Wednesday, November 11, 2009

Makanan Tradisional Terengganu...

Hari nie dah 6 hari aku di Kuala Terengganu. Xbanyak tempat pun aku gi berjalan. Cuma dari hotel ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Atau ke Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, kekadang ke Unit Pembangunan JKNT di bangunan KTBC sebelah Mydin (sempat gak masuk Mydin tu sekejab).



Bilik operasi aku mengUPDATE blog aku... bilik besar, 2 katil, tapi dok sesorang


Hari nie agak letih jugak. Program hari ni gi Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Klinik Kesihatan Manir dan Klinik Kesihatan Seberang Takir termasuk Klinik Pergigian Seberang Takir. Sempat lalu depan stadium Sultan Mizan yang runtuh (sayang xsempat amik gambar)...



Kuih Bahulu berlauk...


Apa yang aku nak kongsi pasal makanan di Terengganu. Walaupun dah 6 hari di sini, aku lom lagik sempat jamah Nasik Dagang Terengganu, makanan kebangsaan Terengganu tu. Masih ada esok untuk cuba...



Kuih Batang Buruk ala Terengganu


Semasa di Hospital Sultanah Nur Zahirah, aku bertemu ngan kuih bahulu berlauk Terengganu. 1st time aku tengok kuih bahulu berlauk! Yang aku tau kuih talam berlauk ada lah... Kuih tu berwarna kuning, di dalam ada inti keledak dan kentang. Cam ala-ala kuih karipap gak la.



Isi dalam kuih Batang Buruk Terengganu



Paling menarik kuih Batang Buruk Terengganu. Kuih nie jumpa di kantin Wisma Persekutuan masa gi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Terperanjat bila owner kantin cakap nama kuih tu "Batang Buruk". Aku ingat mulanya Tapai Pulut. Dalam kuih tu ada telur dadar yang digulung dengan isi ikan dan disalut kuah dari tepong kanji/pulut sama cam puteri mandi.



Nasik Kuning Terengganu


Masa di Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, time gi sarapan di kantin di bawah Bangunan Pertubuhan Peladang tu ada satu lagik makanan special. Nasi Kuning Terengganu. Nasik ini ada lauknya. Lauknya ikan tongkol masak kicap kut, acar timun dan sambal cili. Sedap sehingga menjilat sudu.



Pasar Payang


Memandangkan hotel aku dekat ngan Pasar Payang, belah petang gi la jenjalan ke sana jap. Sume org tau Pasar Payang nie ada jual ape kan. Xyah cerita la kan.



Gerai jual pakaian di pasar payang



Acara makan durian



Sedapnya... durian dari Perak, kate tokei tu...


Rindu betul ngan anak bini. Xsabar nak balik esok...

14 comments:

tini said...

org ganu tak panggil nasi tu nasi kuning la....itu nasi minyak....

laloque said...

tini... i quoting apa yg makcik kantin ckp... makcik tu cakap nasik kuning... so saya tulis nasik kuning gak aaa... hahaha

aka said...

ermm..tp cam betul jerk tu nasi kuning..coz lauk die ikan..lau nasi minyak, lauk daging or ayam..

viruspadu said...

papa, makan durian, muka mcm nak nangis je apasal :p

mannira said...

ehh betulla..nasi kuning..nasi minyak lauknya ayam or daging..nasi kuning org mkn dgn gulai ikan ns dagang tu... ai taula..dr tok nenek dah meniaga mkanan ni... en laloque..bukan ikan tongkol msk kicap ya... ikan tongkol gulai ns dgg... sedap ya...tu belum cuba, mkn celup tepung tu.. g la try...sedap hingga jilat pinggan tau... nak nasi dgg best, ada satu kedai depan masjid ladang tu dekat dgn bulatan (dulu bulatan penyu).. situ best ns dggnya...

Anonymous said...

hehhe... kak tini.. betullah itu nasi kuning.. kat terengganu memang ada nama nasi kuning which is makang dengan ikan aya (ikan tongkol) and sambal belacan.. macam yang en. laloque makang tuh lah.. nasi minyak yang lain

saya yang sekadar membetul kan fakta..

Na--Trg

Anonymous said...

hahaha..tini

nasi kuning la tu..
tgk lauk la gulai ikan tonggol tu..
nasi kuning ade gak acar timun ngn sambal cili tu..
bukan nasi minyak..
nasi minyak lauk daging @ ayam la..

wat malu je..

en.laloquee sori menempel di blog awak..

KRIN said...

Tersinggah kat blog ni cm familiar je dgn info2 yg ada...hehe..sbb saya org tganu n hubby keja kat pjbt kesihatan..info2 lain pn best

angah said...

mmg ade nasik kuning n lauknya mmg ikan tongkol..nasi minyak lauk daging or ayam

Anonymous said...

aah la en.laloque..
nasi kuning tu pulut kuning..
=0

laloque said...

Mama... nangis sebab kesedapan makan durian...

Kekawan... nasik kuning ke... nasik minyak ke... ada jugak yg panggil nasik kunyit... ai xkisah. Yang penting sodapppppppppppppppppp

Miss Moon said...

betolllllllllll nasik kuning mmg sedap ada plak sambal blacan sket ...tambah ngan kuah ikan tongkol tewwwwww no wonder la sehingga menjilat sudu hahaha

LiyanaAqilah said...

anon,nasi kuning nasi kuning la..
pulut kuning tu nasi kunyit...

oneyani said...

bukan lauk kicap la..gulai ikan tu..sama mcm lauk nasi dagang gak=)