayah aku seorang tentera di zaman darurat. Untuk melihat wajahnya amat sukar. 2 bulan menentang komunis di hutan, sebulan di rumah. Kadang-kala aku marah, kenapa bila time aku masuk sukan sekolah, ayah aku tak datang? Bila aku mendapat anugerah, ayah aku tak datang? Aku menjuarai pertandingan, ayah aku tak datang? Laporan kad kemajuan, ayah aku tak datang dan tanda tangan? pertukaran sekolah aku dan adik-adik, aku uruskan bukan ayah ku?... Tapi sekarang aku faham... kerana pada saat dan ketika itu, ayah aku sedang berjuang dicelah-celah panahan peluru musuh... untuk suatu yang lebih bermakna dari kepentingan anak-anaknya... MARUAH DAN KEDAULATAN NEGARA...
Pernah disuatu petang, pada ketika aku balik ke kampung di cuti semester... beliau pernah berkata. Dia minta maaf sebab pada saat zaman kanak-kanak aku hingga meningkat remaja, dia tidak punya masa untuk aku... anak sulungnya. Katanya, aku dipaksa untuk menjadi dewasa sebelum waktunya. Menjaga adik-adik dan keluarga saat ketiadaannya. Memori yang ada dalam kotak fikiran aku, saat aku meluangkan masa berdua bersama ayah aku... bermanja dengannya hanya, adalah pada saat beliau membawa aku ke Stadium Merdeka, menyaksikan TATU Angkatan Tentera sempena ulang tahun angkatan tentera... pada masa itu, aku baru berusia 6 tahun dan kami tinggal dalam Kem Sungai Besi...
Kerana itu adik-adik aku amat beruntung. Pada masa beliau telah pencen, beliau cuba kejar segala waktu bersama anak-anaknya. Terutama yang bongsu... beliau tidak mahu terlepas mengingati saat-saat bersama anak-anaknya lagi...
Untuk ayah aku... selamat ulang tahun ke-65. Moga terus dikurniakan kesihatan dan sentiasa dibawah lindungan Allah. Dan menjadi Ketua Kampung yang adil.... hahahahahaha
*Saksikan clip budak 2 orang

Monday, August 10, 2009
Qistina Batrisya
Tuesday, August 4, 2009
Tahniah
Tahun ni mak pak aku dapat 3 orang cucu sekali gus. Bermula dengan An-Nur pada 17 Jun 2009. Diikuti dengan Elsha Adrina (betul ke ejaan nya tu) pada 21 Julai 2009 anak adik aku no. 2 - Shamsuri. Dan semalam 3 Ogos 2009 lahir seorang lagi puteri yang masih belum aku ketahui namanya, anak adik aku no. 4 - Shazali. Peh! 3 orang puteri dalam bulan Jun, Julai & Ogos berturut-turut!
Dek kerana aku sibuk outstation, dan VP masih dalam pantang masa tu... pada hari ahad kitorg sekeluarga... aku 1 family, mak ayah aku, adik bongsu aku, dan adik aku no. 3 sefamily... melawat family adik aku no. 2 di Kg Melayu Subang.
Gerak dari Rantau jam 3 petang kerana pagi tu bawak VP urut ngan Wan Enon dulu. Lagi pun kena tunggu adik bongsu aku balik kerja dulu dari Hospital. Sampai dalam kul 5 gak la.
Nisa kalo jumpa abang Haris dia.. langsung xleh berenggang
Dek kerana aku sibuk outstation, dan VP masih dalam pantang masa tu... pada hari ahad kitorg sekeluarga... aku 1 family, mak ayah aku, adik bongsu aku, dan adik aku no. 3 sefamily... melawat family adik aku no. 2 di Kg Melayu Subang.
Gerak dari Rantau jam 3 petang kerana pagi tu bawak VP urut ngan Wan Enon dulu. Lagi pun kena tunggu adik bongsu aku balik kerja dulu dari Hospital. Sampai dalam kul 5 gak la.
Nisa kalo jumpa abang Haris dia.. langsung xleh berenggangSettle lawatan ke Kg Melayu Subang, terus gerak ke Cheras Baru. Alang2 dah ke KL gitu kan. Lepak sana sampai isyak, baru gerak balik Seremban. Peh penat siot!
Subscribe to:
Posts (Atom)